Archive for 2009

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Bagi pemegang biasiswa JPA pula,

pihak JPA telah mengesahkan kepada pihak UKM bahawa wang biasiswa akan di masukkan pada hujung Januari 2010.

Bagi para pelajar yang mempunyai masalah kewangan (JPA dan PTPTN),
anda boleh mendapatkan duit pendahuluan sebanyak RM500.00
dengan mengisi borang permohonan yang terdapat
di Unit Kaunseling, Tingkat 5 Blok E, UKM KL.

Borang ini boleh diserahkan kepada Puan Wan yang akan
berada di sana pada setiap hari Rabu.
Walau bagaimanapun, para pelajar hanya layak memohon jika tidak mempunyai sebarang hutang pada Semester 1 (dikecualikan bagi hutang Semester 2).
Duit pendahuluan ini akan ditolak daripada
pinjaman/biasiswa anda apabila telah
diterima kelak.

TERIMA KASIH KEPADA SAFAWATI DAN KAK MIZAH ATAS INFO YANG DIBERI

SALAM UKHWAH

AMIN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Tambah gugur kursus(21/12/2009 - 03/01/2010) Gugur kursus (04-17 / 01 / 2010)
Pengesahan pendaftaran kursus ( 18-24 / 01 / 2010)
Tarik diri kursus ( 18/01/2010 - 14/02/2010)

SELAMAT KEMBALI MEMULAKAN MISI DAN VISI BARU UNTUK BERJAYA PADA MASA AKAN DATANG

SALAM UKHWAH

AMIN

Suara hati semakin meronta-ronta
, adakah aku tempat yang penting untuk mu wahai tubuhmu?

adakah aku perlukan ramuan dan makanan untuk aku hidup tenang bersama-sama dengan mu?
adakah kau sentiasa menjagaku wahai tubuhmu ?
dimana tubuhmu yg sentiasa mencari kebenaran?
dimana akalmu yg sentiasa menjaga tubuhmu untuk melawan hawa nafsu yang semakin bermaharaja lela?


aduh !! hati ku ini.. banyak sungguh persoalan yg ditimbul.. gerak tubuhmu ini adalah bertitik tolak dari mu.. masakan aku dapat menjawab persoalan mu jika kamu sendiri yang bertanya kepadaku.. kau adalah raja kepadaku.. kerana kau , aku dapat melaksana kewajipan dimuka bumi Allah ini .. kerana kau , wahai hati.. aku dapat menilai yang mana kaca dan yang mana permata.. tetapi kenapa engkau masih bertanya kepada ku.. aku merasakan engkau perlu bertanya kepada rohmu.. rohani mu lebih arif dariku..

wahai roh mu.. aku telah bertanya kepada tubuhmu , tetapi aku diperintah untuk bertanya kepada mu.. adakah engkau mampu?

wahai hati .. engkau juga adalah sebahagian makhluk Allah.. setiap insan memiliki mu.. adakah engkau pernah dengar.. jika engkau baik , maka baiklah tubuh mu dan gerak gerimu.. engkau perlu dijaga agar ia sentiasa suci .. hidup didunia ini yang penuh cabaran , aku tahu engkau sentiasa dikotori dengan nikmat dunia yang sementara.. engkau tidak bole mengalahkan nafsu mu.. tetapi engkau perlu dijaga dan disucikan .. agar engkau menjadi tenang...

BENAR , wahai roh mu !! semakin hari , semakin aku menjadi risau.. dulunya aku bagaikan kain putih yang belum dicorakkan .. dulu aku merasa tenang.. tetapi sekarang.. aku merasakan aku semakin gelisah.. aku semakin dikawal oleh nafsu.. walaupun ku tahu ia hanya untuk sementara tetapi aku mahu melakukannya.. nikmat yang dikurniakan penciptaku sentiasa aku kecapi.. tetapi aku tidak bersyukur.. aku mahu nikmat yang berkekalan iaitu syurga dan dapat bertemu pencipta ku tetapi apakan daya ku..

cuba engkau bayangkan,
pabila aku melihat gadis-gadis atau jejaka yang rupawan , aku mahu merintih cintanya..
pabila aku melihat insan lain mahu berpasang-pasangan , aku mahu ikut bersama mereka walaupun diri ini sentiasa diperingatkan agar cinta ilahi ..
pabila ku melihat insan menghiasi diri untuk dipertontonkan , aku pun sibuk mencantikkan diri, aku menyuruh tubuh mu untuk menutup aurat tetapi aku hanya menganggapnya sebagai fesyen untuk menghiasi tubuhmu bukanlah kerna suruhan pencipta..
pabila ku mempunyai kemampuan yang lebih , aku akan menjadi kedekut .. ia adalah milik ku semata-mata.. walaupun aku tahu , aku tidak memilikinya jika pencipta tidak memberi rezeki kepadaku ..

aduh.. wahai roh mu.. aku mahu merintih .. aku mahu menangis.. apakah yang perlu aku buat.. pencipta sering mengingatkan ku , pedihnya azab di neraka, adakah aku mampu melintasi titian sirat dengan tenang.... aku takut !! aku tahu ia pedih!! tetapi aku buntu...

jika engkau takut, aku lagi takut.. hidup didunia yang bergelumang dengan maksiat dan cobaan.. aku juga akan menjadi rapuh .... dulu , ketika aku ditiupkan kedalam tubuh dan dirimu.. aku telah berjanji untuk mematuhi segala yang disuruh oleh pencipta.. aku begitu taat.. tetapi setelah lahir didunia , aku juga telah ingkarkan.. perkara mungkar telah aku lakukan tanpa bersalah, aku anggap pahala ku dapat menampungnya, aku anggap belum tiba masanya untuk aku kembali kepada Allah, dah tua atau hampir mati nanti baru aku bertaubat.. itulah perancangan ku pabila aku menjalani kehidupan dimuka bumi.. tetapi sangkaan ku begitu tersasar.. aku tersilap dan perlu kembali kejalan yang lurus..

