Archive for February 2010


"mencintai kelazatan dunia itu boleh menyebabkan manusia tidak ingin kepada kematian,padahal kematian itu pasti datang sama ada kita ingat atau lupa kepadanya,
sama ada benci atau suka kepada mati.justeru,kematian adalah suatu permulaan kepada kehidupan yang sebenar,iaitu hidup yg tidak akan disudahi kematian"

pada mulanya, diriku gairah mencari kehebatan dunia, namun hakikat sebenar, dunia adalah ujian untuk hambanya. teguhkan jiwa dan hatiku agar sentiasa dijalanmu..

tq so much sahabat-sahabat ku yang sentiasa menjadi pendampingku dan penasihatku..
berdoa kepada ilahi moga2 sentiasa diberikan cahaya dan kebahagian dalam hidup..

" ke arah mu'min negarawan tarbiyah"

salam ukhwah

amin



ASSAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

SEIFINITI KESYUKURAN KEPADA ILAHI KERNA KITA MASIH LAGI DIBERI KESEMPATAN UNTUK HIRUP UDARA DI DUNIA INI DAN NIKMAT KEAMANAN YANG SEMESTINYA MENUNTUT DIRI AGAR SENTIASA BERSYUKUR KEPADA ILAHI DAN BERDOA AGAR IA BERKEKALAN DAN MENDAPAT KEREDHAANNYA DALAM PERJALANAN KEHIDUPAN ..

INSYAaLLAH, PROMOSI FESTIVAL 1 MALAYSIA YANG BERLANGSUNG DI TAMAN TASIK TITIWANGSA PADA 27 DAN 28 MAC ANJURAN JAKSA KTSN .. SAHABAT2 BOLE MELAWAT GERAI2 KLINIKAL DAN PAMERAN TERUTAMANYA PAMERAN DR FAKULTI FARMASI SERTA PELBAGAI AKTIVITI LAIN ..

UNTUK AKTIVITI, SAHABAT BOLE MELAYARI

http://ukmkl1malaysia.blogspot.com/

MOGA2 KITA DAPAT TAMBAHANKAN PENGALAMAN DAN ISI MASA TERLUANG DI HUJUNG MINGGU INI DENGAN PERKARA MANFAAT.

SALAM KUNJUNGAN KEPADA SAHABAT DARI UNIVERSITI LAIN UKM BANGI , UM , UPM , UIA , UNIKL, UITM DAN LAIN2..

SALAM INFORMASI

AMIN


ASSALAMUALIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

KURSUS KOKO PADA JUMAAT, SABTU DAN AHAD ( 26/27/28 FEB ) AKAN DIBATALKAN DISEBABKAN KETIADAAN BEKALAN ELEKTRIK . TOLONG MAKLUM KEPADA WAKIL SETIAP TAHUN UNTUK DIINFORM PELAJAR LAIN.

YANG PENTING, SILA BERHUBUNG DENGAN PENSYARAH MASING-MASING UNTUK KEPASTIAN SAMADA KELAS ADA ATAU TIDAK

TQ




Kepada semua mahasiswa,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia menjemput anda
untuk menghadiri
Kem Al-Fateh II pada 26-28 Februari Ini
bertempat di Rimba Ria Suara Hutan, Sg. Congkak,
Hulu Langat, Selangor.



Ada pelbagai aktiviti menarik seperti:
- Ceramah dari penceramah yang hebat
- Aktiviti permainan berkumpulan
- Pembebasan Al-Quds
- Penaklukan Constatinople
- dan banyak lagi


Temui rakan-rakan dari pelbagai kampus. Tunggu apa lagi!!!

Daftarlah sekarang dengan menghubungi:


saudara Aiman (013-6724687)

saudari Husna (013-3007496).

http://kemalfateh2.blogspot.com/



CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

" DIRIMU JADI IKUTAN SUNAHMU KAMI TERUSKAN "


23 FEB 2010
8.00 MALAM - 11 MALAM
DEWAN SERBAGUNA KTSN

KU BERUSAHA TERMAMPU UNTUK MENGIKUTI SUNNAHMU YA RASULLULLLAH
BERIKAN KEKUATAN KEPADA UMATMU..

" DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT "


Assalamualikum w.b.t dan salam sejahtera


seifiniti kesyukuran kehadrat ilahi kerna kita masih diberi kesempatan untuk melakukan amal ibadah dan kerja-kerja didunia ini serta berkongsi idea dan pengalaman bersama-sama sahabat dalam menuju jalan ilahi ..


