Suara hati semakin meronta-ronta
, adakah aku tempat yang penting untuk mu wahai tubuhmu?

adakah aku perlukan ramuan dan makanan untuk aku hidup tenang bersama-sama dengan mu?
adakah kau sentiasa menjagaku wahai tubuhmu ?
dimana tubuhmu yg sentiasa mencari kebenaran?
dimana akalmu yg sentiasa menjaga tubuhmu untuk melawan hawa nafsu yang semakin bermaharaja lela?


aduh !! hati ku ini.. banyak sungguh persoalan yg ditimbul.. gerak tubuhmu ini adalah bertitik tolak dari mu.. masakan aku dapat menjawab persoalan mu jika kamu sendiri yang bertanya kepadaku.. kau adalah raja kepadaku.. kerana kau , aku dapat melaksana kewajipan dimuka bumi Allah ini .. kerana kau , wahai hati.. aku dapat menilai yang mana kaca dan yang mana permata.. tetapi kenapa engkau masih bertanya kepada ku.. aku merasakan engkau perlu bertanya kepada rohmu.. rohani mu lebih arif dariku..

wahai roh mu.. aku telah bertanya kepada tubuhmu , tetapi aku diperintah untuk bertanya kepada mu.. adakah engkau mampu?

wahai hati .. engkau juga adalah sebahagian makhluk Allah.. setiap insan memiliki mu.. adakah engkau pernah dengar.. jika engkau baik , maka baiklah tubuh mu dan gerak gerimu.. engkau perlu dijaga agar ia sentiasa suci .. hidup didunia ini yang penuh cabaran , aku tahu engkau sentiasa dikotori dengan nikmat dunia yang sementara.. engkau tidak bole mengalahkan nafsu mu.. tetapi engkau perlu dijaga dan disucikan .. agar engkau menjadi tenang...

BENAR , wahai roh mu !! semakin hari , semakin aku menjadi risau.. dulunya aku bagaikan kain putih yang belum dicorakkan .. dulu aku merasa tenang.. tetapi sekarang.. aku merasakan aku semakin gelisah.. aku semakin dikawal oleh nafsu.. walaupun ku tahu ia hanya untuk sementara tetapi aku mahu melakukannya.. nikmat yang dikurniakan penciptaku sentiasa aku kecapi.. tetapi aku tidak bersyukur.. aku mahu nikmat yang berkekalan iaitu syurga dan dapat bertemu pencipta ku tetapi apakan daya ku..

cuba engkau bayangkan,
pabila aku melihat gadis-gadis atau jejaka yang rupawan , aku mahu merintih cintanya..
pabila aku melihat insan lain mahu berpasang-pasangan , aku mahu ikut bersama mereka walaupun diri ini sentiasa diperingatkan agar cinta ilahi ..
pabila ku melihat insan menghiasi diri untuk dipertontonkan , aku pun sibuk mencantikkan diri, aku menyuruh tubuh mu untuk menutup aurat tetapi aku hanya menganggapnya sebagai fesyen untuk menghiasi tubuhmu bukanlah kerna suruhan pencipta..
pabila ku mempunyai kemampuan yang lebih , aku akan menjadi kedekut .. ia adalah milik ku semata-mata.. walaupun aku tahu , aku tidak memilikinya jika pencipta tidak memberi rezeki kepadaku ..

aduh.. wahai roh mu.. aku mahu merintih .. aku mahu menangis.. apakah yang perlu aku buat.. pencipta sering mengingatkan ku , pedihnya azab di neraka, adakah aku mampu melintasi titian sirat dengan tenang.... aku takut !! aku tahu ia pedih!! tetapi aku buntu...

jika engkau takut, aku lagi takut.. hidup didunia yang bergelumang dengan maksiat dan cobaan.. aku juga akan menjadi rapuh .... dulu , ketika aku ditiupkan kedalam tubuh dan dirimu.. aku telah berjanji untuk mematuhi segala yang disuruh oleh pencipta.. aku begitu taat.. tetapi setelah lahir didunia , aku juga telah ingkarkan.. perkara mungkar telah aku lakukan tanpa bersalah, aku anggap pahala ku dapat menampungnya, aku anggap belum tiba masanya untuk aku kembali kepada Allah, dah tua atau hampir mati nanti baru aku bertaubat.. itulah perancangan ku pabila aku menjalani kehidupan dimuka bumi.. tetapi sangkaan ku begitu tersasar.. aku tersilap dan perlu kembali kejalan yang lurus..