baru ku tahu,
cinta yang sentiasa diidamkan manusia itu adalah ketetapan yang pasti.. aku perlu mencintai penciptaku kerna aku adalah miliknya.. manakan hamba bole mencintai selain tuannya.. aku telah diberi pinjaman tubuhmy dan kamu iaitu hati untuk aku hidup didunia ini .
baru ku tahu ,
aku mahu bercinta hingga ke syurga, aku mahu ia menjadi penghulu bidadari syurga.. aku mahu nikmat yang kekal.. aku mahu tenang..
baru ku tahu ,
tubuhku perlu ditutup kerna ia adalah syariat ilahi yang telah disebut dalam kalamuAllah, surah an-nur, ayat 30 dan 31.. aku perlu menjaga diriku.. ia adalah pemilik penciptaku ..
baru ku tahu,
harta dan rezeki yang melimpah ini adalah kurniaan ilahi.. aku dapat menuntut ilmu dan hidup aman adalah kerna ketentuannya.. ia anugerah yang bermakna untuk diri ini .. aku perlu bersyukur..

engkau hati adalah sangat penting untuk tubuhmu dan diriku sentiasa menjagamu..
engkau perlu disuci dan dijaga sepertimana aku juga perlu disucikan .. aku adalah jiwa yang perlu disucikan dengan syariat dan amalan yang pencipta telah tetapkan..
engkau yang menjaga tubuhmu dan bukanlah tubuhmu menjagamu.. engkau perlu faham wahai hati
engkau lah kunci kepada kebenaran bersama-sama akal yang teristimewa dikurniakan kepada insan.. engkau sangat penting wahai hati..
engkau perlu bersih dan suci
walaupun engkau banyal ilmu tetapi engkau perlu bersih ..
engkau yg mendorong dirimu.. adakah engkau sedar..


adakah ia cukup untuk mu .. adakah aku telah menjawab persoalan yang engkau tanya wahai hati.. adakah aku telah merungkai persoalan yang sentiasa insan tidak sedar...

wahai manusia, ku tahu , engkau seorang berilmu , engkau seorang kaya.. engkau banyak kelebihan , engkau ada nafsu dan akal.. tetapi engkau sering lupa tentang hati yang engkau miliki, engkau hampir lupe tentang roh atau jiwa yang ada dalam diri.. pabila tubuhmu melarikan darimu , hanya roh mu yang ada untuk menjawab persoalan yang akan disoal pencipta..

wahai makhluk yang lemah.. engkau perlu sucikan jiwamu, engkau perlu mencari jalan yang memberi ketenangan kepadamu ..

JIWA TENANG ADALAH HARAPAN KU DAN SEMUA INSAN
INSYAALLAH , CARA-CARA UNTUK MENJAGA HATI AKAN DIRI INI CUBA MENYAMPAI MANA YANG TERMAMPU. KITA PERLU SEDAR DAN PERLU MENCARI.. KITA ADALAH HAMBA ALLAH.. HAMBA YANG BANYAK KELEMAHAN DAN SENTIASA DIUJI

" ILMU SINAR KEBAHAGIAN''

AMIN

SALAM UKHWAH



With the integration of ICT into its daily operations, Putrajaya Hospital provides quicker and hassle free services with the ease of a click of the mouse or a text message.

At first glance Putrajaya Hospital seems no different from any other government medical facility but the feeling quickly disappears from the very moment patients arrive at the registration counter.

From then on one cannot help but be awed at the services available, at the model hospital that is helping integrate ICT into its daily operations, and in the process of not only making its operations easier, but also providing patients with quicker and hassle free services.

According to Putrajaya Hospital Director Dr Nora’i Mohd Said, the use of ICT in the hospital’s daily operations began immediately after it opened in the year 2000 with the implementation of the Total Hospital Information System (THIS). With THIS, the hospital has been gradually increasing the number of services managed with just a “click of the mouse.”

The system allows staff anywhere in the hospital to access and manage all aspects of patient records and critical care information, manage patient queues at various sections of the hospital as well as monitor medical supplies, beds, operation theatres, the pharmacy, picture archiving (for services like X-rays) and services like radiology, haemodialysis and pharmacy.

Push button convenience: Dr Nora’i showing the SMS Take and Go pharmacy process on a leaflet.

It is also used to access and manage non-clinical information for the Central Sterilisation and Supply Department, dietary orders and material management.

Dr Nora’i said patients’ experience with the use ICT begins as soon as they register – where nurses simply scan their MyKad to gain personal informaton from first timers, while those on follow-up visits are provided with bar-coded appointment cards that are scanned. “We have had some cases of people using fake MyKads to try and get treatment here but they were easily detected thanks to the system,” she said, adding that the hospital had also recently started working on putting on the MyKads any critical illnesses that the holders suffered from and the medication prescribed.

Printed guarantee letters too are a thing of the past for civil servants as government agencies can now key information like the salary scale, ward eligibility and the next of kin of a patient using the eGL system for staff at the hospital to access.

This removes the hassle for recovering patients in collecting the letters from their offices before seeking treatment, she said.
Since April this year, she said, the hospital had implemented a pioneer project with the Public Services Department (PSD) to allow those nearing retirement to have all information including medical benefits they were entitled to on retirement added to their MyKad
.
This information can be quickly and easily accessed by the hospital through a system provided by PSD.
Dr Nora’i said, also in April this year, that the hospital had started a new service which enabled patients to refill their prescriptions without having to come in, register and wait for the medication to be dispensed, thanks to the ‘SMS Take and Go” system.

“All patients have to do is type ‘HPJ UBAT’ and list their name, MyKad number and the date and time they want to collect their medication and send an SMS to 15888 two working days ahead of the pick up date.

“The information is received at the hospital and our staff at the pharmacy will record it and have the prescription ready at that time and date,” she said, adding that the hospital even provided two special parking bays for the patients to stop and pick up their medication from the window counter outside the main building.

She said response to the service had been tremendous and there were 436 patients currently using the service with the numbers growing by about five patients a day as people realise the ease and convenience in refilling their prescriptions.
She said the hospital was also planning to include a drive-in counter in a new wing that would be constructed under the 10th Malaysia Plan for patients who called in or e-mailed their prescription details via the SMS Take and Go system.

Also in the planning is a Pharmacy Home Delivery service that would, at an additional fee, enable patients to have medication sent directly to their homes after placing an order with the hospital, said Dr Nora’i.

She said the hospital was looking at the possibility of getting Pos Malaysia to provide the delivery services and was currently gathering feedback from patients on the idea.

She said the Putrajaya Hospital was also one of six picked for the Malaysia Health Information Exchange system or MyHIX that would enable the participating hospitals to share information and allow patients to seek treatment at any one of them without hassle.