ANTARA TAHU VS MAHU

ANTARA FAHAM VS IKUT

ANTARA MASA VS HARTA

ANTARA DUNIA VS AKHIRAT

ANTARA ILMU VS TARBIYAH


MARI KITA BERFIKIR UNTUK MEMIKIR


perkongsian ilmu daripada sahabat.. sahabat ingin mengajak pembaca meneliti srategi yang dimainkan dalam permainan catur untuk diaplikasikannya dalam satu peperangan. Peperangan yang dimaksudkan disini bukan sekadar peperangan di medan perang, bahkan ia mengikut kesesuaian situasi semasa yang berlaku dan lebih dikhususkan lagi peperangan dengan menggunakan akal fikiran.



Dalam permainan catur apabila buah putih memulakan langkahnnya, bermakna bermulanya perubahan. Perubahan yang cuba dicorakkan oleh pemain mempunyai matlamat iaitu kemenangan menawan pihak musuh. Setiap langkah yang diambil memerlukan penelitian dan perancangan yang teliti, bahkan pengalaman jua menjadi aspek penting untuk mencorakkan langkah, apakah strategi yang sesuai untuk mengalahkan musuh.


Selepas buah putih memulakan langkahnya, lantas bagaimana pula buah hitam mahu bergerak. Permulaan langkah daripada buah putih diperhatikan dan diteliti, langkah pertama yang dimulakan memberi seribu kemungkinan.




Dalam situasi begini perkara pertama yang perlu ada pada kedua-dua pihak adalah undang-undang permainan, bagaimana pergerakan setiap buah catur. Contohnya kuda (knight) perlu bergerak 3 langkah tegak dan dua langkah ke kiri atau ke kanan, kelebihan kuda ini berbanding buah catur yang lain, ia adalah satu-satunya buah yang boleh bergerak dengan melangkah buah lain. Kemudian tembok (castle) pula hanya boleh bergerak secara menegak, kelebihannya boleh bergerak jauh dan peranannya kadang- kadang menyebabkan musuh tidak perasan akan kebolehan tindakan nya menyerang dari jauh. Begitu juga dengan (bishop), Permaisuri Putih (Queen), Raja (King), Askar (Pawns), Kaedah "castle- kingside”. Masing-masing ada peranan dan kelebihan tersendiri. Dengan mengetahuinya pemain boleh menentukan keutamaan kepentingan setiap buah tersebut apabila berlaku pertembungan antara dua, buah manakah yang perlu diselamatkan. Keutamaan bagi menyelamatkan buah tersebut adalah bukan dipilih secara sambrono, malah perlu mengambil kira kelebihan, kehebatan dan kelemahan diri sendiri dan juga pihak lawan.


Sebagai ahli yang berada dalam sebuah organisasi atau sepasukan tenaga kerja, apabila kita dipilih sebagai pemimpin, maka perlu bagi kita mengetahui peranan, kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh setiap anak buah kita. Dengan demikian pencaturan dan pemobilasian setiap ahli dapat meletakkan mereka pada tempat yang sesuai dengan keupayaan mereka. Bahkan jika kita hanya sebagai ahli sekalipun, setiap antara kita memainkan peranan yang sangat penting untuk saling membantu antara sebahagian yang lain. Sehingga sampai tahap kita kadang-kadang perlu berkorban untuk menyelamatkan ahli yang lain demi mencapai matlamat utama yang dikehendaki.


Selepas mengetahui setiap pergerakan perlu pula mengetahui beberapa strategi mudah contohnya strategi pembukaan dan strategi membentuk kubu pertahanan seperti Ruy Lopez, King`s Gambit or Sicillian Defense. Strategi yang diperoleh adalah berdasarkan daripada pengalaman diri sendiri mahupun di kutip daripada orang lain yang lebih lama mengenali dan bergiat dalam perlawaanan ini.Perlu diingat bahawa pemilihan untuk menggunakan strategi ini perlu terlebih dahulu diteliti, ia juga mengambil kira kesesuaian strategi yang digunakan oleh pihak lawan.




