ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM UKHWAH 



Syukur kehadrat ilahi kerna kita sebagai mahkluk ciptaannya masih diberikan peluang untuk hidup dan menikmati nikmat-nikmat dunia atas rahmat dan kasih sayang-NYa. Dunia yang terbentang luas, cerekawala yang tidak dipastikan penghujungnya, ilmu yang melimpah ruah masih belum diterokai, udara yang masih cukup kandungan oksigennya untuk manusia bernafas, air yang masih ada untuk manusia, pokok2, haiwan2 serta mahkluk lain gunakan bagi menjalankan tanggungjawab dan beraksi dipencak bumi ciptaan-Nya. Matlamatnya ialah mencari kebenaran dan bekalan untuk satu masa yang pasti dan kekal abadi iaitu alam akhirat. Namun, kita selalu alpa dan leka. Cinta dunia Takut Mati. kita dijadikan sebagai khalifah, abid ( ahli ibadah) dan hamba yang sentiasa bernaung atas kekuasaan yang maha hebat. 

" DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT" 

menjadi pemikir bukan lah sesuatu perkara yang mudah ia adalah kemahiran yang perlu digarap. jadi kita berusaha menjadi seorang pemikir. tokoh pemikir yang hebat seperti nabi muhammad s.a.w, sultan muhammad alfateh , saifudin qutuz, ibn khaldun dan ramai lagi sarjana islam. kecemerlangan umat islam dalam berfikir dicemburui serta tertegakkan kemegahan ilmu kota baghdad. 

beruntunglah umat islam kerna kita mempunyai gedung ilmu yang bernilai. itulah Alquran. Al-Quran merupakan sumber segala ilmu pengetahuan. Hal terbaik yang dapat diminta daripada kitab suci ini ialah dorongannya kepada manusia supaya berfikir. Di dalam al-Quran tidak terdapat suatu hukum yang bersifat melumpuhkan akal manusia untuk memikirkan kandungn maknanya dan tiada sesuatu perkara pun yang merintangi akal untuk mencari pelbagai ilmu yang bersifat luas. Maksudnya, al-Furqan tidak melarang mereka mencari ilmu dan berfikir, asalkan masih dalam ruang lingkup kebenaran seperti kata ungkapan ‘buat apa sahaja selagi benar’, bahkan al-Quran menggesa manusia berfikir dan mencari ilmu pengetahuan. 

Ia menjamin cara berfikir yang sihat dan pandangan yang benar terhadap tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang diciptakanNya sebagai saranan kepada manusia agar beriman kepadaNya. Berfikir adalah suatu perkara yang amat diperlukan bagi memahami semua bentuk peringatan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad): 
"Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu" (Surah Saba’: 46)



adakah kita mengkaji tentang isi dan ayat serta ibrah dalam alquran itu, tanya iman didada? adakah kita muslim masih ditakuk lama dan kadang2 untuk menyentuh naskah alquran pun jarang-jarang. umat sudah lupa tetapi kita masih ada. Ayuh!! sahabatku rancakkan dirimu dengan ilmu dan berfikir. 
kecemerlangan pemikiran islam telah membawa perubahan peradaban arab satu masa dulu sehingga menjadi bangsa yang hebat dan disegani. dari zaman rasullullah, zaman khalifah, umaiyah, abbasiyah sehingga uthmaniyah. semuanya berjaya kerana ramai umat yang bijak berfikir. namun adakah kita bijak berfikir, tanya iman yang masih ada? 

tamadun barat berubah dari era kegelapan ke era renaisscence hingga ke era imperalisme. bangsa jepun menjadi maju 10 tahun kedepan dari negara lain iaitu negara kita, bangsa jerman menjadi sebuah angkatan tentera yang hebat dibawah pemerintahan adolf hitler. semuanya iktibar daripada menjadi PEMIKIR yang BIJAK. 

ainon abdullah dalam bukunya belajar berfikir ada mengatakan bijak berfikir adalah satu kemahiran yang sangat diperlukan dalam kehidupan. tidak semestinya insan yang petah bercakap seperti burung murai yang  galak bernyanyi , insan yang mempunyai IQ atau kepandaian yang tinggi seperti komputer yang mempunyai kuasa Quad Core, Mereka juga adalah seorang yang BIJAK BERFIKIR. jadi berfikir ini perlu belajar dan diamalkan. 

edward de bono ada mengatakan pelbagai jenis pemikiran dan antaranya ialah pemikiran lateral, alat-alat untuk berfikir dan topi pemikiran. yup!! ia satu perkara yang seronok untuk dibaca dan dipelajari. apa kita tunggu lagi?

"Alangkah baiknya tidak ramai manusia yang berfikir" 
adolf hitler

napoleon hill juga ada mengatakan : 

" lebih banyak intan permata yang dikorek daripada pemikiran manusia berbanding mana-mana lombong di dunia" 

jadi menjadi pemikir yang bijak adalah solusi kepada kecemerlangan diri dan ummah. john C. maxwell dalam bukunya HOW SUCCESFULL PEOPLE THINK ada menyatakan formula yang hebat dan ringkas: 

"IDEA yang BETUL dengan ORANG yang BETUL dalam PERSEKITARAN  yang  BETUL pada MASA yang BETUL kerana NIAT yang BETUL = HASIL yang BETUL. 

semarakkan diri dengan perubahan dan jadi lah seorang pemikir islam untuk diri , keluarga, masyarakat serta ummah. 

" if you want to be the BEST, you must be the BEST in area that you are not EXPERT" 
ibn khalid 

" REVOLUSI JIWA PENCETUS PEMIKIR BIJAK"

IBN KHALID 1045:KL 

3 Responses so far.

  1. Assalamualaikum akhi alkarim..
    Memiliki pemikiran hebat adalah anugerah terindah,kurniaan agung dari Ilahi.Suka ana mengolah kata-kata anta,Orang yang bijak berfikir bukanlah orang yg bijak bercakap.Bukan juga yang petah berhujah. Tapi, mereka yang bijak berfikir mampu menilai kekuatan dan kelemahan orang yang bijak bercakap dan berhujah tadi. Dialah yang terhebat.Malangnya, masyarakat kita hanya mengagungkan orang yang petah bercakap dan bijak berhujah sahaja, bukan yang bijak berfikir. kenapa? Kerana berhujah tempatnya di mulut, berfikir tempatnya di akal. Hanya akal mengenal akal..batul x akhi? Jaga diri, ibadat dan akhlak.. ana.

  2. Anonymous says:

    waalaikumussalam..
    betul2.. ana sokong.. hnya akal mengenal akal, hanya permata mengenal manikam.. untuk menjadi bijak berhujah dan petah bercakap memerlukan kemahiran dan persediaan iaitu bijak berfikir.. bijak berfikir itu x semestinya menjadi seorang bijak bercakap atau berhujah .. kadang mereka senyap dalam berfantasi dan berkata dengan fakta yang sedikit tp hasil penelitian yang menyeluruh.. asif2.. syukran2.. jg diri, ibadah dan akhlak..

    ibn khalid

  3. betul, ana suka share pepatah yang ana dgr dlm tazkirah.. jika tin penuh, ia x berbunyi, jika tin kosong, bunyinya memang bingit sekali..- orang bnyk ilmu, biasanya x byk bercakap. sbb tu nabi kata diam itu emas.. hebat sungguh. kadang2 ssorang itu nampak sgt hebat sebelum dia bercakap..:)hebat sungguh pesan nabi.

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,