The system, which is still in its planning stages, will allow for patient information to be placed on a “middle-ware” that could be accessed via computer by all the participating hospitals and it would eventually become the system used by all the hospitals in the country.

The hospital is also one of the two in the country offering the Full Paying Patient (FPP) scheme whereby patients can choose to receive all the conveniences of a private hospital like the choice of rooms and attending specialists and special registration and appointment facilities but minus the subsidies in the fees charged.

There are 34 specialists participating in the scheme that provides general surgery (breast and endocrine surgeries), general medical services (endocrinology, gastroenterology and hepatology), obstetrics and gynaecology, orthopaedics, ophtalmology, paediatrics, anesthesiology, otorhinolaryngology (ear, nose and throat), dental and psychiatry services.

Dr Nora’i said the hospital was also offering Traditional Complimen-tary Medicine (TCM) services through a special unit set up on its ground floor.

The unit began operations in March 2008, she said, by offering traditional Malay massages and acupuncture services for patients recovering from strokes and other chronic illnesses.

“We added the Herbal Treatment as an adjunct treatment to conventional cancer treatment in October last year and in July this year we started post-natal massage services exclusively for mothers delivering their babies in this hospital,” she said.


By DHARMENDER SINGH


ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


alhamdulillah, seifiniti kesyukuran kehadrat ilahi dan selawat serta salam keatas junjungan besar nabi muhammad s.a.w .. selamat kembali ke dunia yang realiti tetapi hakikat sebenar ia adalah sempadan yang terbatas dan perlu dirancang sepenuhnya untuk mengelak diri menjadi bahan ujikaji dan caturan .. itulah dunia .. tempat yg tidak kekal abadi dan merupakan ladang atau kebun untuk manusia berusaha menggali sebanyak amal dan pahala sebagai bekalan yang pasti di alam fana'.

[BIASISWA DAN MAHASISWA]
selamat merancang kepada insan yang sedang menuntut ilmu di matrikulasi, stpm , a level dan sebagainya kerna di hari yang mendatang , anda akan bergelar mahasiswa setelah dapat menyambung kehidupan di dunia U yang semakin mencabar dan tercabar.. persaingan semakin sengit dengan populasi yang cemerlang semakin ramai , peluang yang terhidang perlu disambar dengan sistematik terutamanya peluang biasiswa , kursus kritikal dan universiti pilihan .
disini ade beberapa peluang biasiswa dan laman web nya yang membolehkan sahabat meninjau dan mengambil peluang yang ada..


MARA Scholarship Programs
http://www.mara. gov.my/english/ division/ BPP/default. htm

Yayasan Proton Scholarship

http://www.malaysia -scholarship. com/yproton. html

PTPTN Education Loan

http://ptptn. gov.my/

The Star Education Fund

http://thestar. com.my/edufund

Astro Scholarship Award

http://www.astro. com.my/v5/ astrolife/ scholarship/

PETRONAS Education Scholarship Programs

http://esu-spmtrial .petronas. com.my/

2007 MNRB Scholarship Fund

http://www.mnrb. com.my/

OCBC Bank Scholarship

http://www.ocbc. com.my/global/ aboutOCBC/ Gco_Abt_Communit y.shtm

Bank Negara Scholarship

http://www.bnm. . gov.my/

ABM 50th Merdeka Scholarship

http://www.abm. org.my/

Curtin Sarawak Scholarship

http://www.curtin. edu.my/

The University of Nottingham Malaysia Campus High Achievers Scholarships

http://www.nottingh am.edu.my/ students/ MISC/High% 20Achievers% 20Scholarship% 202006-July06. pdf

HELP University College

http://www.help. . edu.my/scholarsh ips/index. php

Adelaide Achiever Scholarships International (AASI)

http://www.internat ional.adelaide. edu.au/future/ scholarships/ ug/

Curtin University of Technology Scholarship

http://www.emaac. org/

Charles Darwin University Scholarship

http://www.malaysia -scholarship. com/www.cdu. edu.au/engineeri ng/scholarships_ ug_int_eng. htm

Kolej Disted-Stamford Degree Scholarships

http://www.disted. edu.my/

Leeds University Scholarships

http://scholarships .leeds.ac. uk/

Loughborough University Human Science Scholarships

http://www.lboro. ac.uk/

MAAC Scholarship - La Trobe University 2006

http://www.latrobe. edu.au/internati onal/courses/ ug.html

NUS / Asean Undergraduate Scholarship

http://www.nus. edu.sg/admission s/undergrad/ scholarship/ nus_asean. htm

UCL Pathfinder Scholarships

http://www.ucl. ac.uk/

University of Sheffield Scholarship

http://www.shef. ac.uk/malaysia/ entry.html

UTAR Scholarships

http://www.utar. edu.my/

Nanyang Technological University Scholarship

http://www.ntu. edu.sg/oad/ scholarships/ nanyang.htm

Tasmanian International Scholarships

http://www.internat ional.utas. edu.au/documents /internationalAp plication. pdf

University of Malaya Fellowship Scheme

http://ips.um. edu.my/

Universiti Malaysia Sarawak Scholarship

http://www.unimas. my/

King Abdullah University of Science and Technology (KAUST Discovery Scholarship)

http://apply. embark.com/ kaust/discovery/

Universiti Malaysia Sabah Scholarship

http://www.ums. edu.my/pasca

kepada akak dan abang , sila bantu adik-adik , sanak - saudara kerana mengikut pengalaman diri , kita sendiri yang perlu mencari peluang yang ada..

" chance come once , take it and grab it "

salam informasi

amin


INSYAALLAH, SAHABAT BOLE KLIK DI POSTER NI UNTUK LEBIH JELAS..

