ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA



ujian telah pun selesai , hati semakin tenang, perancangan telah di atur, bersyukur ke khadrat ilahi kerna kita masih lagi diberi nikmat-nikmat kehidupan yang tidak terhingga seperti nikmat bernafas, nikmat sihat , rezeki dan hidup aman di bumi Allah ini.. alhamdullillah, ujian dunia yang sahabat dan saya tempuhi telah pun selesai .. namun ia hanyalah ujian kecil yang diberikan kepada kita sebagai hambanya kerna kehidupan ini adalah pinjaman dan ladang untuk kita memperoleh seberapa banyak amal kebajikan dan pahala agar dibawa masa hari perhitungan kelak..

seifiniti kesyukuran di lafazkan kerna pelbagai ujian yang ditempuh semasa menjalani peperiksaan akhir semester dan menjadi sebagai MPP .. moga-moga ia dapat menjadi bekalan , peringatan dan pengalaman kepada diri ini agar menjadi lebih matang dan dekat kepada pencipta..

pengumuman daripada jpa dan ptptn berkenaan bayaran untuk semester akan datang.. diharapkan sahabat dapat melayari laman e-pelajar [ http://www.ukm.my/e-pelajar/] untuk makluman lanjut...

berkenaan kursus Comprehensive Health Care ( CHC ) , ada pertambahan tarikh iaitu kuliah pada 4 , 7 dan 10 disember 2009 bermula pukul 10 hingga 12 tengahari .. insyaAllah, jadual yang terbaru akan diberitahu dengan lebih lanjut dan telah ditampal di papan kenyataan fakulti..

berkenaan penyimpanan barang-barang ketika cuti, alhamdullillah, pihak pentadbiran kolej telah menampal notis di papan kenyataan kolej .. barang-barang bole disimpan di stor
dan surau , dan perlu menulis nama serta no matrik , fakulti seperti yang tercatat di notis..
diharapkan sahabat-sahabat tidak menyimpan barang-barang berharga di stor dan surau..

alhamdullillah, mesyuarat bersama pentadbiran fakulti yang terakhir untuk semester ini.. dan beberapa persetujuan yang dicapai dan berita baik yang disampaikan.. setelah aduan yang disampai telah dianalisa oleh pihak fakulti , kita akan memperoleh perubahan dari segi kemudahan di fakulti .. sebelum ini, kita telah memperoleh kerusi baru , dan bilik yang berwajah baru .. insyaAllah, tahun depan , setiap bilik kuliah untuk fakulti farmasi akan diperbaiki sepenuhnya termasuk aircond, lcd dan kemudahan lain.. itu yang telah disampaikan kepada saya dan bersama-sama wakil PMU dan PMFF yang lain..

untuk masalah bilik yang kecil dan sempit, kita telah diberi pilihan samada untuk menggunakan bilik tersebut atau kita menggunakan bilik kuliah 2 dan 3 .. untuk makluman sahabat2 semua, penggunaan bilik kuliah yang lebih besar bole diusahakan tetapi kelas kita akan ada pukul 5 petang hingga ke malam kerana bilik kuliah tersebut digunakan oleh 3 fakulti yang lain dan kapasiti minumum untuk setiap bilik kuliah adalah 100 lebih ke atas .. insyaAllah, kami akan melakukan survey berkenaan masalah ini untuk semester akan datang.. bagi sahabat2 yang ada pandangan dan candangan boleh ajukan kepada saya dan melampirkan komen anda di dalam blog ini ..

