Archive for September 2009



BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?


Bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.


RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA


Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri 1430H
CETUSAN ILMU USTAZ ZAHARUDDIN

ALHAMDULILLAH, SAHABAT2 YANG DIRAHMATI ALLAH, RAMADHAN TELAH MENINGGALKAN KITA, SYAWAL PULA MENJELMA.. SELAMAT BERMAAF-MAAFAN DAN SALING ZIARAH ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN DAN MEMBANTU MANUSIA YANG KURANG BERUPAYA.

BULAN SYAWAL BUKANLAH BULAN UNTUK BERGEMBIRA ATAU BERSEDIH, MARILAH KITA BERSAMA2 MUHASABAH DIRI INI DAN MERENUNG KE DALAM .. ADAKAH AMALAN YANG DILAKUKAN KETIKA BULAN RAMADHAN MENCUKUPI, ADAKAH DIRI ADA PERUBAHAN, KITA BERJAYA MENDAPAT GRED A+ ATAU D DALAM MENJALANI INSTITUSI PEMANTAPAN TARBIYAH DIRI , ADAKAH JIWA SEMAKIN TENANG DAN AMAN DAN BANYAK LAGI YANG PERLU DINILAI TERHADAP DIRI INI.

DI BULAN YANG MULIA INI JUGA, KITA DIGALAKKAN MENAMBAH AMALAN SEPERTI BERSEDEKAH ( NIAT IKHLAS MEMBERI DUIT RAYA KEPADA KANAK2) , BERMAAF-MAAFAN, PUASA SUNAT ENAM HARI DAN SEBAGAINYA..

MARILAH KITA SAMA2 MENILAI DIRI UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT... KEBAHAGIAN DI DUNIA INI HANYA SEMENTARA , DUNIA INI ADALAH UJIAN DAN YANG KEKAL ABADI DI AKHIRAT KELAK,

PESANAN SEORANG GURU KEPADA DIRI INI : HIDUP LAH DIDUNIA DAN JANGANLAH MENJADIKAN DIRI SALAH SATU PERKARA YANG AKAN MENYEBABKAN HARI KIAMAT BERLAKU.. [KATA-KATA YANG MENJADI PEDOMAN HIDUP]

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN AIDIL FITRI

SELAMAT KEMBALI KEPADA FITRAH YANG ASAL IAITU RUH YANG BERTAKWA DAN TAAT PADA PERINTAH PENCIPTA

SALAM LEBARAN

HAMBA YANG MENCARI KETENANGAN JIWA

AMIN

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT KEMBALI PULANG

ALHAMDULLILLAH, SAYA DAN SAHABAT2 DAPAT MELEPASKAN RINDU UNTUK KELUARGA SELEPAS BEBERAPA BULAN BERTUNGKUS LUMUS MENGGALI SEGALA ILMU DI DUNIA DAN MENGKAJI PELBAGAI ILMU YANG DIKURNIAKAN PENCIPTA AGAR KITA MENJADI SEORANG HAMBA YANG SENTIASA BERFIKIR.

BERSYUKUR SETELAH SEBULAN MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN , DIHARAPKAN HATI, DIRI DAN JIWA TELAH DIDIDIK DENGAN SEBAIK2 MUNGKIN KERANA BULAN INILAH YANG BANYAK MENGAJAR KITA ERTI KESABARAN, KETAKWAAN DAN HIDUP YANG BERDISIPLIN

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SAHABAT2 SEMUA YANG TELAH MENJALANI IBADAH PUASA DAN MENYAMBUT HARI DIMANA KITA AKAN KEMBALI KE FITRAH YANG ASAL SEBAGAI HAMBA ALLAH DIMUKA BUMI INI .