SALAM UKHWAH

AMIN


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


alhamdullillah, bersyukur kehadrat ilahi kerna limpah dan inayahnya kita hidup di bumi ciptaannya yang semakin hari semakin tua , semakin banyak kerosakan termasuk isinya yang seringkali lupa pabila diperingatkan oleh pencipta. itulah lumrah kehidupan kerna kita adalah manusia , insan yang sering lupa tentang rezeki yang telah diberi , kesenangan yang dikecapi , nikmat yg tidak terhingga.. semua itu adalah ujian dari pencipta.. oleh itu , ingatlah wahai sahabat ku dan diri ini , kita sering di uji , setiap yang dilakukan akan dirakam , kita sering diperhati oleh penjaga kiri dan kanan yang tidak pernah terleka walau seketika, kita sering dijinakkan oleh nafsu dan diganggu oleh sang syaitan dan iblis.. sungguh komplek kehidupan ini .. kita yang perlu memikirkannya. [ berfikir untuk memikir ]

sahabat-sahabat sudah sibuk berkemas pulang ke rumah untuk bertemu ratu di hati.. alangkah gembiranya hati ini pabila dapat bertemu setelah sekian lama berhijrah dibumi kuala lumpur ini. ibu bapa , insan yang penting dalam hidup ini.. tanpa mereka kita tidak akan dilahir di dunia yang penuh dengan cabaran, sebelum roh turun ke bumi dimasukkan kedalam tubuh manusia , kita telah berjanji untuk melakukan amar maaruf nahi munkar dan taat kepada perintah Allah akan tetapi kita semakin lama hidup semakin lupa tentang janji itu.. maka beringat lah sahabat ku dan diri ini .. kita sering diuji dengan kenikmatan dunia .. itulah kelazatan dunia yang sering kali membuat diri ini lupa..

SELAMAT BERCUTI DAN BERTEMU KELUARGA TERCINTA..
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

BERUSAHA MENJADI INSAN YANG MENGERTI TANGGUNGJAWABNYA
MOGA-MOGA HIDUP DIPERMUDAHKAN

DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT

SALAM UKHWAH

AMIN

Dari Abu Hurairah r.a. ,
Nabi SAW bersabda ”Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada
lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :-

Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya.

[Muttafaqun Alaih]


ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA



ujian telah pun selesai , hati semakin tenang, perancangan telah di atur, bersyukur ke khadrat ilahi kerna kita masih lagi diberi nikmat-nikmat kehidupan yang tidak terhingga seperti nikmat bernafas, nikmat sihat , rezeki dan hidup aman di bumi Allah ini.. alhamdullillah, ujian dunia yang sahabat dan saya tempuhi telah pun selesai .. namun ia hanyalah ujian kecil yang diberikan kepada kita sebagai hambanya kerna kehidupan ini adalah pinjaman dan ladang untuk kita memperoleh seberapa banyak amal kebajikan dan pahala agar dibawa masa hari perhitungan kelak..

seifiniti kesyukuran di lafazkan kerna pelbagai ujian yang ditempuh semasa menjalani peperiksaan akhir semester dan menjadi sebagai MPP .. moga-moga ia dapat menjadi bekalan , peringatan dan pengalaman kepada diri ini agar menjadi lebih matang dan dekat kepada pencipta..

pengumuman daripada jpa dan ptptn berkenaan bayaran untuk semester akan datang.. diharapkan sahabat dapat melayari laman e-pelajar [ http://www.ukm.my/e-pelajar/] untuk makluman lanjut...

berkenaan kursus Comprehensive Health Care ( CHC ) , ada pertambahan tarikh iaitu kuliah pada 4 , 7 dan 10 disember 2009 bermula pukul 10 hingga 12 tengahari .. insyaAllah, jadual yang terbaru akan diberitahu dengan lebih lanjut dan telah ditampal di papan kenyataan fakulti..

berkenaan penyimpanan barang-barang ketika cuti, alhamdullillah, pihak pentadbiran kolej telah menampal notis di papan kenyataan kolej .. barang-barang bole disimpan di stor
dan surau , dan perlu menulis nama serta no matrik , fakulti seperti yang tercatat di notis..
diharapkan sahabat-sahabat tidak menyimpan barang-barang berharga di stor dan surau..

alhamdullillah, mesyuarat bersama pentadbiran fakulti yang terakhir untuk semester ini.. dan beberapa persetujuan yang dicapai dan berita baik yang disampaikan.. setelah aduan yang disampai telah dianalisa oleh pihak fakulti , kita akan memperoleh perubahan dari segi kemudahan di fakulti .. sebelum ini, kita telah memperoleh kerusi baru , dan bilik yang berwajah baru .. insyaAllah, tahun depan , setiap bilik kuliah untuk fakulti farmasi akan diperbaiki sepenuhnya termasuk aircond, lcd dan kemudahan lain.. itu yang telah disampaikan kepada saya dan bersama-sama wakil PMU dan PMFF yang lain..

untuk masalah bilik yang kecil dan sempit, kita telah diberi pilihan samada untuk menggunakan bilik tersebut atau kita menggunakan bilik kuliah 2 dan 3 .. untuk makluman sahabat2 semua, penggunaan bilik kuliah yang lebih besar bole diusahakan tetapi kelas kita akan ada pukul 5 petang hingga ke malam kerana bilik kuliah tersebut digunakan oleh 3 fakulti yang lain dan kapasiti minumum untuk setiap bilik kuliah adalah 100 lebih ke atas .. insyaAllah, kami akan melakukan survey berkenaan masalah ini untuk semester akan datang.. bagi sahabat2 yang ada pandangan dan candangan boleh ajukan kepada saya dan melampirkan komen anda di dalam blog ini ..

perbincangan bersama unit pengangkutan berkenaan kemudahan bas ke bangi untuk sahabat menghantar kertas kerja telah diberikan maklum balas oleh TNC hepa prof dato' abdul razak.. terima kasih prof .. mekanisme untuk kemudahan ini telah dibincang bersama encik hassan (unit pengangkutan kampus kl ) , wakil jaksa dan kak Miza ( PMUKM FSKB ) .. persetujuan telah dicapai iaitu perkhidmatan ini akan disediakan setiap hari rabu, dan kepada sahabat- sahabat yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan ke bangi, boleh berhubung dengan wakil jaksa dan wakil jaksa akan mengumpulkan bilangan pelajar dan menyampaikan kepada pihak unit pemgangkutan.. sahabat perlu memberitahu seminggu awal kepada wakil jaksa tersebut .. setelah kita mengambil kira masa dan kekerapan kemudahan diperlukan kerana semester akan datang , pelbagai aktiviti akan dilaksanakan seperti AMBANG 40, ENGLISH SPEAKING ZONE , MENCAPAI KEMUNCAK dan sebagainya.. sahabat2 bole mengemukakan cadangan dan pandangan untuk kemudahan yang akan disediakan..

