ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM AIDIL ADHA

seifiniti kesyukuran kehadrat ilahi, masih lagi diberikan ruang, masa serta nikmat yang pelbagai untuk dirasai oleh makhluk ciptaan Allah yang merangkumi seluruh alam semesta.. alhamdulillah, cuti datang lagi , hari raya adha kembali disambut untuk tahun ini... semoga kita dapat manfaatkan cuti yang ada.. hari raya korban istilah yang selalu disebut oleh kita pabila berbicara tentangnya.. namun dari tahun ke tahun , kita sebagai muslim semestinya akan menyambut hari raya aidil adha dengan meriah walaupun tidak semeriah raya adil fitri.. tetapi penghayatan yang sepatutnya diambil berat oleh muslim semakin lesu.. disambutnya hari raya tetapi tidak memahami sejarah dan iktibar dr hari raya aidil adha.. mumtaz diucapkan kepada ustaz hilal asyraf yang membicarakan tentang raya korban.. moga2 mendapat iktibar dan mengambil ibrah dari perkongsiannya..

Esok 9 Zulhijjah. Lusa 10 Zulhijjah. Aidiladha.

Aidiladha, Aidiladha. Setiap tahun ada Aidiladha. Tetapi apakah yang kita nampak pada Aidiladha?

Nama lain bagi Aidiladha adalah Hari Raya Korban. Ya, korban. Sebut sahaja Adiladha, orang akan nampak korban. Suka saya bertanya, korban apakah yang kita nampak?

Biasanya, orang akan menjawab kepada saya, korban kambing, lembu dan di tanah arab ini, kami korbankan juga unta.

Adakah Aidiladha ini, hanya untuk kita memerhatikan korban yang itu?

Pernahkah kita melihat ke dalam diri, apakah pengorbanan yang telah kita lakukan untuk Allah SWT?

Maka di sini, suka saya hendak mengajak diri saya dan pembaca, untuk kita menjejak satu keluarga. Oh, ini bukan slot Bersamamu. Keluarga ini telah lama tiada. Tetapi masih hidup di dalam jiwa-jiwa manusia yang beriman. Yang telah menunjukkan pengorbanan yang tinggi kepada Allah SWT.

Mari kita menjejak Keluarga Ibrahim AS.

Apa yang berlaku pada keluarga itu?

Ibrahim AS telah membawa isterinya Hajar dan anaknya yang baru lahir bernama Ismail, ke satu lembah gersang di tengah padang pasir yang dikelilingi gunung ganang. Di situ, dia meninggalkan kedua-duanya.

Ini ditunjukkan dalam firman Allah SWT berkenaan doa Ibrahim As:

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.” Surah Ibrahim ayat 37.

Ibrahim AS kemudiannya kembali kepada isterinya Sarah di Palestin.

Di sini kita dapat melihat bahawa, Ismail AS tidak membesar bersama-sama bapanya Ibrahim AS. Yang menjaganya, bersabung nyawa memastikan penerusan kehidupannya, adalah ibunya Hajar. Namun apakah Hajar kecewa? Merasa tidak berguna dan sebagainya?

Kita akan perhatikan nanti.

Ibrahim AS meninggalkan mereka di lembah gersang itu, adalah sebahagian daripada aturan Allah SWT untuk sesuatu yang besar pada masa hadapan. Dan di sini, Ibrahim AS telah melakukan satu pengorbanan yang besar dengan meninggalkan anak dan isterinya di satu tanah yang gersang, tiada sumber air dan makanan.

Namun keimanannya kepada Allah SWT, keyakinan bahawa perintah Allah tidak akan menghasilkan sia-sia, membuatkan dia tabah meninggalkan isteri dan anaknya.

Ini pengorbanan yang pertama.

Ujian datang lagi buat keluarga itu

Selepas berlalu beberapa waktu, Nabi Ibrahim AS bermimpi bahawa dia menyembelih anaknya Ismail. Mimpi para Nabi bukanlah mimpi sebagaimana kita. Mimpi para Nabi adalah wahyu daripada Allah SWT.

Mendapat arahan itu, Nabi Ibrahim bergerak merentas padang pasir, daripada Palestin ke Makkah di Tanah Hijaz. Perjalanan yang bukannya pendek. Juga tidak mudah. Semata-mata untuk taat kepada Allah SWT, menyembelih anaknya sendiri.

Sampai sahaja di Makkah, kepada Ismail dia bertanya. Dan lihatlah apa yang Allah kisahkan akan jawapan seorang Ismail AS:

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar Surah Assaffat ayat 102.

Ismail AS juga taat tanpa banyak bicara. Tanpa berdalih. Tanpa memberikan apa-apa alasan untuk meragukan ayahnya agar tidak melaksanakan perintah itu. Sedangkan, nyawanya adalah taruhan dalam hal ini.

Maka Ibrahim AS pun melaksanakannya. Namun apabila pisau yang tajam itu dilalukan pada leher Ismail AS, ia tidak mampu menyembelihnya. Menyangkanya tumpul, maka Ibrahim AS mengasahnya semula dan melakukan penyembelihan itu sekali lagi. Namun tetap gagal. Sekali lagi Ibrahim AS mengasahnya. Namun untuk kali ketiga, penyembelihan tetap gagal dilakukan.

Ketika inilah Allah SWT mengiktiraf ketaatan keluarga itu. Dan menggantikan Ismail AS dengan seekor Qibasy.

“Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;” Surah Assaffat ayat 103-107.

Dan ketaatan Ibrahim AS ini diiktiraf oleh Allah SWT, Ibrahim AS diangkat setinggi-tinggi darjat, bahkan dia dipuji oleh langit dan bumi. Ibrahim AS terkenal sebagai bapa para nabi, juga menjadi rebutan oleh kaum yahudi dan nasrani yang hendak menyatakan bahawa Ibrahim AS daripada kalangan mereka.

“Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh. Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.” Surah Assaffat ayat 108-113.

Apa yang ditunjukkan pada kisah keluarga ini?

Pengorbanan. Mengorbankan apa yang diri kita sayangi, untuk mentaati perintah Allah SWT. Itu yang saya hendak fokuskan dalam kisah keluarga Ibrahim. Mari kita lihat dengan lebih teliti, agar kita lebih merasai.

Pengorbanan pertama: Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya di tanah gersang. Siapakah yang senang dengan keadaan demikian? Sebagai manusia, Nabi Ibrahim juga berat melakukannya. Namun itu adalah perintah Allah SWT, maka Nabi Ibrahim mengorbankan perasaannya, kepentinganya, kesenangannya, kerana yakin bahawa, tiadalah daripada perintah Allah SWT itu satu yang sia-sia.