OLEH ITU, HARI RAYA DIKENALI SEBAGAI AIDILFITRI IAITU KEMBALI KEPADA FITRAH YANG ASAL

SELAMAT KEMBALI PULANG DAN BERHATI2 SEWAKTU PERJALANAN , BANYAKKAN BERDOA AGAR DIRI SENTIASA DILINDUNGI

DIKESEMPATAN INI, SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN, HALALKAN MAKAN DAN MINUM SERTA ILMU YANG DICURAHKAN. MAAF SEKIRANYA TERKASAR BAHASA, TERSILAP KATA DAN SEBAGAINYA

" BERFIKIR UNTUK MEMIKIR"

SALAM UKHWAH

AMIN


ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

alhamdullillah, mari kita ucapkan seinfiniti kesyukuran kepada pencipta kerana kita masih diberi ruang dan peluang hidup aman di bumi Allah ini.. selawat dan salam keatas junjungan nabi muhammad s.a.w kerna membawa sinar dan cahaya kepada manusia untuk menerangi kehidupan di dunia yang sementara ini..

syabas dan tahniah diucapkan kepada dato tnc hepa UKM , dato' prof dr abdul razak kerana sudi hadir berbuka puasa bersama2 pemimpin pelajar dan sudi berdialog mendengar masalah , aduan dan cadangan yang dikemukakan.. [ kepimpinanan melalui tauladan] tahniah diucapkan kepada pengetua dan pentadbiran kolej, pmukm , jaksa ktsn dan wakil dari kelab kolej tun syed nasir kerana dapat bertemu dan berkumpul untuk bersama2 bincang dan berkongsi idea berkenaan isu2 kolej , fakulti dan semestinya kebajikan mahasiswa/i yang menetap di UKM khususnya kolej tun syed nasir.. [ berbincang sesama insan untuk mendapat kepastian]

tidak lupa juga kepada sahabat yang telah memberi kerjasama sepenuhnya untuk meluahkan pandangan , menyampaikan aduan serta organisasi PMUKM yang bergerak seiringan untuk memimpin perubahan dalam diri, gerak kerja dan idealisma yang menjadi pemangkin kearah mahasiswa yang mempunyai nilai-nilai diri yang unggul , potensi diri yang semakin bertambah serta semangat saling bantu-membantu untuk bersama2 menjalan tanggungjawab yang dipikul menuju kearah mahasiswa yang kompetatif , matang dan profesional. [ bergerak seiringan memimpin perubahan]

alhamdulillah, dengan pertolongan ilahi, beberapakan perkara telah diajukan kepada tnc iaitu

1) berkenaan yuran pengajian dalam bentuk package : telah disampaikan kepada dato' berkenaan masalah tersebut dan insyaAllah dato' mengambil perhatian kepada perkara tersebut. penjelasan awal telah diterang oleh dato' bahawa ia untuk memudahkan pembayaran yuran dalam bentuk penyelarasan tetapi apabila diterangkan tentang perubahan pembayaran yang tinggi , ia mendapat perhatian dato'..

2) berkenaan isu wiyerless yang lemah dan cadangan untuk menyediakan perkhidmatan wiyerless untuk kolej luar: dato' menjelaskan ia berlaku dan akan berlaku penambahbaikan untuk masa akan datang berkenaan kemudahan wiyerless ini , perbincangan antara syarikat telah dilakukan . cadangan untuk wiyerless kolej luar , pengetua menjelaskan akan disediakan perkhidmatan streamyx seperti yang telah disediakan di ktsn 5, tetapi perkhidmatan ini tidak mempunyai keluasan wiyerless yang luas, tetapi akan disediakan di tempat yang bole mahasiswa/i gunakan untuk mendapatkan perkhidmatan wiyerless ini .. insyaAllah, ia akan diluas penggunaannya di ktsn 3, ktsn 4 dan di plazarah ( mahasiswi digalakkan untuk membuat perkongsian untuk melanggani wiyerless) .

pesanan saya kepada sahabat2 yang dikenakan caj rm45 untuk perkhidmatan wiyerless tetapi duduk bukan di ktsn 1 dan sahabat tidak menggunakannya, sahabat bole membuat aduan di unit bendahari .

3) cadangan speaking corner di kolej : alhamdulillah, dato' memberi respon yang positif dan menjelaskan di ukm bangi telah disediakan dan pengetua menjelas ia juga akan disediakan di ktsn dimana sahabat bole sampaikan maklumat dan memberi idea yang bernas berkenaan isu semasa dan pelbagai ilmu lagi .. insyaAllah, sahabat akan belajar cara untuk bercakap dikhalayak ramai dalam bahasa inggeris . pada pandangan diri, dulunya speaking corner ini tidaklah beberapa penting tetapi setelah menjalani latihan dan peroleh pengalaman setelah menjadi pemimpin pelajar, ia sangat memberi impak yang berguna dan berkesan untuk sahabat2 meningkatkan soft skill dalam diri. [ untuk berubah, mesti menjadi berani mencuba]

4) kilnik reddy yang bermasalah : ramai sahabat mengadu perkara ini dan dato' mengambil berat tentang masalah yang berlaku. insyaAllah, kita mengharapkan perubahan akan berlaku dapat memberi kemudahan kesihatan kepada mahasiswa/i.