syukur kehadrat ilahi, beberapa program dan tugas telah berjaya diselesaikan walaupun ada lagi yang perlu dilakukan, insyaAllah, laporan program dialog bersama mahasiswa, " one week , one article" , jamuan raya organisasi pmukm fakulti farmasi, lawatam dan kuiz ke UIA .. kebajikan mahasiswa akan disediakan.. mohon agar hidup dipermudahkan..

alhamdullillah, kemudahan bus telah di sediakan juga selepas pukul 9 dan makluman sahabat , kemudahan ini telah dimulakan untuk semester ini .. kemudahan shuttle juga telah disediakan untuk kolej luar iaitu selain KTSN 1 .. jadualnya adalah seperti yang ditampal dipapan kenyataan .. syukur kepada segala perubahan yang berlaku dan terima kasih kepada unit pengangkutan kampus kl.. dan juga sahabat-sahabat yang memberi kerjasama dalam menjaga kebajikan bersama.. tanpa aduan dan cadangan sahabat, semestinya saya tidak dapat menganalisa dan menyampaikan kepada mereka.. terima kasih kerana memberi komitmen semasa program dialog bersama mahasiswa dan mengadukan didalam borang2 yang disediakan .. segala masalah berbangkit berkenaan pengangkutan , sahabat bole berhubung dengan saya atau terus dengan unit pengangkutan .. disini saya lampirkan berkenaan laporan saya terdahulu berkenaan pengangkutan.. [ http://aminmppfarmasi.blogspot.com/2009/04/laporan-isu-kebajikan-siri-1.html] ..

insyaAllah, kami juga telah merancang untuk mengadakan program mencapai kemuncak yang akan diadakan untuk tahun akan datang .. kepada sahabat2 yang berminat untuk menjadi fasilatator , bole lah berhubung dengan saya dan insyaAllah, borang akan dikeluarkan.. program lawatan ke singapore atau ke surabaya dalam perancangan bersama-sama PMFF .. marilah kita bersama-sama mencambah idea, mengembleng tenaga, berubah kepada yang lebih baik dan profesional kerana kita adalah ahli profesional untuk masa akan datang.. tingkatkkan ilmu dan kemahiran diri .. capai ketenangan diri dan keampuan dari ilahi kerna hidup ini adalah ujian..

SELAMAT BERCUTI DAN BEREHAT SEBENTAR MINDA DAN DIRI SELEPAS BERHEMPAS PULAS MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1.. RANCANG LAH DIRI DENGAN PROGRAM YANG BERMANFAAT, BACALAH BUKU ,TAMBAHKAN ILMU , GUNAKAN MASA LAPANG DAN MUDA SEBELUM KITA SIBUK DAN TUA.. MAAFKAN DIRI INI JIKA ADA MELAKUKAN KESILAPAN ATAU TERSALAH TUTUR KATA KERNA MANUSIA TIDAK TERLEPAS DARI SEBARANG KESILAPAN.. TEGUR DAN PERINGATKAN LAH ..

"BERGERAK SEIRINGAN MEMIMPIN PERUBAHAN"

[ DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT ]

SALAM UKHWAH

AMIN





ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

bersyukur kerna kita masih lagi diberi kesempatan untuk mendapatkan oksigen dan tenaga untuk kita hidup dimuka bumi ciptaan ilahi .. dunia ini adalah tempat sementara dan akhirat adalah destinasi yang kekal abadi ... [ rukun iman ke 5 iaitu percaya kepada hari kiamat ] .. dunia semakin tua dan berusia .. sama seperti manusia yang akan berumur dan akan meniggalkan alam dunia ini menuju ke alam barzah atau kubur sebelum menanti hari kebangkitan di padang mahsyar..

dunia hari ini sangat kompleks dan rumit.. ia adalah pandangan diri ini,, jika kita lihat, kehidupan seharian yang kita lalui, adakah ia berlaku kerana kita yang berusaha dan menentukannya.. adakah kita yang mengaturnya? adakah kita bole memilih nasib kita? jawapannya adalah tidak mungkin.. kerna segala yang berlaku adalah kuasa dan kehendak pencipta iaitu Allah..


dunia hari ini telah menyedarkan diri ini tentang pencaturan hidup oleh golongan tertentu yang menpunyai misi yang perlu mereka capai.. ilumniti , agenda yahudi dan sebagainya telah berusaha sedaya upaya untuk mengubah dunia.. kepercayaan semakin bertambah , apabila saya melakukan pemerhatian berkenaan filem2 yang ditonton seperti the marine, tranformers , wanted , iron man dan banyak lagi .. kebanyakkan berkisarkan tentang kehebatan ketenteraan sesebuah negara dan ia telah menyelitkan unsur-unsur yang akan menyemarakkan lagi usaha untuk mewujudkan islamphobia serta agenda tertentu .. dan yang terbaru adalah movie 2012..

alhamdullillah, telahan saya betul dan disini disertakan laman blog sahabat yang telah menambahkan keyakinan dalam diri ini [ http://rijal82.blogspot.com/2009/11/2012-janjikan-propaganda-tersirat.html ] .. diharapkan sahabat mengkaji dan berfikir .. selain itu, sahabat juga bole melihat filem seperti the arrival kerana didalamnya ada mendedahkan berkenaan agenda tersirat mereka..

"SELAMAT MENGKAJI DAN BERFIKIR "

SALAM UKHWAH

AMIN


Yg dilihat & diukurNYA bkn semata2 sjauhmana usahamu,tp yg diharap sejauh mana TAWAKAL,PERCAYA nan jitu,pergantunganmu padaNYA..tp tak bmakna tidak perlu berusaha..USAHALAH semampumu,tp jgn sesekali beraqidah bhw byk usahamu penentu kejayaan..tetapi berimanlah bhw TAWAKKALmu itu sbnrnya hanya semata2 padaNYA..itulah penentu kejayaanmu..kejayaan bkn milik sesiapa,tetapi adalah milik ALLAH..jd,seyakinnya hendaklah dikau pohon dariNYA semata..

terima kasih sahabat, moga2 kita semua mendapat naungan ilahi..

BERFIKIR UNTUK MASA DEPAN

"HIDUP INI UJIAN, IA BAGAIKAN RAKAMAN UNTUK HARI AKAN DATANG"


assalamualakum w.b.t dan salam sejahtera


alhamdullillah, syukur ke hadrat ilahi kerna kita masih diberi kesempatan untuk hidup dan beramal di dunia ini.. syukur diberikan ketenangan dan dipermudahkan urusan semasa minggu-minggu peperiksaan ini.. insyaAllah, semestinya sahabat-sahabat telah mendapat intipati yang disampaikan oleh imam bukhari berkenaan cara untuk kita menghafal sesuatu ilmu..