Pengorbanan kedua: Nabi Ibrahim sanggup merentas padang pasir daripada Palestin ke Makkah, satu perjalanan yang jauh, untuk menyembelih anaknya. Sekiranya kita lihat semula, apakah itu? Bersusah payah merentas padang pasir panas, yang jauh, yang sukar, semata-mata untuk menyembelih anak sendiri? Tetapi Nabi Ibrahim melaksanakannya. Padang pasir yang panas, perjalanan yang jauh, menjadi kecil padanya dalam mentaati Allah SWT. Kerana keyakinan bahawa, tiadalah daripada mentaati Allah itu, selain kebaikan sahaja.

Pengorbanan ketiga: Melihat di sisi Ismail AS pula, anak itu tidak berdalih langsung semasa dinyatakan berkenaan penyembelihannya. Bahkan dia taat, dan menyuruh Ibrahim AS mentaatinya. Mengapa? Mengapa begitu sekali gaya Ismail AS? Hingga sanggup mengorbankan diri sendiri? Kerana itu adalah perintah Allah SWT. Kerana keyakinan bahawa Allah tidak akan mengarahkan sesuatu yang sia-sia, maka dia sanggup mengorbankan dirinya untuk mentaati Allah SWT.

Pengorbanan keempat: Satu watak yang tersembunyi dalam kisah ini adalah Hajar. Adakah Ismail AS itu, terbentuk taat begitu sahaja secara tiba-tiba? Tidak. Pastinya ada didikan yang membentuk Ismail menjadi sedemikian rupa. Itulah dia didikan tangan seorang Hajar. Bayangkan, Hajar, seorang isteri yang ditinggalkan di tanah gersang, dan dialah yang membesarkan Ismail. Namun, dia tidak membesarkan Ismail menjadi seorang yang membenci bapanya, bahkan membesarkan Ismail menjadi orang yang amat taat kepada Allah SWT. Ini menandakan Hajar rela dengan segala apa yang dilakukan Ibrahim AS. Kerana apa? Kerana Hajar tahu, bahawa Ibrahim AS mentaati Allah SWT. Dan Hajar mengetahui bahawa, mentaati Allah SWT tidaka akn emmberikan apa-apa melainkan kemuliaan.

Pengorbanan kelima: Ibrahim AS benar-benar menyembelih Ismail AS. Dan Ismail AS tidak menunjukkan pelarian di situ. Mereka benar-benar melaksanakannya. Bahkan bersungguh-sungguh dalam mentaati perintah Allah SWT yang satu itu. Mengenepikan segala kepentingan diri, kesenangan hati dan kehendak peribadi. Semuanya untuk mentaati Allah SWT. Mereka melaksanakannya, semampu diri mereka. Bersungguh-sungguh.

Lima pengorbanan ini, kita perhatikan semula.

Semua ini didirikan atas apa?

Atas satu perkara. Ketaatan kepada Allah SWT.

Bagaimanakah kita boleh taat kepada Allah SWT?

Dengan keimanan kepadaNya.

Kekuatan untuk mampu berkorban hakikatnya, bergantung kepada keimanan kita kepada Allah SWT. Keimanan kita kepada Allah SWT itulah yang memprodus kekuatan untu mengangkat perintahNya menjadi sesuatu yang besar dalam kehidupan kita melebihi kepentingan diri kita sendiri..

Inilah yang Allah mahu kita lihat, dan Aidiladha itu bukan semata-mata perayaan.

Tetapi ia seakan-akan satu peringatan tahunan.

“Apakah kamu wahai hamba-hambaKu, sudah bersedia untuk mengorbankan hawa nafsumu?”

Apa yang kita telah korbankan untuk Allah, untuk Islam?

Satu soalan mudah. Bagaimana kita menjawabnya?

Apa yang kita telah korbankan untuk Allah, untuk Islam dalam kehidupan kita ini?

Apabila bertemu perintah Allah dengan tuntutan hawa nafsu kita, yang mana satukah kita korbankan?

Apabila datang perintah Allah SWT, dengan kepentingan peribadi kita, yang mana satukah yang kita utamakan?

Bila datang perintah Allah SWT, dengan perintah selain daripada Allah SWT, yang mana satukah akan kita taatkan?

Kita perhatikan kembali kehidupan kita. Kita perhatikan kembali rutin kita.

Apa?

Aidiladha semakin hampir. Dan kamu lihatlah apa yang telah kamu korbankan?

Penutup: Yang berkorban itu, Allah bayar

Mengambil ‘ending’ kisah Keluarga Ibrahim tadi, Allah membayar segala pengorbanan keluarga itu dengan kemuliaan dan darjat yang tinggi tidak terhingga. Allah membalas ketaatan hamba-hambaNya, dan bukan membiarkan mereka begitu sahaja.

Di sini, ia merupakan satu motivasi buat kita, bahawa mengorbankan kepentingan diri dalam mentaati Allah SWT itu bukanlah sia-sia.

Panas sedikit, rimas sedikit pakai tudung, bukan sia-sia.

Nampak kuno sikit, berpakaian kemas dan tidak koyak-koyak, dedah-dedah, bukan sia-sia.

Korban masa sikit, untuk buat amal kebaikan dan amal bermanfaat, bukan sia-sia.

Buat baik pada orang, walaupun orang tak baik pada kita, bukan sia-sia.

Korban wang, sedekah pada yang memerlukan, bukan sia-sia.

Mereka yang mengorbankan nyawa, dalam menegakkan agama Allah SWT, bukan sia-sia.

Itulah keimanan kita.

Kita belajar daripada keluarga Ibrahim AS.

Namun siapakah yang memerhatikan?

Dan yang memerhati, siapakah yang mempraktiskannya?

Aidiladha semakin hampir.

Apakah tahap kesediaan berkorban untuk Allah kita?



SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

SELAMAT BERCUTI

BERKORBAN UNTUK MENGETAHUI HAKIKAT KITA DIJADIKAN DI DUNIA

" DUNIA ADALAH LADANG AKHIRAT"


IBN KHALID




Masih ramai umat Islam yang keliru dalam memahami zuhud. Zuhud difahami sebagai sikap menjauhi semua persoalan keduniaan, seperti tidak mahu mencari kekayaan hidup, tidak mahu bekerja untuk kebahagiaan dunia dan tidak mahu memanfaatkan sumber alam. Sikap ini tentu saja tidak betul, seperti yang dibantah oleh para ulama' dengan kata-kata, "Ingatlah, bahawa menguruskan sumber alam adalah bahagian yang sangat penting dari tujuan syari'at." Imam al-Raghib al-Asfahani mengatakan, bahawa bagi umat Islam, dalam menguruskan sumber alam. setidak-tidaknya dimotivasi oleh tiga hal yang sangat penting iaitu:

Pertama: Ibadah kepada Allah. FirmanNya:

Ertinya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadah kepadaKu."(adz-Dzariyat : 56)

Kedua: Menjalankan tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi, sebagaimana ditegaskan oleh Allah S.W.T. tentang fungsi manusia. di bumi dalam firmanNya:

Ertinya: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. (al-Baqarah :30)

Ketiga: Kewujudan perintah Allah S.W.T. agar manusia menjadi pengelola seluruh sumber yang ada di bumi (imarat al-ardhi), seperti yg terkandung di dalarn firmanNya:

Ertinya: "Dialah yang menjadikan kamu dari bahan­-bahan bumi, serta menghendaki kamu memaknuikannya." (Hud : 61)

Ayat ini mengandungi perintah agar kita mengurus seluruh sumber atau hasil alam yang ada di muka bumi. Oleh yang demikian, zuhud bukan bererti harus meninggalkan usaha atau mengabaikan tugas sebagai pengurus sumber alam. Ia adalah suatu komitmen untuk hidup secukupnya, tetapi tidak menjadikan diri terbelenggu dengan kepentingan dunia sehingga melupakan kepentingan akhirat. Pendek kata, ibarat kita berjalan di atas muka bumi tetapi kepala kita menengadah ke atas. Kita hidup di dunia dengan hati sebagai penghuni akhirat. Kita bekerja untuk dunia seolah-olah hidup selamanya dan bekerja untuk akhirat seolah-olah akan mati esok. Inilah prinsip yang dipegang teguh oleh para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.