perbincangan bersama unit pengangkutan berkenaan kemudahan bas ke bangi untuk sahabat menghantar kertas kerja telah diberikan maklum balas oleh TNC hepa prof dato' abdul razak.. terima kasih prof .. mekanisme untuk kemudahan ini telah dibincang bersama encik hassan (unit pengangkutan kampus kl ) , wakil jaksa dan kak Miza ( PMUKM FSKB ) .. persetujuan telah dicapai iaitu perkhidmatan ini akan disediakan setiap hari rabu, dan kepada sahabat- sahabat yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan ke bangi, boleh berhubung dengan wakil jaksa dan wakil jaksa akan mengumpulkan bilangan pelajar dan menyampaikan kepada pihak unit pemgangkutan.. sahabat perlu memberitahu seminggu awal kepada wakil jaksa tersebut .. setelah kita mengambil kira masa dan kekerapan kemudahan diperlukan kerana semester akan datang , pelbagai aktiviti akan dilaksanakan seperti AMBANG 40, ENGLISH SPEAKING ZONE , MENCAPAI KEMUNCAK dan sebagainya.. sahabat2 bole mengemukakan cadangan dan pandangan untuk kemudahan yang akan disediakan..

syukur kehadrat ilahi, beberapa program dan tugas telah berjaya diselesaikan walaupun ada lagi yang perlu dilakukan, insyaAllah, laporan program dialog bersama mahasiswa, " one week , one article" , jamuan raya organisasi pmukm fakulti farmasi, lawatam dan kuiz ke UIA .. kebajikan mahasiswa akan disediakan.. mohon agar hidup dipermudahkan..

alhamdullillah, kemudahan bus telah di sediakan juga selepas pukul 9 dan makluman sahabat , kemudahan ini telah dimulakan untuk semester ini .. kemudahan shuttle juga telah disediakan untuk kolej luar iaitu selain KTSN 1 .. jadualnya adalah seperti yang ditampal dipapan kenyataan .. syukur kepada segala perubahan yang berlaku dan terima kasih kepada unit pengangkutan kampus kl.. dan juga sahabat-sahabat yang memberi kerjasama dalam menjaga kebajikan bersama.. tanpa aduan dan cadangan sahabat, semestinya saya tidak dapat menganalisa dan menyampaikan kepada mereka.. terima kasih kerana memberi komitmen semasa program dialog bersama mahasiswa dan mengadukan didalam borang2 yang disediakan .. segala masalah berbangkit berkenaan pengangkutan , sahabat bole berhubung dengan saya atau terus dengan unit pengangkutan .. disini saya lampirkan berkenaan laporan saya terdahulu berkenaan pengangkutan.. [ http://aminmppfarmasi.blogspot.com/2009/04/laporan-isu-kebajikan-siri-1.html] ..

insyaAllah, kami juga telah merancang untuk mengadakan program mencapai kemuncak yang akan diadakan untuk tahun akan datang .. kepada sahabat2 yang berminat untuk menjadi fasilatator , bole lah berhubung dengan saya dan insyaAllah, borang akan dikeluarkan.. program lawatan ke singapore atau ke surabaya dalam perancangan bersama-sama PMFF .. marilah kita bersama-sama mencambah idea, mengembleng tenaga, berubah kepada yang lebih baik dan profesional kerana kita adalah ahli profesional untuk masa akan datang.. tingkatkkan ilmu dan kemahiran diri .. capai ketenangan diri dan keampuan dari ilahi kerna hidup ini adalah ujian..

SELAMAT BERCUTI DAN BEREHAT SEBENTAR MINDA DAN DIRI SELEPAS BERHEMPAS PULAS MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1.. RANCANG LAH DIRI DENGAN PROGRAM YANG BERMANFAAT, BACALAH BUKU ,TAMBAHKAN ILMU , GUNAKAN MASA LAPANG DAN MUDA SEBELUM KITA SIBUK DAN TUA.. MAAFKAN DIRI INI JIKA ADA MELAKUKAN KESILAPAN ATAU TERSALAH TUTUR KATA KERNA MANUSIA TIDAK TERLEPAS DARI SEBARANG KESILAPAN.. TEGUR DAN PERINGATKAN LAH ..

"BERGERAK SEIRINGAN MEMIMPIN PERUBAHAN"

[ DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT ]

SALAM UKHWAH

AMIN





Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,