baru ku tahu,
cinta yang sentiasa diidamkan manusia itu adalah ketetapan yang pasti.. aku perlu mencintai penciptaku kerna aku adalah miliknya.. manakan hamba bole mencintai selain tuannya.. aku telah diberi pinjaman tubuhmy dan kamu iaitu hati untuk aku hidup didunia ini .
baru ku tahu ,
aku mahu bercinta hingga ke syurga, aku mahu ia menjadi penghulu bidadari syurga.. aku mahu nikmat yang kekal.. aku mahu tenang..
baru ku tahu ,
tubuhku perlu ditutup kerna ia adalah syariat ilahi yang telah disebut dalam kalamuAllah, surah an-nur, ayat 30 dan 31.. aku perlu menjaga diriku.. ia adalah pemilik penciptaku ..
baru ku tahu,
harta dan rezeki yang melimpah ini adalah kurniaan ilahi.. aku dapat menuntut ilmu dan hidup aman adalah kerna ketentuannya.. ia anugerah yang bermakna untuk diri ini .. aku perlu bersyukur..

engkau hati adalah sangat penting untuk tubuhmu dan diriku sentiasa menjagamu..
engkau perlu disuci dan dijaga sepertimana aku juga perlu disucikan .. aku adalah jiwa yang perlu disucikan dengan syariat dan amalan yang pencipta telah tetapkan..
engkau yang menjaga tubuhmu dan bukanlah tubuhmu menjagamu.. engkau perlu faham wahai hati
engkau lah kunci kepada kebenaran bersama-sama akal yang teristimewa dikurniakan kepada insan.. engkau sangat penting wahai hati..
engkau perlu bersih dan suci
walaupun engkau banyal ilmu tetapi engkau perlu bersih ..
engkau yg mendorong dirimu.. adakah engkau sedar..


adakah ia cukup untuk mu .. adakah aku telah menjawab persoalan yang engkau tanya wahai hati.. adakah aku telah merungkai persoalan yang sentiasa insan tidak sedar...

wahai manusia, ku tahu , engkau seorang berilmu , engkau seorang kaya.. engkau banyak kelebihan , engkau ada nafsu dan akal.. tetapi engkau sering lupa tentang hati yang engkau miliki, engkau hampir lupe tentang roh atau jiwa yang ada dalam diri.. pabila tubuhmu melarikan darimu , hanya roh mu yang ada untuk menjawab persoalan yang akan disoal pencipta..

wahai makhluk yang lemah.. engkau perlu sucikan jiwamu, engkau perlu mencari jalan yang memberi ketenangan kepadamu ..

JIWA TENANG ADALAH HARAPAN KU DAN SEMUA INSAN
INSYAALLAH , CARA-CARA UNTUK MENJAGA HATI AKAN DIRI INI CUBA MENYAMPAI MANA YANG TERMAMPU. KITA PERLU SEDAR DAN PERLU MENCARI.. KITA ADALAH HAMBA ALLAH.. HAMBA YANG BANYAK KELEMAHAN DAN SENTIASA DIUJI

" ILMU SINAR KEBAHAGIAN''

AMIN

SALAM UKHWAH



3 Responses so far.

  1. f. says:

    insyaAllah boleh min..smoga dberi kekuatan..:)

  2. Anonymous says:

    salam amin...post ni buat sendiri atau dpt dr mana2 kah??

  3. insyaAllah,, kita sama2 berusaha , farid...
    alhamdulillah, nukilan jiwa ini yg penuh bersarang dengan dosa yg tidak th bagaimana untuk mengelak didunia tanpa sepadan ini dan diharapkan teguran drpd sahabat sekiranya ada kesilapan ..

    terima kasih membacanya..

    salam ukhwah

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,