Jadi, prinsip zuhud yang benar ialah kita menguasai dunia tetapi dunia tidak menguasai kita. Dunia hanya ada di tangan, tetapi tidak di dalam hati. Maka tidak hairan kalau ramai sahabat Rasulullah s.a.w. yang menjadi orang kaya, misalnya Abu Bakar r.a., 'Uthman r.a. dan 'Abdul Rahman bin 'Auf r.a. Padahal mereka tergolong sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga. Mereka kaya, tetapi mereka tidak dikuasai oleh harta benda dan hiasan dunia lainnya.

'Abdul Rahman bin 'Auf misalnya, telah mengikut Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Dia rela mening­galkan rumah, kebun dan segala hartanya di Mekah. Di Madinah dia mulakan hidup dari kosong. Namun, semangat berusaha 'Abdul Rahman bin 'Auf tidak pernah surut. Ketika dipersaudarakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Sa'ad bin Rabi' al-Ansari, Sa'ad menawarkannya untuk memilih salah satu rumahnya sebagai tempat tinggal dan menawarkan hartanya untuk dibahagi dua.'Abdul Rahman bin 'Auf membalas pemberian yang sangat berharga ini dengan penuh kewibawaan, seraya berkata,"Semoga Allah memberkati keluarga, rumah dan harta anda, tetapi aku adalah seorang pedagang, maka tunjukkanlah kepadaku di mana ada pasar di sini."

Ketika itu pasar di bawah monopoli Bani Qainuqa' dari golongan Yahudi. Namun 'Abdul Rahman bin 'Auf yakin dan sedia bersaing dengan Bani Qainuqa' yang menguasai ekonomi. Dalam waktu yang singkat dia mampu bersaing dengan orang Yahudi. Sehinggalah pada suatu hari dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dengan bau yang sangat harum. Maka apabila Rasulullah s.a.w. bertanya, dia menjawab, "Saya sudah bernikah, wahai Rasulullah." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Apakah sudah mengadakan walimah?" Dia menjawab, "Belum!" Maka Rasulullah s.a.w. berkata, "Laksanakan walimah walaupun hanya dengan seekor kambing." Walaupun 'Abdul Rahman bin 'Auf memulakan usahanya dari kosong di Madinah, namun ketika dia meninggal dunia, dia meninggalkan emas yang cukup banyak. Seperti dikatakan Ibnu Sa'ad, bahawa emas peninggalannya dibahagikan kepada empat isterinya dengan bahagian masing-masing lapan puluh ribu dinar. Jumlah ini hanyalah satu pertiga puluh dari semua jumlah hartanya. Cuba bayangkan berapakah jumlah keseluruhan harta 'Abdul Rahman bin 'Auf yang pada saat itu nilai dinar dan dirham sangat tinggi.

Namun, dia tidak teragak-agak menginfaqkan berjuta-juta hartanya untuk membantu semua keperluan pasukan jihad dan membantu fakir miskin. Demikian juga kekayaan 'Uthman bin 'Affan. Dunia dalam genggaman mereka, tetapi mereka tidak sampai gila kepada dunia. Mereka memperbudakkan dunia tetapi mereka tidak diperbudakkan oleh dunia. Jelaslah, betapa dalam mencari harta dunia, yang penting, dunia tidak dijadikan satu-satunya primadona supaya dunia tidak memperbudakkan kita. Inilah zuhud yang sesungguhnya.

Bagaimanapun, ada juga umat Islam yang memburukkan imej ajaran Islam, seperti yang dilakukan oleh segelintir masyarakat yang gaya hidup melambangkan kemiskinan. Mereka memutuskan sama sekali dengan keduniaan. Mereka hidup tanpa bekal, tanpa bekerja, padahal mereka mampu bekerja. Jelas amalan ini bertentangan dengan syari'at Islam dan tidak sesuai.

Ketika 'Umar r.a. melihat beberapa orang berdiam diri di masjid setelah solat
Jumaat, dia bertanya kepada mereka, "Siapakah kamu?" Mereka menjawab, "Kami adalah orang yang bertawakkal kepada Allah." Lalu 'Umar r.a. berkata, "Sesungguhnya kamu adalah orang pasrah yang tidak mahu berusaha untuk mencari rezeki dan hanya berdoa: "Ya Allah berilah kami rezeki." Padahal mereka tahu bahawa langit tidak menurunkan hujan emas atau perak, tetapi Allah S.W.T. yang memberikan rezeki kepada manusia. Apakah kamu tidak pernah mendengar firman Allah: Apabila telah ditunaikan solat maka bertebaranlah kamu di muka bumi?" Setelah berkata demikian, 'Umar r.a. segera mengusir mereka dari masjid.

Adaptasi dari Buku Sanggahan Salah Tafsiran Islam oleh Dr. Qardhawi

ZUHUD - perkataan yang seringkali kita dengar dan ucapkan.. pada mula diri ini memahami konsep ini dengar pemikiran yg cetek dan singkat.. pandangan awal diri ini ialah kita tidak perlu cari lebih cukupkan sekadar apa yang kita peroleh di dunia.. jika cari lebih ditakuti akan mementingkan dunia daripada akhirat.. semakin hari semakin dewasa semakin bole memahami apakah yang dimaksudkan dengan zuhud..

dalam buku syarah arba'in nawawiyah, ada dibincang tentang spirit zuhud...

bersumberkan dr abu abbas alias bin sa'ad assa'idi ra. ia bercerita ada seorang lelaki menemui nabi muhammad s.a.w dan berkata " wahai rasullullah, tolong tunjukkan aku suatu amal yang jika aku kerjakan niscaya Allah dan orang akan mencintaiku.. nabi muhammad bersabda " bersikaplah zuhud terhadap dunia, niscaya Allah akan mencintaimu. Dan bersikaplah zuhud terhadap apa yang ada pada manusia, niscaya mereka akan mencintaimu". ( hadith hasan diriwayatkan ibn majah dan lainnya dengan beberapa sanad hasan).