5) SPKG : banyak yang telah diadukan masalah kepada dato' .. insyaAllah, kita mengharapkan perubahan akan berlaku. untuk fakulti farmasi, saya akan berusaha untuk kemukakan berkenaan attachment di comunity farmasi seperti guardian yang dilakukan oleh mahasiswa/i fakulti juga akan dimasukkan kedalam spkg kerana ia melibat keusahawan . [ kita berusaha , Allah menentukan ]

6) surau diperbesarkan dan dinaik tarafkan dan kemudahan sukan di kolej dipertambahkan telah dikemukakan kepada dato' serta bilik gerakan pelajar di kolej diwujudkan bagi membolekan kelab dan persatuan serta jaksa menjalankan tugas2 dan aktiviti lebih berkesan. idea dan cadangan telah diterima oleh dato' dan kita mengharapkan perubahan juga berlaku..
[ kita bole meminta , namun kita perlu belajar untuk memberi]

beberapa lagi aduan dan cadangan telah diadukan seperti kemudahan bas untuk ke bangi bagi menghantar kertas kerja program dan laporan program , kemudahan dan bantuan untuk barang2 jualan kelab usahawan serta masalah ptptn yang lambat dimasukkan untuk mahasiswa/i

insyaAllah, ada beberapa lagi yang saya tidak menyebutnya dan saya memohon kemaafan, jika ada kesilapan , diharap sahabat dapat menegur..

untuk di peringkat fakulti , dialog bersama mahasiswa telah dijalankan, aduan dan cadangan telah dilaporkan kepada pihak berkenaan khusunya jaksa kebajikan , fakulti dan unit pengangkutan.

untuk mahasiswa/i tahun 4, berkenaan permintaan board putih bergerak dan ia telah disampaikan kepada fakulti, serta kemudahan bus yang kurang ke hukm telah diadukan kepada fakulti dan dr mohd telah memberi respon .

untuk mahasiswa/i tahun 3 berkenaan pembukaan pintu untuk ke perpustakaan negara telah disampaikan kepada jaksa kebajikan dan ia telah dijelaskan kerana dulu pernah dibuka tetapi sambutan yang tidak menggalakkan, dan ia juga berkenaan isu keselamatan dimana jika ia dibuka , ia memerlukan pengawasan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.oleh itu, memerlukan cadangan dan jumlah mahasiswa/i yang betul2 berminat untuk pergi keperpustakaan negara. cadangan untuk membuat penghadang di blok berhadapan pustaka telah disampaikan dan ia mengambil masa untuk mendapat keputusan, dan bnyak lagi aduan serta cadangan telah diajukan .. insyaallah, kita mengharapkan perubahan ..

untuk tahun 2, insyaallah, rabu ini akan diadakan program dialog bersama mahasiswa.. sediakanlah cadangan dan aduan untuk diajukan bagi kemudahan bersama.

untuk tahun 1, aduan dan masalah berkenaan adaptasi kehidupan di universiti, kemudahan mesin basuh serta ampaian telah disampai kepada jaksa kebajikan , insyaAllah , tindakan lanjut akan dilakukan, setiap kemudahan memerlukan masa kerana ia melibat kewangan dan budget,
oleh itu, kita perlu bersabar dan mengambil langkah alternatif lain..


insyaallah, segala yang disampaikan dapat memberi input kepada sahabat , marilah kita bersama-sama menuju kearah tranformasi diri dan minda

berfikir untuk memikir

" bergerak seiringan , memimpin perubahan"