"apakah ubat untuk midah dan kuat menghafal"

jawab imam bukhari
"tiada perkara lebih bermanfaat tentang hafazan yang
aku tahu melainkan dua perkara :


kecintaan dan kemahuan yang tinggi terhadap sesuatu ( nahmatul raji ) dan sentiasa mengulangi dan melihat berulang-ulang kali ( mudawamatin nadzar)"

InsyaAllah, kita akan berkongsi cara dan petua untuk cepat mengingat yang digilap dari buku panduan mencerdaskan minda , ustazah siti nor bahyah mahmood.


petua cepat mengingat :
- ada kemahuan yang kuat
- beri tumpuan fikiran
-lazimkan diri dengan kegiatan menghafal
-mengingat berfaedah kepada diri sendiri
-minat tinggi terhadap sesuatu perkara
-tidak terlalu banyak kegiatan atau benda yang hendak dihafal
-berehat sebentar selepas menghafal sesuatu
-sesuatu fakta itu benar-benar difahami
-tiada gangguan persekitaran terutamanya perkara yang disukai nafsu
-elakkan dari memikirkan perkara yang tiada kaitan
-ulangan bacaan atau hafalan beberapa kali

begitu banyak petua yang diutarakan dan melalui analisis diri , kita kena membahagi pembelajaran kepada fasa-fasa tertentu seperti yang disarankan dr roslan semasa mengajar pengurusan masa. fasa memahami atau fasa kajian , fasa menghafal dan fasa merumus sesuatu.. melalui pemerhatian, kaedah itu adalah baik kerana ia dapat memupuk diri untuk merancang cara untuk belajar dan menghafal.. semestinya , belajar kumpulan dapat merangkumi fasa pertama iaitu fasa kajian dan fasa memahami.. pada fasa ini , kita dapat idea dan maklumat yang hendak disampai..

menghafal adalah kaedah yang banyak memberi manfaat dalam diri.. pencipta telah memberikan otak seperti walnut dan akal untuk kita menggunakan seoptima yang mungkin.. insyaAllah , jika kita banyak berfikir, risiko untuk mendapat penyakit seperti alzeimer ( nyayuk ) dapat dikurangkan :)..
berfikir juga untuk masa depan bukan untuk dunia malah juga akhirat..
Allah seringkali memberi peringatan kepada hambanya agar berfikir untuk mendapatkan kebahagian akan datang.. peringatan untuk diri , dunia ini tumpangan dan akhirat adalah selama-lamanya.. bersama-sama kita mencapai kebahagian disana..

moga-moga sahabat dapat input dan sekiranya adalah salah dan silap tegurlah dan peringatkan kerna kita adalah insan yang sering lupa...

selamat menjawab peperiksaan bagi yang ada beberapa paper lagi. berfikirlah untuk masa depan..

salam ukhwah

amin



ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

BERITA BAIK KEPADA SAHABAT SEMUA
INSYAALLAH , AKAN DIADAKAN KURSUS PRA-PERKAHWINAN
BERTEMPAT DI HUKM
MASA : 31 OKTOBER 2009 - 1 NOVEMBER 2009
BAYARAN : RM60

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT ,
SAHABAT BOLEH MENGHANTARKAN NAMA DAN NO .IC PADA
KAK MUNIRAH ( 019-4130943)

SELAMAT MENAMBAH ILMU SEBELUM BERUMAH-TANGGA

SALAM INFORMASI

AMIN


Assalamulaikum W.b.t dan salam sejahtera

alhamdullillah, bersyukur kepada ilahi kerana kita masih diberikan peluang dan ruang untuk hidup dimuka bumi untuk bersama-sama memakmurkan kehidupan insan dan mengutip segala amalan-amalan yang akan dijadikan bekalan pada hari pembalasan nanti..
[ dunia adalah ladang untuk akhirat ]

OPKIM
tempat : kg banat , perlis
masa : 4 - 9 disember 2009
anjuran : urusetia pembangunan sumber manusia , hal ehwal pelajar ( HEPA )

insyaAllah, kepada sesiapa sahabat yang berminat untuk menyertai Operasi Khidmat Masyarakat yang akan berlansung ketika cuti nanti.. sahabat boleh menhantar sms ( 0133169769 ) dan berjumpa dengan saya sebelum 19 oktober 2009 . tempat adalah terhad ..

butir-butir yang diperlukan :
NAMA PENUH, FAKLUTI , KURSUS , NO. MATRIX , JANTINA, NO TELEPON , SAIZ BAJU DAN BAYARAN RM25 UNTUK BAJU..


alhamdullillah, tempat untuk menyertai opkim ke perlis pada kali ini telah penuh.. diharapkan sahabat-sahabat yang telah memberikan nama dapat menyalurkan butir-butir maklumat dan duit sebanyak rm25.. selamat berkhidmat untuk masyarakat..


SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN

" KEGAGALAN ITU ADALAH PENCETUS KEJAYAAN"

SALAM UKHWAH

AMIN


ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


ALHAMDULLILLAH, BERITA BAIK KEPADA SAHABAT FARMASI TAHUN 3, FAKULTI TELAH MENAMPAL NOTIS BERKENAAN KURSUS CHC ( COMPREHENSIVE HEALTH CARE) BERMULA HARI INI ( 23/10/2009 ) HINGGA 13 NOVEMBER 2009. TEMPAT ADALAH TERHAD IAITU HANYA 34 PELAJAR SAHAJA. 11 PELAJAR YANG WAJIB AMBIL TIDAK TERMASUK..

KEPADA SAHABAT YANG BERMINAT BOLEH LAH MENULIS NAMA DI PEJABAT FAKULTI FARMASI SEPANJANG TEMPOH MASA YANG DIBERI.. JADUAL PEMBELAJARAN KURSUS ADA DITAMPAL DI PAPAN KENYATAAN FAKULTI.. SAMPAIKAN KEPADA SAHABAT LAIN.