bnyak yang diperoleh dari hadith ini antaranya ialah zuhud pada dunia bererti kita lebih cenderung pada akhirat. melakukan amal2 akhirat dan menjalani kehidupan dengan sentiasa mengharapkan manfaat untuk akhirat.. zuhud pada manusia adalah kita tidak meminta pada manusia apa yang mereka miliki. sebab watak manusia tidak suka seseorang meminta apa yg ada ditangan mereka. jika kita dapat menjaga hal yang demikian, insyaAllah kita akan menjadi orang yang dicintai...

insyaAllah, sahabat semua, berusahalah sedaya yang mungkin, perolehlah rezeki yang dikurnia Allah dimuka bumi ciptaannya, hiasilah rezeki dan kehidupan dengan amalan yang membawa kita kepada kebahagian akhirat, belajarlah bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu, tingkatkan ekonomi diri.... moga2 spirit zuhud dalam diri dapat dirasai...

bantulah orang yang susah... kerna susah itu dicipta untuk orang yang senang menjadi bahagia diakhirat kelak.. moga2 kita menjadi makhluk yang dicintai Allah dan makhluk yang lain..

" DUNIA ADALAH LADANG AKHIRAT"

"SELAMAT BERCUTI "


IBN KHALID



Alam semesta mula mengembang sejak langit dan bumi dipisahkan ALLAH s.w.t. (Al-Quran 21:30). Manusia menamakan pemisahan ini dengan The Big Bang Theory.

Kajian saintis baru-baru ini telah mendapati bahawa pengembangan ini bukan sahaja masih terjadi, malah kelajuannya semakin meningkat.


Ia menafikan tanggapan awal bahawa kelajuan pengembangan alam semesta ini akan menjadi semakin perlahan .Oleh kerana kita adalah sebahagian daripada alam ini, kita juga mengalami pengembangan.

Kejadian kita yang lahir sebagai bayi yang kecil dan kemudian membesar menjadi kanak-kanak, remaja dan dewasa adalah satu bentuk pengembangan atau tumbesaran.

Pada saat kita duduk diam membaca tulisan ini pun, kita sebenarnya sedang bergerak dan berubah. Sel-sel di dalam tubuh tetap membiak dan berkembang. Jika setitik darah kita diperhati melalui mikroskop, kita akan dapati sel-selnya bersimpang-siur dan berkitar laju. Sebab itulah, jika kita tidak mahu berubah kerana berada di zon selesa, kita sebenarnya telah melanggari tabiat alam yang sentiasa berubah, mengembang dan bergerak.

Rugilah sesiapa yang tidak mahu memperbaiki diri sendiri, sama ada daripada segi mental, fizikal dan spiritual.
Berubah daripada yang tidak bagus kepada yang lebih bagus sebenarnya adalah fitrah manusia yang sentiasa inginkan kebaikan di dalam hidupnya.

Kita mahu hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Seandainya kita tidak mahu memperbaiki keadaan diri, kita akan menggelongsor, merudum dan terjelepuk di lopak kehidupan yang sama.

Bagaimana pun, berubah itu sendiri perlu caranya. Kalau tidak kena gaya, maka perubahan yang dilakukan itu hanya sementara. Sama seperti resolusi tahun baru yang telah dilupakan belum pun sampai sebulan ia dinawaitukan. Terdapat tiga pendekatan dalam melakukan perubahan. Perubahan jenis yang pertama adalah berbentuk evolusi dan yang kedua berbentuk reformasi, sementara yang ketiga dalam bentuk revolusi.

Evolusi

Memutar jam lebih awal 15 minit untuk bangun pagi agar tidak lewat sampai ke pejabat, makan sebelum jam 8.00 malam untuk menjaga kelangsingan tubuh atau menahan amarah ketika memegang stereng kereta umpamanya, adalah di antara perubahan-perubahan kecil yang merupakan evolusi diri. Ia mudah dilaksanakan kerana kita boleh lakukannya hari ini, malah sekarang juga.

Bagaimana pun, kesannya hanya sedikit dan tidak ketara. Malah, orang lain tidak akan nampak akan perubahan ini kerana ia juga tidak akan memberi kesan kepada orang di sekeliling. Ia seperti kaizen dalam istilah Jepun iaitu perubahan yang sedikit tetapi berterusan.

Reformasi

Perubahan dalam bentuk yang kedua pula lebih inovatif. Dan perubahan ini menemukan jawapan melalui pemikiran lateral. Kita bukan sahaja mempercepatkan jam 15 minit lebih awal supaya bangun lebih cepat, tetapi turut tidur lebih awal. Kita bukan sahaja makan sebelum jam 8.00 malam, tetapi mula bersenam.
Kita bukan sahaja menahan amarah ketika memandu, tetapi memasang lagu-lagu nasyid di dalam kereta untuk memperoleh lebih ketenangan. Cara ini lebih reformatif kerana ia memerlukan pemikiran di luar kotak.

Kedua-dua perubahan secara evolusi dan reformatif ini boleh diaplikasikan jika kita mahukan perubahan kecil dan sederhana. Bagaimana pun, perubahan dalam bentuk yang ketiga ini adalah perubahan yang revolusioner.
Perubahan ini memerlukan satu pendekatan yang jauh berbeza.

Jika perubahan evolusi dan reformatif ini bersumberkan perubahan yang berdasarkan fakta, keadaan dan tabiat yang ada, perubahan jenis revolusi ini membuang terus apa yang ada dan membina yang baru sama sekali!

Dalam konsep pembelajaran, perubahan revolusioner ini menuntut seseorang itu untuk unlearnrelearn atau membuang apa yang selama ini dipelajari dan belajar semula ilmu yang telah dipelajari.

Hijrah

Inilah yang dinamakan hijrah! Pengajaran daripada hijrah Rasulullah s.a.w dari
Makkah ke Madinah ialah, ia merupakan perpindahan fizikal dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari segi mental, ia meninggalkan satu kebiasaan untuk membina satu kebiasaan yang lain. Dan daripada segi spiritual, ia memerlukan kekuatan rohani untuk menjayakan sesuatu perubahan itu.

Hijrah adalah perubahan total dengan meninggalkan suasana fizikal , pola pemikiran dan amalan spiritual yang menjadi anutan selama ini. Misalnya, daripada hidup bersama ibu bapa kepada berumahtangga sendiri, daripada makan gaji kepada bekerja sendiri dan daripada menjadi makmum kepada menjadi imam.

Hijrah, atau perubahan revolusioner itu memerdekakan fizikal, mental dan spiritual seseorang. Ia menyerlahkan kehebatan seseorang individu itu. Malah, ia memberi erti kepada maksud kehidupan seseorang individu itu sendiri. Seperti alam semesta yang tiada henti pengembangannya, perubahan diri seseorang itu tidak seharusnya ada noktah dalam garis kehidupannya.


