HIDUP INI ADALAH RODA KEHIDUPAN
KAYUHAN PERJALANAN YANG MEMERLUKAN PENGORBANAN

YANG MENJADI WADAH UJIAN UNTUK SEMUA INSAN

ADAKAH IA CUKUP

PABILA DIRI TELAH MENJADI SEORANG PENGUASA ATAU BOSS
PABILA DIRI TELAH MEMILIKI KERETA MAHAL DAN RUMAH BESAR

PABILA DIRI TELAH MENJADI SEORANG PROFESOR
PABILA DIRI TELAH DIKURNIAKAN PANGKAT KEBESARAN

PABILA DIRI TELAH MEMPUNYAI BERLONGGOK SAHAM DAN SIMPANAN

ADAKAH IA AKAN MENJADIKAN HIDUP INI B
AHAGIA SELAMA-LAMANYA

DIRIKU SEMAKIN ME
NGERTI
KEHIDUPAN INI ADALAH PINJAMAN DARI ILAHI
KEBAHAGIAN
YANG DIKECAPI DIDUNIA ADALAH SEMENTARA
DAN TIDAK KEKAL ABADI
PABILA AKU MENJADI BOSS, EGOKU SEMAKIN TINGGI

PABILA AKU DINAIKKAN PANGKAT, DARAH TINGGIKU SEMAKIN MENJADI-JADI
PABILA HARTAKU SEPERTI GUNUNG, AKU MENJADI SEMAKIN KEDEKUT

HIDUP INI SEPERTI UNTUKKU DAN AKAN KEKAL ABADI


WAHAI DIRI YANG LEMAH
INGATLAH REZEKI DAN NIKMATMU BUKAN KAMU TENTUKAN

PEMBERIAN YANG DIBERI BUKAN UNTUK KAMU EGO DAN SEMAKIN KEDEKUT
MANA PERGINYA UCAPAN SYUKUR

MANA PERGINYA SIFAT QANAAH MU
APAKAH PUNCA KAMU JADI BEGINI WAHAI DIRIKU.

AKU TELAH MENGERTI
IA ADALAH PERASAAN
YANG DISEBABKAN TEKANAN
TEKANAN KEHIDUPAN

TEKANAN KEBENDAAN
AKU PERLU KEJAR KEBAHAGIAN ITU
TAPI

SEMAKINKU KEJAR SEMAKIN HEBAT TEKANAN ITU MENUSUK DIRIKU


APAKAH PERLU AKU LAKUKAN..
AKU PERLU MENGERTI

AKU PERLU KAJI KEHIDUPAN INI
DIMENSI BARU PERLU BERMULA.

nukilan IBN KHALID



"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan didunia ini hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga diantara kamu serta berlomba dalam kejayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani. kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning dan menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaannya. dan kehidupan didunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu"
alhadid -ayat 20


salam ukhwah, sahabat2 yang dirahmati Allah.. selamat menjalani latihan industri, selamat memulakan sems baru, selamat bercuti kepada semua sahabat yang dicintai...

point yang sebenar untuk tatapan bersama ialah tajuk utama yang saya utarakan iaitu hidup penuh dengan tekanan.. semakin hari , semakin maju kehidupan kita, semakin senang dan mudah kehidupan kita, semakin banyak harta yang kita kecapi..
kejayaan semakin kita hampiri, pangkat, pekerjaan , rumah tangga , beranak pinak dan bermacam-macam lagi

namun adakah ia selari dengan ketenangan
adakah semakin hari , kita menjadi semakin tenang, adakah kita tenang pabila keluar mencari rezeki, adakah kita tenang pabila melihat anak-anak yang semakin banyak pengaruhnya, adakah kita tenang dengan hidup kita sebagai seorang muslim
adakah kita tenang dengan sahabat semuslim kita
pertanyaan yang perlu dijawab oleh setiap individu?

halku adalah halku
hal engkau adalah hal engkau
aku tiada kena mengena

insan bersikap sombong akan dirinya
mementingkan diri sendiri
apakah puncanya?
tekanan kehidupan
tekanan kebendaan
berlumba-lumba mencari kekayaan
tanpa memikirkan dan memahami kehidupan
kita adalah hamba kepada pencipta
kita akan diuji
tapi adakah kita sedar?
tepuk dada tanya iman dan hati
akal yang memikirkan dan tubuh yang akan menggerakkan
kearah dimensi baru kehidupan

ADAKAH KAMU TELAH BERSEDIA?
MENGHADAPINYA..

SALAM PERJUANGAN

IBN KHALID

"DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT"

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,