Satu cara Grandmaster memperbaiki permainan mereka ialah dengan mengenal pasti apakah kesilapan yang pernah mereka lakukan. Mereka akan menganalisis kembali semua permainan yang telah dimainkan samada menang ataupun kalah. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti kesilapan yang menyebabkan mereka kalah dan kesilapan pihak musuh yang menyebabkan mereka menang.


chess menjadi kegemaran diri ini sewaktu ketika dulu , ia benar mengajar diri ini cara berfikir dan mengurus kehidupan .. minda diasah dengan strategi yang perlu dibina dari kekalahan dan kesilapan yang dilakukan , ia memerlukan kesabaran dalam membuat keputusan , beberapa pertimbangan perlu dilakukan untuk menggerak walaupun selangkah , pergerakan lawan perlu diteliti , kemungkinan perlu dikaji dan dijangka.. insyaAllah , kita akan menjadi pemain yang hebat sekiranya kita mendalami dan mengkaji intipati yang deperoleh dari chess ini . Dalam kehidupan yang serba mencabar menuntut diri agar lebih bersedia dan berfikir . moga2 kehidupan ini mendapat ketenangan dan diridhai Allah ..



[ DAKWAH DAN TARBIAH ]


Tanpa dakwah, ajakan tidak berlaku, seruan tidak terjadi. Dakwah bukan sahaja menjentik minda tetapi perlu keberkesanan di hati. Kalimah dakwah bukan sekadar mengajak mengajar berfikir, bahkan membimbing manusia ke arah kebenaran dan perubahan.
Dakwah tanpa tarbiyah, watak tidak terbentuk. Tarbiah tanpa dakwah tidak wujud cetusan, dan cetusan inilah permulaan kepada perubahan. Namun, perubahan dengan keyakinan tanpa ilmu menghasilkan mad`u yang keliru arah tujuan. Oleh itu dakwah dan tarbiyah beriringan membentuk mad`u yang memahami idealism dan realiti, teori dan praktis, keyakinan dan amalan.

TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT YANG SENTIASA MEMBERIKAN NASIHAT DAN PERTOLONGAN.
MOGA-MOGA USAHA KITA DIBERKATI

" DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT "

SALAM UKHWAH

AMIN


PULA PINANG: Globally there is a greater awareness of ‘self” and a clear-cut shift towards “self-care”.
Making this observation, President of MPS, Datuk Nancy Ho said this trend has lead to the wellness revolution which determines the way we eat, exercise, sleep, work, save, age and almost every other aspect of our lives.
“For a long time, great emphasis has been paid to the ‘sickness’ industry where products and services are provided reactively to people with an existing disease. This ranges from a common cold to cancerous tumours. These products and services seek to either treat the symptoms of a disease or eliminate it.
“However, the ‘wellness’ industry has products and services provided proactively to healthy people (those without an existing disease) to make them feel even healthier and look better, to slow the effects of aging or to prevent diseases from developing in the first place,” she said at the Public Forum on “What you need to know about Self-Medication” at Dewan Sri Penang, here, recently.
It was organized by the Penang Medical Practitioners’ Society with support from the MPS, Federation of Private Medical Practitioners’ Association of Malaysia, Consumers Association of Penang (CAP) and Malaysian Trades Union Congress (MTUC)
In her presentation on “Roles of Pharmacists in Community Health”, Ho stressed that pharmacists, as healthcare professionals, are regarded as among the leaders in the promotion of wellness at the forefront of the industry.
“As such, they must work as a team with other healthcare professionals to enhance the quality of healthcare.”
With technological advancement, she said the pharmacy practice has evolved into a profession deeply involved in the concept of “care”.
“Hence the term ‘pharmaceutical care’ which is defined as ‘the responsible provision of drug therapy for the purpose of achieving definite outcomes to improve the patient’s quality of life’.”
From Ho’s observation, healthcare professionals and clients have invariably become a team “where pharmacists help the clients to take control of their own health.”
Therefore, she said, there is a greater need for pharmacists to implement pharmaceutical care through Good Pharmacy Practice.
There are four main elements of Good Pharmacy Practice, the forum was told.
These are promotion of good health, avoidance of ill health and achievement of health objectives; Supply and use of medicines and medical devices; Promotin of patient self-care; and Improving the use of medicines, including ensuring patient compliance.
According to the MPS President, there is a global practice trend to engage pharmacists in primary health care, particularly in the United Kingdom, New Zealand and Australia
In Asia, she noted, pharmacists as wellness promoters and drug counsellors have contributed to improving public health.
”It was found that evidence of effectiveness of community pharmacy in public health is strongest in smoking cessation, diabetes, contraception, flu immunisation and drug abuse”
Ho said in community healthcare, pharmacists can assume four different roles, namely professional, community, public education and lobbying roles.
Challenges for pharmacists in community healthcare include promoting awareness of HIV/AIDS, preventing substance abuse (examples, cigarettes and alcohol), promoting understanding of medication safety, family planning and mental health (example, stress management)
On the local front, Ho highlighted the programmes where pharmacists in the public and private sectors have worked closely to promote community health.
Among them are the statewide anti-dadah campaign, public seminars, a newspaper special column to promote understanding on the use of medicines, statewide road show to promote understanding of “Iodine Deficiency” in both urban and rural areas, blood donation drive, involvement in palliative care and weight management, rural medical outreach and primary health screening programmes.
Elaborating on the role of pharmacists in ‘self medication’, Ho said as part of the ‘self care’ programme, their role has been enlarged to encompass four components, namely health promoters, lifestyle counsellors, primary health screening providers and total health educators.
Given that medicines have the potential to ‘heal’ or ‘kill’ she emphasized the need to treat them with extreme care.
“Pharmacists as safe custodians of medicines have to be extra vigilant in ensuring that medicines dispensed are managed well to ensure maximum effective outcomes.”
‘All consumers of medicines must be guided and informed about the dosage, route of administration, possible side effects and storage conditions, among other aspects.
“Any drug-drug interaction or food-drug interaction must be highlighted’ she told the forum.
The forum heard that pharmacists, who are professionally trained to dispense medicines, have for their use pharmacy-only dispensed medicines, “which can be supplied directly to patients as Group C and D controlled medicine under the provisions of Poisons Act 1952”