PERUBAHAN YANG SEDIKIT TETAPI ISTIQAMAH

REFORMASI EVOLUSI TRANFORMASI

IBN KHALID


Kahwin awal. Ramai akan memberikan pro dan kontranya. Benda ini biasanya diutarakan oleh remaja, pelajar. ‘Awal’ yang dimaksudkan dalam ayat ‘kahwin awal’ itu biasanya dilihat pada umur 23 ke bawah. Sebab bila dah umur 24, orang tak ramai bising menyatakan itu awal. Walaupun ada juga sebahagian orang yang saya jumpa, dia kata bahawa kahwin umur 25 itu awal juga. Katanya umur 30 baru ok. Entahlah.

Cuma biarlah saya fokuskan ‘kahwin awal’ ini kepada yang berumur 23 ke bawah ya. Sebab ada benda dalam artikel ini yang saya suka nak khaskan buat mereka yang berumur baya-baya saya ini.

Pertamanya, saya bukan nak kata ‘kahwin awal itu betul’ atau ‘kahwin awal itu salah’. Pada saya, kahwin awal boleh jadi betul, dan boleh jadi salah. Pokok pangkalnya, dalam hal kahwin awal, saya suka untuk membawa diri saya dan diri kita semua untuk melihat semula kepada dua perkara utama dalam isu kahwin awal.

1. Membina rumah tangga.

2. Orang yang hendak membina rumah tangga.

Kenapa saya tak sebut ‘kahwin’. Sebab ‘kahwin’ memang senang. Sehari je kahwin. Majlis kahwin. Akad nikah. Dan lain-lain. Sehari sahaja. Tetapi siapa nak berumah tangga sehari sahaja? Kalau ada tak mengapa. Tak payah baca yang ini.

Tujuan berumah tangga

Maka saya membawa pada asas terlebih dahulu. Apa tujuan berumah tangga?

Rata-rata remaja akan mengutarakan jawapan seperti berikut:

1. Cinta.

2. Tak nak berdosa. Nak tunduk pandangan. Jauhi zina.

3. Nak lorongkan nafsu ke jalan yang benar.

Biasanya untuk pemuda yang belajar sikit, dia akan mengutarakan hadith ini sebagai dalilnya.

Rasulullah SAW ada bersabda: “Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri…” (Muttafaq ‘Alaih).

Maka di sini, ramai yang melihat kahwin awal adalah solusi kepada cintanya yang berbuah semasa remaja, semasa belajar. Kahwin awal adalah solusinya untuk menjauhkan dosa dari berhubungan cara yang tidak dibenarkan Islam. Kahwin awal adalah solusi untuk dia menjaga diri dari dari nafsu yang tidak terkawal dan sebagainya.

Tetapi, benarkah tujuan berumah tangga hanya itu?

Rumah tangga bukan sekadar itu.

Rumah tangga hakikatnya adalah madrasah pertama kepada manusia. Sedar atau tidak, ia adalah hakikat yang tidak boleh ditolak. Majoriti masyarakat dunia lahir dari institusi rumah tangga. Mungkin sebahagian kecil lahir di tengah hutan, di lorong gelap, dan membesar tanpa keluarga, itu adalah kes yang boleh dikira terpencil berbanding majoriti seluruh dunia.

Apabila kita memandang bahawa rumah tangga adalah madrasah membina individu-individu dalam masyarakat, dan tanpa kita sedari rumah tangga merupakan asas terpenting kepada sebuah masyarakat, negara, dan ummah.

Memang wujud institusi lain dalam kehidupan kita seperti nurseri, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan universiti. Itu kalau tidak kita campur dengan institusi ‘underground’ baik yang baik, mahupun yang buruk.

Tetapi kita dapat lihat betapa ‘asas peribadi’ yang datang ke institusi-institusi tadi hakikatnya sudah terbina sebelum mereka masuk ke institusi-institusi tadi. Di manakah ianya terbina?

Di rumah. Di dalam rumah tangga. Di tangan mak ayah, atau sesiapa sahaja yang menjadi ‘guru pertama’nya di tempat dia membesar.

Maka sekali lagi kita lihat bahawa, asasnya adalah rumah tangga.

Maka, dapatkah kita dapat membayangkan bagaimana nanti sekiranya rumah tangga yang terbina adalah rumah tangga yang rosak, apakah efeknya kepada pembinaan masyarakat dan ummah?

Ya. Akhirnya kita melihat bahawa, rumah tangga yang kita bina bukan semata-mata kita.

Kita hakikatnya sedang membina ummah.

Rumah tangga bukan sekadar sehari dua.

Baik. Memahami perkara tadi, maka kita perlu melihat bahawa rumah tangga adalah satu perjalanan yang panjang. Bukan sehari dua, kemudian kita robohkan. Pada rumah tangga itu ada tanggungjawab. Tujuannya bukan semata-mata kepuasan hawa nafsu, hendak menjauh daripada dosa dan cintan-cintun semata-mata. Ia meliputi hendak membuat lebih banyak kebaikan(dengan membina rumah tangga yang bermanfaat untuk Islam, mampu memberi sumbangan kepada Islam) dan membawa definisi cinta yang sebenar, yakni hendak bersama hingga ke syurga.

Dan akhirnya kita dapat lihat di sini bahawa rumah tangga bukanlah keseronokan dua individu bernama suami dan isteri semata-mata. Bukanlah di dalamnya wujud semata-mata keindahan. Tetapi wujud juga halangan dan cabaran.

Maka di sini kita melihat bahawa, ada tanggungjawab lain menanti kita di dalam rumah tangga. Tanggungjawab yang memerlukan kita serius dan matang dalam membuat keputusan. Tanggungjawab yang memerlukan kita bijak dalam mengawal emosi dan perasaan. Tanggungjawab yang memerlukan kita mempunyai peribadi yang baik dan mampu mendidik. Tanggungjawab yang memerlukan kita mempunyai teknik pengurusan yang baik dan mampu merancang dengan baik.

Semua ini kita perlukan untuk menjalankan rumah tangga yang baik dan diredhai oleh Allah SWT.

Dapatkah kita melihat besarnya rumah tangga?

Entahlah. Kalau saya, saya pandang rumah tangga itu macam inilah.

Maka datanglah hal kahwin awal.

Apabila membicarakan hal kahwin awal, maka guru saya, Cikgu Azmi Bahari ada menyatakan berkenaan: “Yang layak berkahwin”.

Ya. Sebenarnya pada saya, kahwin awal itu bukanlah masalah sekiranya yang nak kahwin awal itu sudah layak berkahwin. Maka timbul persoalan, siapakah yang layak berkahwin.

Cikgu Azmi Bahari cakap pada saya:

“Sekiranya enta dah mampu nak sara keluarga, itu dikira layak berkahwinlah.”

Sebahagian orang akan melihat bahawa ini satu cubaan membangkitkan kepentingan wang dalam berumah tangga. Maka ada orang akan kata pada saya bahawa, jangan takut fasal duit, itu semua nanti adalah tu.