salam ukhwah

hafizul amin khalid


AMAZING FACTS ABOUT OUR BODY

  1. The only part of the body that has no blood supply is the cornea in the eye. It takes in oxygen directly from the air.
  2. The sound you hear when you crack your knuckles is actually the sound of nitrogen gas bubbles bursting.
  3. The attachment of the human skin to muscles is what causes dimples.
  4. Your left lung is smaller than your right lung to make room for your heart.
  5. Every time you sneeze some of your brain cells die.
  6. The roar that we hear when we place a seashell next to our ear is not the ocean, but rather the sound of blood surging through the veins in the ear.
  7. Your tongue is germ free only if it is pink. If it is white there is a thin film of bacteria on it.
  8. In one square inch of our hand we have nine feet of blood vessels, 600 pain sensors, 9000 nerve endings, 36 heat sensors and 75 pressure sensors.
  9. Our eyes can distinguish up to one million color surfaces and take in more information than the largest telescope known to man.
  10. There is enough carbon in our body to fill 900 pencils, enough fat to make 75 candles and enough iron to make a 75cm nail.
  11. There are 50 trillion cells in our body and 3 billion of them die each minute.
  12. We make 10 billion new white blood cells and a total of 1,000,000,000,000 which help to fight germs and infection.
  13. We have 100 billion of brain cells and 100,000 of them die every day.
  14. We blink about 20,000 times a day.
  15. Hair grows about 0.5mm per day.
  16. Our body has about 13,000,000,000,000 nerve cells which transmits impulses at speeds of 290km/h (180 mph)
  17. The only bone in the human body that is not connected to another bone is hyoid bone which is a U-shaped bone at the base of the tongue that been supported by the muscles in the neck.
  18. The blood in our body travels along 100,000km of blood vessels and it contains 25,000,000,000 to 30,000,000,000 red cells.
  19. Our stomach produces up to 2 liters of hydrochloric acid a day but it does not damage the stomach walls because 500,000 of the lining cells of the stomach are replaced every minute.
  20. On average, we release about 2 liters of gases from the intestines as burps or farts.


Disediakan oleh

Exco Pembangunan Akademik

PMUKM fakulti farmasi

siti amirah 013-3133945
nazatulsyima 013-2225876



"BERGERAK SEIRINGAN , MEMIMPIN PERUBAHAN"




alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerna limpahan nikmat dan kesempatan yang telah diberikan , kami telah dapat meenyediakan secoret artikel ilmiah buat tatapan semua selepas artikel pertama telah dikeluarkan berkenaan H1n1 dan rawatannya. kali ini , ia memaparkan tentang keunikan tubuh badan kita sebagai manusia yang merupakan sebaik-baik ciptaan oleh pencipta yang esa. manusia adalah mahkluk yang dicipta bukan sahaja kompleks malah unik yang semestinya menjadikan diri kita akan berfikir siapakah yang menciptakannya. luas sungguh ilmu yang dimilikinya. [ berfikir untuk memikir]


dikesempatan ini juga, kami telah menyediakan kuiz yang bole memberi input dan maklumat yang berguna serta menguji tahap pengetahuan sahabat-sahabat semua dari segi pengetahuan umum , sains dan lain2. alhamdulillah, untuk kuiz pertama, jawapannya akan ditampal di board dan dipaparkan di blog ini. slogan yang terbaik dan matang akan dipaparkan untuk tatapan sahabat2 lain dan insyaallah, akan disediakan hadiah yang menarik untuk sahabat2 yang mempunyai markah tertinggi yang mempunyai pengetahuan yang tinggi berkenaan ilmu didunia ini .


sesungguhnya ilmu yang ada didunia ini hanyalah secebis ilmu yang dimiliki oleh allah, seluruh air di lautan diibaratkan hanyalah setitik air iaitu ilmu yang Allah miliki.. subhanallah, maha berkuasa dan bijaksana pencipta yang menciptakan diri ini .


marilah kita bersama2 mencari ilmu bukan sahaja untuk kehidupan didunia malah kehidupan di akhirat .. pasti dan yakin , kehidupan dunia ini hanyalah sementara dan merupakan tempat tumpangan sebelum tiba di tempat yang kekal abadi iaitu akhirat.

[ kita berusaha , Allah menentukan ]


selamat berpuasa dan beramal


salam ukhwah


amin









Exchanging views: Liow sharing a light moment with pharmacist Nazlina as Loi and UKM vice-chancellor Professor Tan Sri Dr Sharifah Hapsah look on.


THIRTEEN outstanding pharmacists/ store managers were recently presented with awards totalling more than RM20,000 in recognition of their exceptional accomplishments based on good store standards, excellent customer service and sales performance.

It was the highlight of the evening when pharmacy, health and beauty retail chain Guardian Malaysia feted its pharmacists in recognition of their dedication, achievements invaluable contributions.