Ho said proper labeling and recording procedures must be followed accordingly. “The onus is on pharmacists in community health to offer quality and accurate information on the medicines dispensed to consumers.”

By Mary Chin

SOURCES : DAILY EXPRESS SABAH


SO, PHARMACYST FOR FUTURE, PREPARE YOURSELF , MANAGE YOUR LIFE , WE WILL FACE A NEW ERA..

HAPPY HOLIDAY, DO VALUABLE THINGS THIS HOLIDAYS ..

" TOWARD THE GREAT PROFESSIONAL PHARMACYST FOR THE FUTURE "

SALAM UKHWAH

AMIN


ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


ALHAMDULILLAH, PEPERIKSAAN SETENGAH SEMESTER TELAH MELEPASKAN TIRAI UJIAN, SYUKUR KEHADRAT ILAHI , KITA TELAH DIBERIKAN KEMUDAHAN DAN NIKMAT UNTUK MENGHADAPI UJIAN TERSEBUT..

INSYAALLAH, PENGESAHAN UNTUK PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER DAH BERMULA.. SAHABAT BOLE MEMBUAT PENGESAHAN DI SMPWEB BERMULA 15 HINGGA 21 FEB 2010 ..
BAGI YANG PELAJAR TAHUN 3,
JANGAN LUPE ASSIGNMENT DR HALIZA - BIOTECH ..


SELAMAT BERCUTI DAN MEREHATKAN DIRI SERTA MINDA ...

" PLAN IS NOTHING , PLANNING ARE EVERYTHING"

SALAM UKHWAH

AMIN


"
TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORANG ITU
SEHINGGA DIA MENCINTAI ALLAH D
AN RASUL-NYA
MELEBIHI CINTANYA
KEPADA IBU BAPA, HARTANYA DAN
MANUSIA KESELURUHANNYA BA
HKAN
LEBIH DARIPADA JIWA RAGANYA SENDIRI "


ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


UCAPAN SETINGGI-SETINGGI KESYUKURAN KEPADA ILAHI YANG MENCIPTAKAN KEHIDUPAN INI DENGAN PENUH TELITI DAN UNIK. SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W YANG MEMBAWA NUR KEPADA UMAT MANUSIA ..

PENGUMUMAN KEPADA MAHASISWA/I FAKULTI FARMASI TAHUN 3 DAN 4 , KITA TELAH DITAWARKAN BIASISWA " GLOBAL LEADERSHIP PROGRAM " YANG AKAN DIJALANKAN DI GLOBAL INSTITUT FOR LEADERSHIP & CIVIC DEVELOPMENT , PRAGUE , CZECH REPUBLIC PADA 1 JULAI HINGGA 1 OGOS 2010..

NANTI DAPAT CERTIFICATE IN GLOBAL LEADERSHIP STUDIES
>> PHILOSOPHIES OF LEADERSHIP
>> SOCIAL INNOVATORS AND ENTREPRENUERS
>> SPECIAL ISSUES IN GLOBAL LEADERSHIP

SELAIN , KITA AKAN MEMPELAJARI BUDAYA MASYARAKAT DI REPUBLIC CEZH DAN BANYAK LAGI ...