Baik, saya bukan takut fasal duit. Dan saya tak rasa Cikgu Azmi Bahari berkata ke arah itu juga. Pada saya, maksud sara keluarga ini adalah orang itu mampu menyara dirinya sendiri terlebih dahulu. Mampu menyara diri ini, tidaklah semestinya duit banyak. Maksudnya, dia mampu berdikari, menguruskan dirinya, mampu mencari sumber wang dan mampu berusaha. Bukan hidup bergantung kepada orang lain, bukannya orang yang tidak mahu mempertingkatkan diri apabila menyedari kekurangan, bukannya mendapat wang dari sumber yang dia tidak usahakan dan sebagainya.

Hal ini apabila kita pulang kepada apa yang saya nyatakan pada sub topik-sub topik sebelumnya, maka ia adalah amat relevan.

Kita perlu menampung satu tanggungjawab yang berat dan besar. Bukan sekadar hendak memberi makan, bahkan memimpin orang ke syurga. Bukan sekadar untuk keseronokan diri, tetapi untuk kebaikan ummah. Maka adakah sebenarnya kita layak melakukan sesuatu perkara yang sangat besar ini, dalam keadaan kita sendiri tidak pandai menguruskan diri dan berdikari?

Jadi, apabila kita sudah mampu menguruskan diri sendiri dan pandai berdikari, tidak kiralah umur berapa pun, maka kahwinlah sekiranya mahu. Bina rumah tangga. Sebab itu dahulu, orang tidak hairan dengan datuk nenek kita yang berkahwin umurnya 17 tahun, 16 tahun, 15 tahun dan sebagainya. Bukan sebab pada umur itu mereka sudah mempunyai harta yang banyak. Tetapi sebab mereka sudah layak berkahwin. Mereka pandai mengurus diri dan berdikari dengan baik.

Boleh bandingkan datuk nenek kita masa umur mereka 17 tahun, dengan pelajar SPM 17 tahun hari ini.

Pada saya, kalau sekadar ‘mampu’ untuk menampung kos perkahwinan yang hanya makan masa sehari itu, semua orang boleh. Yang mampu RM40,000, kahwin dengan RM40,000. Ada juga yang buat majlis sekitar RM2,000 sahaja. Kahwin memang senang.

Tetapi berumah tangga? Itu satu perkara yang lain.

Tak mengapa, mak ayah tampung.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” Surah An-Nuur ayat 32.

Maka ada remaja yang hendak kahwin awal, merasa mudah dengan bergantung terus kepada ibu bapa mereka berdasarkan dalil di atas.

“Tak apa, ayah ana ada.”

“Tak apa, mak ana boleh tampung.”

“Kos majlis kahwin, hantaran, semua ummi ana bayar.”

“Ayah ana kata dia nak hadiahkan rumah dan kereta. Ana tak payah risau dah.”

Hakikatnya. Pada asas, ibu bapa tidak perlu menampung anak lelaki mereka. Sepatutnya, seorang lelaki yang mempunyai hajat untuk berkahwin, perlulah berusaha untuk memenuhi keperluannya agar mampu berkahwin dan menggerakkan rumah tangga.

Tetapi bukanlah salah apabila kita hendak menjaga kehormatan Islam dengan mengelak tragedi seperti berzina, rogol dan sebagainya dengan ibu bapa menampung atau membiayai perkahwinan si anak dan mempermudahkan perjalanan rumah tangganya.

Cuma kenapa saya bangkitkan hal ini di sini?

Kerana saya hendak kita kembali melihat kepada tujuan rumah tangga dan peranannya kepada ummah seperti di atas. Pada saya, orang yang hendak berkahwin awal, kemudian meletakkan pergantungan rumah tangganya kepada kedua ibu bapanya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Rumah minta mak ayah belikan. Kereta nak mak ayah tampung. Sedangkan majlis kahwin dan segala urusannya juga mak ayah yang berikan dana. Tiada dari duit sendiri yang dikumpul dengan penat lelah. Tiada dari usaha keras sendiri berusaha mencari dana. Maka di sini ada satu kepincangan dalam isu memandang berat terhadap tanggungjawab.

Bahkan, kita dapat melihat bahawa isu menampung keperluan hidup berumah tangga adalah tanggungjawab ketua keluarga yakni Si Suami. Bukan tanggungjawab ibu bapa Si Suami.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik kamu adalah yang makan dari hasil usaha kamu sendiri” Hadith riwayat Ahmad.

Dan firman Allah SWT: “…dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.” Surah Al-Baqarah ayat 233.

Jadi apakah seorang ketua keluarga, yang dalam perhitungan dan perancangannya: “Tak apa, mak ayah ana ada. Diorang boleh sara ana dengan isteri.”

Persoalannya, apakah kahwin dan rumah tangga itu semata-mata hal penyaraan?

Konsikuensi tidak matang terhadap rumah tangga

Apabila tujuan berumah tangga tidak jelas, atau yang mendirikan rumah tangga tidak matang, tidak mampu, maka kesan terhadap rumah tangga adalah buruk.

Perceraian, kepincangan, anak-anak yang tidak terurus, kehidupan yang tidak bahagia dan lebih buruk lagi kepincangan ummah dan kemerosotan kualiti masyarakat. Oh, jangan ceritalah pada saya berkenaan mencari keredhaan Allah SWT dan membawa keluarga bersama ke syurga apabila rumah tangga sudah tidak terurus.

Remaja cenderung melihat kahwin awal adalah satu-satunya penyelesaian dalam hal cinta, menjauhi dosa, takut zina dan sebagainya, sekaligus mematikan opsi-opsi yang lain yang hakikatnya wujud. Sepatutnya kita berpandangan jauh dan melihat dengan teliti.

Apakah kebaikan sebentar kemudian membawa keburukan yang bertali arus itu solusi yang hakiki?

Maka habisilah dan telitilah sabda Rasulullah SAW itu.

Maka saya suka hendak menunjukkan kepada anda akan baki daripada hadith Rasulullah SAW yang saya utarakan di awal artikel ini tadi.

Rasulullah SAW ada bersabda: “Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri…” (Muttafaq ‘Alaih).

Sempurnya hadith itu adalah begini:

Rasulullah SAW ada bersabda: “Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri, dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu baginya adalah benteng.(Muttafaq ‘Alaih).

Kahwin awal hanyalah untuk orang yang layak berkahwin awal. Yang mampu. Justeru, apabila kita menyedari bahawa kita bukanlah dari golongan yang ‘mampu’, maka hendaklah kita berpuasa dan memohon perlindungan daripada Allah, menjauhkan diri dari punca-punca yang boleh mendorong kita ke arah keingkaran kepadaNya, dan pada masa yang sama bermati-matian berusaha mempertingkatkan diri kita untuk menjadi orang yang layak berkahwin, orang yang mampu berkahwin.