“Guardian has always strived to provide the best healthcare services to our customers. This is made possible by our team of dedicated and experienced pharmacists, who ensure that the medicines dispensed are safe, effective and of good quality,” Guardian chief operating officer Loi Liang Tok said.

Before the dinner, more than 80 Guardian pharmacists had taken part in a one-day seminar and workshop tailored to provide the latest updates on healthcare.

Guardian organises refresher courses two or three times a year as part of its ongoing continuing professional development programme.

Earlier Guardian had signed a memorandum of understanding with Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) to facilitate a Community Pharmacy Attachment programme intended to develop the knowledge, skills and abilities needed by UKM pharmacy students to pursue a career community pharmacy. The MoU signing was witnessed by Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“The number of pharmacists in our country is increasing, and the number of pharmacists needed to serve our population is also increasing,” he said.

Under the two-week attachment programme, Guardian will provide placements for UKM’s first, second and fourth-year pharmacy students in its various retail pharmacy outlets.

This strategic partnership is a collaborative effort to continue professional development in the community pharmacy field.

source : the star online

SO, MY FRIENDS AS PHARMACYST FOR THE FUTURE, MOVE TOWARD AND GET KNOWLEDGES AS MANY AS WE COULD.


WE CAN DO IT TOGETHER ,


WE HOPE, WE CHANGE , WE WORK TOGETHER

TOWARD EXCELLENT

SALAM UKHWAH

AMIN




ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

ALHAMDULILLAH RAMADHAN TELAH BERLALU PERGI SELAMA 2 MINGGU , PELBAGAI NIKMAT YANG TELAH KITA TEMUI DAN TEROKAI MENGHUNI DI BUMI ALLAH PADA BULAN RAMADAHAN INI . KESEMUANYA ADALAH RAHMAT YANG TELAH ALLAH KURNIAKAN KEPADA HAMBANYA AGAR KITA SENTIASA INGAT DAN TIDAK LEKA ..


WALAUPUN SYAITAN TELAH DIIKAT NAMUN PELBAGAI PERKARA MUNGKAR DAN DITEGAH OLEH PENCIPTA MASIH DILAKUKAN OLEH UMAT MANUSIA. KENAPA IA TERJADI? INGATAN UNTUK DIRI DAN SAHABAT2 BAHAWA KITA MASIH LAGI BERJUANG MELAWAN MUSUH YANG HEBAT DAN IA BERADA DIDALAM DIRI KITA. ITULAH NAFSU..


AYUH!! SAHABAT2 KITA MANTAPKAN DIRI PADA BULAN MULIA INI DENGAN ILMU-ILMU YANG BERMANFAAT AGAR JIWA KITA INI MENJADI KENTAL MELAWAN HAWA NAFSU.. SENJATA UTAMA YANG ADA PADA KITA IAITU AKAL KURNIAAN PENCIPTA YANG UNIK . TAJAM KAN AKAL , MOGA2 HIDUP INI DIBERKATI .. BERFIKIR UNTUK MEMIKIR..


INSYAALLAH, RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ ZAHARUDDIN KERANA DAPAT BERKONGSI ILMU DAN PERINGATAN UNTUK TATAPAN SAHABAT SEMUA..


Pada hemat saya, kita boleh lah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua terutamanya taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.

Manakala objektif `mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).


Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya :"sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.


Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)


Ertinya: "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :"Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi :Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( RiwayatAt-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ;Lihat Al-Muntaqa , 1/477)


4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunatdi sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fathal-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.


5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman seseorang. Justeru, `ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi `kurus kering' pastinya.


6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkanny a di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami'as- Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


10) Menganggap waktu imsak sebagai `lampu merah' bagi sahur.Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah `lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, DrMd `Uqlah, hlm 278)


11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung kemasjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu,fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran,pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana statu sorang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allahdan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera dibulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.


NABI MUHAMMAD MENCERITAKA:-

Ertinya: menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku...sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)


Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram,simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.


13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-


Ertinya: "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil ,individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" (Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )


Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya: "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampirberbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753,Al-Busairi : Sanadnya sohih)


SELAMAT BERPUASA DAN BERAMAL

KEARAH INSTITUSI PEMANTAPAN TARBIYAH ( IPT) DIRI

SALAM UKHWAH

AMIN



ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,