SESIAPA YANG BERMINAT BOLE MENGHANTAR NAMA DIPEJABAT FAKULTI FARMASI SELEWAT2 4 FEB 2010 SEBELUM PUKUL 12 TENGAHARI .. INSYAALLAH , AKAN DIADAKAN INTERVIEW..

DIHARAPKAN SAHABAT2 DAPAT MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAIN

SALAM INFORMASI

AMIN


ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


JADILAH BENIH YANG BERNAS,

SERIBU TAHUN DIJEMUR PANAS,

DIGETUS DIGETAS BINATANG BUAS,

TETAP TUMBUH MENCETUS TUNAS,

NUKILAN ALMARHUM HAJI ABDULLAH MUHAMMAD


seifiniti kesyukuran kepada ilahi , kita masih lagi diberikan kehidupan di dunia ini untuk menjalani kehidupan sebagai makhluk yang semestinya menuntut diri berfikir dan mengkaji . kajian yang bermula dari kejadian alam yang indah dan unik seterusnya melibat diri makhluk itu sendiri sebagai manusia yang mempunyai kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

[MENEROBOS KEMAMPUAN DIRI]

kita adalah seorang yang mampu dalam mengurus kehidupan didunia ini dengan mengkaji kemampuan diri.

monolog dalaman diri :

" KNOW YOURSELF , YOU WILL CONQUER YOUR LIFE AND THE WORLD"

pemerhatian diri , ramai sahabat-sahabat mengetahui kelebihan diri , kemampuan diri dan kelemahan diri , tetapi kita sering menganggapnya perkara yang tidak perlu dan tidak penting. diri ini adalah pinjaman dari ilahi yang menuntut diri untuk melakukan kerja-kerja seharian , ibadat harian semata-mata untuk mengutip mutiara pahala dan butiran ilmu yang akan menjadi bekalan di alam akhirat nanti.. ramai juga sahabat berfikir agama dan kehidupan sesuatu benda perlu dipisahkan , agama hanya untuk ibadat semata-mata seperti solat , puasa, zikir dan sebagainya..

namun hakikat yang sebenar , agama adalah terkandung di dalam diari kehidupan seharian, pengetahuan berkenaan ilmu agama adalah penguatkuasa dalam diri untuk menjadi indikator kepada kemampuan diri samada kita akan melakukan perkara yang disuruh atau dicegah . memang benar , jika kita melakukan dosa dan maksiat , ia tidak memberi kesan yang drastik dan jelas kepada kehidupan kita dimuka bumi Allah ini , kita tidak akan diberikan denda terus jika melakukan kesalahan, kita umat akhir zaman , umat yang diberi kelebihan untuk kita berfikir dan memikir.. berfikir masa depan akan datang, bertaubat dan tidak mengulangi kesalahan dan dosa tersebut .. moga-moga hidup diberkati..


" DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT "

menerobos kemampuan diri kearah kecemerlangan diri secara holistik .. menuntut diri sentiasa berfikir dan bermuhasabah atau kita menilai diri ini .. adakah diri ini mampu , adakah diri ini rela, adakah diri ini untuk keseronokan dunia, adakah diri ini seorang yang istimewa, bagaimana dengan diri sahabat yang lain , adakah sahabat lain mendapat peluang yang sama. pelbagai persoalan yang timbul pabila kita memikirkan secara holistik atau keseluruhan..

kecemerlangan diri yang holistik bukan hanya cemerlang dari segi akademiknya, bukan juga cemerlang dari kekayaannya , bukan juga cemerlang dari statusnya, tetapi cemerlang kerna ilmunya yang bermanfaat untuk semua makhluk, cemerlang kerna memperoleh kehidupan yang bahagia.. cemerlang kerna ketenangan hati , kesopanan akhlak dan keupaayaan minda ..

oleh itu , sahabat2 semua, marilah kita menerobos kemampuan diri, berfikir secara holistik, mempunyai visi dan misi yang sendiri , matlamat yang jelas dalam hidup, bermuhasabah diri untuk mengetahui kemampuan diri yang sebenar. menuju kearah kecemerlangan diri yang holistik mahupun di dunia dan akhirat..

" jadilah insan yang berfikir kerna kita akan mengetahui kemampuan diri.. jadilah insan yang bersyukur kerna kita akan memperoleh kemanisan dalam kehidupan, berusahalah kearah kecemerlangan diri secara holistik agar diri diberkati "

BELAJAR MEMBERI DARIPADA MENERIMA

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN MIDSEM YANG SEMAKIN HAMPIR

SALAM UKHWAH

AMIN

HAMBA YANG BANYAK KEKURANGAN




ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,