Diperhatikan semula, hadith ini selain dinyatakan perihal kahwin sebagai solusi, ia juga mengutarakan ‘bertahan dan mempertingkatkan diri’ sebagai solusi. Apakah natijah puasa? Taqwa. Dan taqwa itu natijahnya adalah peningkatan terhadap peribadi. Mengapa Rasulullah tidak tinggalkan solusinya sekadar ‘kahwin’ semata-mata?

Kerana ‘mampu’ adalah satu indikator yang amat penting dalam berumah tangga.

Rumah tangga bukan perkara sehari dua.

Rumah tangga bukan hal kamu berdua(lelaki dan perempuan).

Rumah tangga hal ummah pada hakikatnya.

Kita kahwin bukan semata-mata nak halalkan chit-chat kita dalam YM.

Kita bukan berkahwin semata-mata untuk halalkan pegang tangan peluk-peluk.

Kita bukan berkahwin semata-mata nak halalkan telefon kita bergayut-gayut selama ini.

Kita bukan berkahwin semata-mata kerana nak halalkan dating kita selama ini.

Bukan semata-mata itu semua dan bukan.

Rumah tangga lebih besar dari hal kita berdua. Ia lebih panjang dari apa yang kita sangkakan. Bukan terbina atas suka-suka semata-mata. Tetapi perlu dibina dengan perancangan hakikatnya.

Penutup: Saya bukan kata tak boleh kahwin awal.

Artikel ini bukan melarang kahwin awal. Kalau rasanya sudah mampu, kahwinlah. Artikel ini juga bukan melarang ibu bapa untuk tampung anak-anaknya kahwin awal. Kalau rasa anak-anak itu sudah mampu menguruskan sebuah rumah tangga, maka tampunglah. Artikel ini juga bukanlah nak memberat-beratkan orang bujang yang nak menikah. Saya tak rasa pun ini memberat-beratkan. Kalau rasa sudah layak, tiada masalah, kahwinlah. Umur 15 pun saya tak larang kalau dah layak.

Artikel ini wujud supaya generasi hari ini tidak memandang enteng akan perkahwinan dan rumah tangga yang hendak dibina. Pada saya, kahwin adalah ibadah. Kehidupan berumah tangga adalah ibadah. Semuanya ada saham dalam pembentukan ummah. Justeru kita perlu pandang serius akan hal membina rumah tangga. Kalau benar cinta, cinta mesti hendak bersama ke syurga.

Kahwin bukan semata-mata melempiaskan hawa nafsu, bermain-main, syok-syok, suka-suka.

Kahwin adalah untuk membina rumah tangga, madrasah pertama kepada ummah.

Mengapa tidak boleh kita pandang lebih serius akan hal ini?

Kata-kata guru saya amat saya ingati:

“Perkahwinan hanyalah gerbang. Rumah tangga adalah perjalanan selepas kita melepasi gerbang itu.” ~ Pakcik Rosdi bin Baharom, kini Pengarah HEP di Kolej Teknologi Darulnaim, Kelantan.

Ini sekadar cambahan idea saya. Untuk ditimbang-timbangkan.

Semoga bermakna.


syukran pada hilal asyraf kerna dapat memberikan gambaran berkenaan perihal rumah tangga.. melalui analisa dan pemerhatian diri ini, ramai di antara pemuda-pemudi islam masih kurang kefahaman tentang isu rumah tangga, pabila cinta bertandang awal, mula mengorak langkah mengikut hawa nafsu , akibat terjerat godaan syaitan dan pengaruh suasana..

teringat kata ustaz pahrol juoi, cinta itu seperti madu, jika sebelum ini kita pernah bercinta maka ia akan hilang kemanisannya.. sebelum kahwin sudah bercinta , maka madunya juga akan berkurang manisnya pabila kahwin nanti..

justeru, ayuh sahabat luaskan pandangan, perbanyakkan bacaan, lengkapkan persediaan untuk berumah tangga, kerna sebenarnya rumah tangga yang cemerlang akan mampu melahirkan perwaris islam yang terbilang... kita penerus generasi akan datang... fikirkan kita yang akan mencorak dunia pada masa akan datang..


kuatkan iman , tingkatkan kefahaman,
disitu ada jalan


"selamat bercinta sampai ke syurga"

ibn khalid

Sifat-sifat bidadari syurga (Hurun Ain) dalam al-Quranul Karim adalah seperti berikut:

Pertama: Qasrut Torfi.

Ada tiga ayat yang mana tuhan menjelaskan kepada kita bahwa bidadari syurga bersifat begini. Diantaranya:

“Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya.” 48 : as-Saffat

Imam Tobari berkata:

Ayat ini menjelaskan bagaimana sifat yang agung bidadari syurga iaitu hanya memandang kepada pasangan mereka tidak seperti wanita dunia yang memandang ke sana sini.

Imam Fakhurrazi berkata:

Ini menunjukkan bahwa betapa malunya bidadari syurga kerana “at-Torfu” adalah gerakan kelopak mata (eyelid). Bidadari tidak menggerakkan kelopaknya dan tidak mengangkat kepalanya untuk lelaki bukan suaminya.”

Wanita muslimah sepatutnya mencontohi wanita syurga yang mana segala kemesraan, pandangan manja, layanan dan sebagainya hanya untuk suami.

Kedua: “ Atrab” Umur yang sama diantara mereka.

Firman Allah swt:

“Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.”52 : surah Sod

Atrab adalah plural bagi turb iaitu sebaya atau sama umur. Mereka berumur 33 tahun seperti disebut dalam hadis riwayat imam Ahmad dengan sanad yang baik.

Ketiga: Baik akhlak dan jantik paras rupa.

Firman Allah swt:

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
70: surah ar-rahman

Ulama berkata bidadari memiliki akhlak yang baik dan rupa paras yang cantik.
Keempat:"kawa'ib" Buah dada yang tegang (tense).

Firman Allah swt:

“Dan ahli syurga mendapat gadis-gadis yang memiliki buah dada yang tegang dan sebaya umur mereka.”33 (an-Naba)

Kelima: Anak dara.

Firman Allah swt:

“Dan kami jadikan mereka (bidadari-bidadari) yang perawan.”36 : Surah al-Waqiah

Berkara pengarang tafsir Maalimut Tanzil:

“Setiap kali mereka dijimak oleh suami-suami bidadari, mereka akan dapati bidadari tersebut ada dara .”

Keenam: Bagus layanan dan kasih sayangnya kepada pasangannya.

Firman Allah swt:

“Bidadari-bidadari yang bagus layanan dan kasih sayangnya serta sebaya umur mereka.”
37 : Al-Waqiah

Mujahid, Hasan dan Qatadah (Ulama tafsir) berkata:

Urub adalah wanita-wanita pecinta yang asyik kepada suami-suami mereka dan menyintai mereka sepenuh hati, melayani suami mereka dengan manja, baik serta pertuturan.