SELAMAT BERFIKIR DAN MENJAWAB PEPERIKSAAN AKHIR SEMS 1

" MASA ITU ADALAH BOM JANGKA, JIKA TERSILAP GUNA .IA AKAN MEMUSNAHKAN DIRINYA "

SALAM INFORMASI

AMIN


ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

pertama-tamanya, mari kita panjatkan seifiniti kesyukuran kepada ilahi kerna limpah rahmat dan rezeki yang dikurniakan kepada kita untuk hidup dimuka bumi ciptaannya.. selamat membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester 1.. berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa kepada pencipta agar dipermudahkan urusan didunia ini.. sesungguhnya ia adalah ujian yang kecil didunia jika dibandingkan dengan ujian yang besar di kemudian hari yang kita tidak jangka..

alhamdullillah , berita baik kepada sahabat-sahabat semua berkenaan yuran pengajiaan dan pihak bendahari telah melakukan pelarasan kepada bayaran pembayaran untuk unit pengajian.. sebelum ini dikatakan ia dalam bentuk package dan sebagainya. insyaAllah, akan saya paparkan kronologi berkenaan isu yuran ini dan ia adalah dari sudut sisi diri ini..

kronologi berkenaan isu yuran dalam bentuk package [ sudut sisi diri ini ]

> masalah ini timbul apabila sebahagian pelajar melihat kewangan untuk pembayaran yuran mereka bertambah terutamanya pelajar senior ( tahun 3 dan 4 )

> masalah telah saya diajukan kepada penolong pendaftar fakulti farmasi , en saidi dan dibawa berbincang semasa meeting pengurusan pentadbiran fakulti farmasi kali pertama.

> setelah berbincang, saya telah mulakan pemerhatian dan ajukan kepada unit bendahari ukm kl dan seterusnya unit bendahari bangi. keputusan yang diperoleh ialah pembayaran yuran unit pengajian adalah dalam bentuk package iaitu bagi fakulti farmasi rm850 untuk semua tahun mahasiswa fakulti farmasi.. dan dimaklumkan fakulti lain pun sama.

> pemerhatian diteruskan dan untuk program dialog bersama mahasiswa yang dilakukan untuk semua tahun , ramai sahabat bertanyakan tentang isu yuran ini

> pada 14 september 2009 , semasa majlis berbuka puasa bersama TNC hepa ( prof dr abdul razak ) , saya telah mengajukan masalah ini dan alhamdullillah prof prihatin berkenaan isu ini.
prof mengatakan ianya untuk pelarasan yuran untuk semua tahun dan ia akan memudahkan proses pengurusan kewangan .. isu berkenaan sebahagian pelajar fakulti farmasi yang mengambil ptptn telah saya timbulkan kerana ramai sahabat yang bertanya dan prof menyatakan akan berbincang diperingkat ukm.. alhamdullillah , terima kasih kerana sudi hadir dan mendengar aduan kami..

> 29 september 2009 , meeting bersama pengurusan univerisiti iaitu bersama naib canselor , tnc hepa dan unit-unit bahagian universiti seperti unit bendahari , unit sukan , JPP , PPP dan sebagainya. semasa sesi dialog bersama nc , saya telah mengajukan masalah ini kepada nc dan telah mendapat feedback serta sokongan dari sahabat dari fakulti lain. fakulti lain juga menjelas perkara berkenaan isu yuran pengajian dalam bentuk package ini .

antara perkara yang disampaikan berkenaan pembayaran yuran dalam bentuk package dan pelaksanaannya. unit bendahari menjelaskan ia adalah pelarasan sistem pembayaran unit pengajian dimana ia akan memberi kemudahan kepada pelajar. sistem ini adalah bagus kerana ia akan mencampurkan semua unit dari tahun 1 hingga 4 .. jumlah keseluruhan akan dibahagikan mengikut tahun.. jadi ia jumlahnya akan sama setiap semester.. semestinya , sistem ini memberi kemudahan kepada pelajar tahun 1 dan 2 kerana sistem pengiraan unit mereka telah berubah dan bertambah.. akan tetapi yang menjadi masalah ialah pelajar senior ( tahun 3 dan 4 ) dimana ia masih mengikuti sistem unit lama.. tiada penambahan unit seperti yang berlaku pada tahun 1 dan 2.. usaha bersama telah dilakukan , saya dan PMU lain untuk menjelaskan perkara ini kepada pihak pengurusan universiti.

> 13 oktober 2009 , saya mendapat maklumat melalui sms daripada haji bisro ( jabatan bendahari ) yuran pengajian farmasi secara pakej rm850/sem adalah berdasarkan jumlah unit untuk tempoh pengajian 4 tahun @ 8 semester ialah rm 40 seunit. ia juga adalah mengikut arahan kadar yuran farmasi dari KPM pada tahun 1991. tiada kenaikan sampai kini..

terkini , saya dapat berita gembira berkenaan isu yuran ini . BERITA DIPEROLEH DARI E-PELAJAR..


Yuran Pengajian Pra Siswazah Semester 1 Sesi 2009/2010

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa kadar yuran pengajian Semester I Sesi 2009/2010 akan diselaraskan semula mengikut kaedah berikut:

1.Pelajar Tahun 1 dan 2 dikenakan yuran pengajian secara pakej kerana perubahan struktur program pengajian mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) telah mula dilaksanakan mulai Sesi 2008/2009.

2.Pelajar Tahun 3 dan 4 akan dikenakan yuran pengajian pada kadar lama mengikut jumlah unit kursus yang diambil pada Semester ini kerana struktur program pengajian belum mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia.

3.Pelarasan yuran ini akan dilaksanakan dalam tempoh 1 minggu dari 19 - 26 Oktober 2009.

4.Pelajar-pelajar terlibat boleh merujuk maklumat tersebut selepas tempoh pelarasan dibuat iaitu selepas 26 Oktober 2009.

(epelajar/bul/bil.19102009-29)



DIHARAPKAN SAHABAT2 DAPAT INFO DAN INPUT BERKENAAN ISU INI.. ALHAMDULLILLAH , ISU INI AKHIR DAPAT DISELESAIKAN .

SELAMAT MEMBUAT PERSEDIAAN DAN BERDOA UNTUK KEJAYAAN BERSAMA


" BERGERAK SEIRINGAN , MEMIMPIN PERUBAHAN"

SALAM UKHWAH

MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID
MPP FAKULTI FARMASI
PMUKM



ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

ALHAMDULLILLAH, MAKLUMAN KEPADA SAHABAT BERKENAAN PENEMPATAN BARANG2 SEMASA CUTI.. PERKARA INI TELAH DISAMPAIKAN KEPADA PENGETUA DAN TELAH MENDAPAT FEED BACK ..

BARANG2 SAHABAT DINASIHATKAN UNTUK DIBAWA BALIK KERANA STOR TIDAK DISEDIAKAN .. BILIK BOLEH DISEWA DAN CADANGAN UNTUK SEWA 1 BILIK BERAMAI2 ADALAH LANGKAH YANG EFFEKTIF .. DIINGATKAN , SAHABAT PERLU RE CHECK IN KOLEJ..

UNTUK MENYIMPAN BARANG DISURAU JUGA TELAH DIAJUKAN , PENGETUA TIDAK MEMBENARKAN KERANA SIKAP PELAJAR YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SELEPAS WAKTU MENYIMPAN DAN ISU KESELAMATAN YANG TIMBUL..

DIHARAPKAN SAHABAT MENDAPAT MAKLUMAT DAN SEBARANG PERUBAHAN AKAN DIBERITAHU UNTUK MASA AKAN DATANG..

SALAM INFORMASI

AMIN


Juga diceritakan oleh Jamaluddin al-Qasimi, pernah seorang yang
kagum dengan kekuatan hafazan Imam Bukhari bertanya kepada beliau
"apakah ubat untuk mudah dan kuat menghafal",

jawab al-Bukhari
"tiada perkara lebih bermanfaat tentang hafazan yang aku tahu
melainkan dua perkara:
kecintaan dan kemahuan yang tinggi terhadap sesuatu (nahmatul rajl)
dan sentiasa mengulangi dan melihat berulang-ulang kali (mudawamatin Nadzar)".

Nah!!lihatlah petua yang diberikan Imam Bukhari ini sangat logik, rasional dan praktikal, tiada apa-apa petua yang pelik, tidak perlu makan atau minum ramuan-ramuan tertentu atau jampi-jampian tertentu,

tetapi yang perlu hanyalah kemahuan dan kecintaan yang kuat dan
pengulangan yang kerap!!

MOGA2 KITA DAPAT PRAKTIKKAN CARA TERSEBUT ..
IA ADALAH SALAH SATU KAEDAH UNTUK MENDAPATKAN ILMU DAN ADA
PELBAGAI LAGI KAEDAH YANG KITA PERLU TEROKA..

" AMALKAN SECARA KONSISTEN ILMU YANG ADA"

ILMU SINAR KEBAHAGIAN

SALAM UKHWAH

AMIN



ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


ALHAMDULLILLAH, TAWARAN ISTIMEWA KEPADA SAHABAT SEMUA.. PMU DAN PMF FARMASI, MEDIC, DENTAL , FSKB , SAINS DAN MATEMATIK SERTA SAHABAT LAIN YANG BERMINAT.. UNTUK MENGENDALIKAN PROGRAM MOTIVASI PELAJAR LEPASAN PMR ..

JEMPUTAN PANITIA SAINS SMK DESA PETALING, PADA 5 NOVEMBER 2009, BERMULA PUKUL 7.30 PAGI - 10.00 PAGI.
KUMPULAN SASARAN SERAMAI 200 ORANG PELAJAR PMR.


OBJEKTIF PROGRAM UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR TERHADAP BIDANG ILMU SAINS DAN MATEMATIK .. CADANGAN AKTIVITI IALAH PAMERAN , LATIHAN DALAM KUMPULAN ATAU DEMONSTRASI EXPERIMENT .. SUMBER KEWANGAN AKAN DISEDIAKAN OLEH PENGANJUR..

KEPADA PERSATUAN DAN KELAB YANG BERMINAT , SAHABAT BOLEH MENGHUBUNGI
KAK MUHAINI ( KETUA PANITIA SAINS SMK DESA PETALING) - 0129668620

INSYAALLAH , SAHABAT2 YANG BERKELAPANGAN DAN BERMINAT , MARI KITA BERSAMA2 BERUSAHA UNTUK MEMBERI KHIDMAT DAN PENGALAMAN KEPADA ADIK2 KITA YANG AKAN MENEMPUH DUNIA ILMU YANG SEMAKIN MENCABAR.
MOGA2 PERKONGSIAN ILMU TERSEBUT DAPAT MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG DIDUNIA DAN AKHIRAT..

alhamdullillah, program ini telah dikelolai oleh fakulti pendidikan, selamat berkhidmat untuk masyarakat.. terima kasih kak muhaini kerana sudi berhubung dengan kami.. insyaAllah.. ada kesempatan , kami pula akan menganjurkan program di sana..

" BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT"



SALAM INFORMASI

AMIN



ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


ALHAMDULLILLAH, SLIP UNTUK PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 TELAH DIKELUARKAN.. SAHABAT SEMUA BOLE MENGAMBILNYA DI PEJABAT FAKULTI.

DIHARAPKAN SAHABAT DAPAT MENYAMPAIKAN BERITA INI KEPADA SAHABAT YANG LAIN..

" UJIAN DI DUNIA MERUPAKAN UJIAN YANG KECIL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN UJIAN DI AKHIRAT"

SELAMAT BERUSAHA MENTELAAH ILMU

SALAM INFORMASI

AMIN


ARTICLE OF AMAZING FACTS ABOUT OUR BODY:


1. The attachment of the human skin to muscles causes _________________


2. The bone in the human body that is not connected to another bone is ________________________



GENERAL SCIENCE:


  1. The instrument that is used to measure pressure? ___________________
  2. The intensity of an earthquake is measured with a ___________________
  3. Alexander Fleming discovered the ________________________________
  4. Oncology is the study of ______________________




GENERAL KNOWLEDGE:


  1. Which is the smallest ocean in the world?

_____________________________________________________



  1. Which is the country hosting the 2008 Olympic Games?

_____________________________________________________



3. Match the following columns:



Column 1

Column 2

A. Anna Kournikova

1. Golf

B. Gordie Howe

2.Tennis

C. Vijay Singh

3. Hockey

D. Michael Jordan

4. Cricket

E.Brett Lee

5. Basketball




OPINION ABOUT DISPENSING SEPARATION :

................................................................................





Disediakan oleh:

Exco pembangunan akademik

Siti amirah 013-3133945

Nazatulsyima 013-2225876




ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,