Ketujuh: Tubuh mereka bersih

Firman Allah swt:

"...Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya ."25 : al-Baqarah

Imam at-Tabari berkata:

“ Kesucian bidadari adalah kesucian yang mutlak yang mana termasuklah suci dari semua perkara yang tidak disukai yang ada pada wanita dunia seperti haid,nifas, kencing, berak, ludah,kahak, mazi, mani dan perkara yang seumpama dengannya yang dianggap kotor, jijik, najis.”

Nabi saw bersabda:

“ Peluh-peluh ahli syurga adalah haruman kasturi.”

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Kesimpulan:

Para lelaki hendaklah beramal sebaiknya untuk mendapatkan bidadari syurga dan wanita pula beramal sebaiknya untuk menjadi ketua bidadari kepada pasangannya.

MUNAJAT

Ya Allah sesungguhnya daku tidak layak untuk mendapat bidadari syurgamu lantaran dosa2 ku

Tetapi kemaafan mu lebih luas dari dosa2 ku, ampunkanlah dosa2 ku , berilah ku hidayah menuju Redamu,

Andai ku tersasar sedarkanlah daku, janganlah kau uji diriku apa yang aku tidak mampuHadapinya,

anugerahkanlah ku seorang wanita yang akan menjadi isteriku di dunia dan bidadariku di syurga.

Aku bersyukur kerna kau memberi ruang dan masa untuk mengecap kemanisan inabah(kembali) pd mu.

Rujukan: Sifatul Jannah Fil Quranul Karim oleh Abdul Halim Muhammad
PERKONGSIAN ILMU DR AKHI SALMAN

PERJALANAN HIDUP MEMERLUKAN CITA-CITA
AGAR MANUSIA TIDAK TERSASAR DARI LANDASANNYA
JALAN YANG LURUS
MENEMPUHI LANDASAN DUNIA YANG BENGKANG -BENGKOK
KINI DUNIA PENUH KEMAKSIATAN DAN BENCANA
MENGUNDANG KERESAHAN JIWA INSANI

SELAMAT BERJUANG DAN MENELADANI HAWA NAFSU
KEARAH KEADILAN DAN KEBENARAN

" DUNIA ADALAH LADANG AKHIRAT"

IBN KHALID


ASSAMUALAIKUMUSSALAM W.B.T


SEIFINITI KESYUKURAN KEHADRAT ILAHI KERNA SAYA DAN SAHABAT2 MASIH DIBERI KAN KESEMPATAN MENELURUSI LIKU-LIKU KEHIDUPAN DI DUNIA BAGI MENGECAPI PELBAGAI NIKMAT DAN MENGEJAR BUTIRAN PAHALA YANG TERSEDIA SEBAGAI PERSEDIAAN MENGHADAPI HARI PEMBALASAN KELAK.. ALHAMDULILLAH, UJIAN YANG BERTANDANG MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN. INSYAALLAH, DEMAM PEPERIKSAAN MASIH TERASA, BAHANGNYA MASIH DILALUI KERNA KITA BARU SAHAJA DIPERTENGAHAN MINGGU PEPERIKSAAN DUNIA.

DISINI DITITIPKAN TIPS DARI SAHABAT SAYA BERKENAAN PERKARA YANG PERLU KITA AMBIL PEDULI

PERKARA YANG PERLU DIKURANGKAN

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam

paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila -bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam


" AKHLAK YANG BAIK PENCETUS UMAT YANG TERBILANG"

IBN KHALID

Tahniah kepada semua warga Malaysia yang terpilih untuk menunaikan Haji pada tahun ini. Kelihatan rombongan demi rombongan mula berlepas ke tanah suci Mekah. Namun terdapat satu isu yang ingin saya bangkitkan untuk perhatian semua, khususnya pihak berwajib JAKIM, panel pengkaji JAKIM dan Majlis Fatwa kebangsaan.

Telah diketahui bahawa Kerajaan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah Haji untuk menerima suntikan vaksin meningitis sebelum berlepas bagi memastikan tahap kesihatan mereka terjamin, sewaktu menunaikan rukun Islam kelima tersebut. Sebelum ini telah kita dengari keraguan timbul berkenaan asal usul vaksin terbabit, yang dikatakan dibuat melalui proses yang bercampur dengan sama ada unsur babi atau binatang-binatang lain yang tidak disembelih.

Pun begitu, Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2002, telah mengeluarkan fatwa berkenaannya seperti berikut:-


Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-53 yang bersidang pada 27 Nov 2002 telah membincangkan Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan pelalian meningococcal meningitis mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah harus. Manakala vaksin pelalian meningococcal Miningitis Monumune yang mengandungi unsur daripada babi adalah haram.

Keterangan/Hujah:

1. Ketika ini hanya terdapat dua jenis vaksin sahaja di pasaran iaitu jenama Mencevax dan jenama Monumune. Vaksin jenama Mencevax adalah dari sumber susu, jantung dan lemak lembu berbanding vaksin jenama Monumune yang sumbernya mengandungi bahan khinzir.

2. Permasalahan keraguan terhadap kandungan vaksin jenama Mencevax hanya melibatkan sumbernya iaitu lembu tersebut sama ada ianya disembelih atau sebaliknya. Sekiranya lembu tersebut tidak disembelih vaksin Mencevax juga mengandungi bahan dari najis.

3. Keharusan menggunakan vaksin jenama Mencevax adalah berasaskan kaedah fiqf "Akhafu al-Dhararin " walaupun sumbernya dari lembu yang belum dapat dipastikan ia disembelih atau pun tidak. Hal ini amat jelas bahawa penggunaan suntikan vaksin jenama Monumune yang mengandungi unsur khinzir tidak boleh digunakan.

4. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili menyatakan bahawa walaupun bahan sumber yang asal daripada benda yang najis dan haram sekalipun namun jika ianya diproses dan berlaku perubahan atau pertukaran 'ain yakni sifatnya maka ia dibolehkan. Hal ini mengharuskan untuk menggunakan vaksin berjenama Monumune walaupun bahan sumbernya terdiri unsur khinzir.

5. Penegasan oleh pihak berkuasa amat diperlukan dan menyatakan bahawa vaksin yang sumbernya dari bahan yang diharamkan adalah tidak dibolehkan dan diharamkan. Secara langsung pihak hospital atau klinik swasta perlu akur dan tiada alasan untuk tidak menyediakan vaksin berjenama Mencevax bagi kegunaan suntikan kepada Jemaah Haji atau Umrah Malaysia.

6. Pemberitahuan kepada masyarakat Islam Malaysia perlulah meliputi kedua-dua jenama vaksin iaitu Monumune dan Mencevax. Bahkan dinyatakan juga vaksin berjenama Monumune yang mengandungi asid amino khinzir adalah diharamkan. Maka hanya vaksin berjenama Mencevax adalah diharuskan kerana tiada mengandungi sumber yang diharamkan oleh syarak.


Jelas dari kenyataan fatwa tersebut, masyarakat Malaysia dibenarkan untuk menggunakan vaksin Mencevax dari keluaran GlaxoSmithKline (GSK). Walau berasal dari haiwan yang tidak disembelih, namun menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaannya dibenarkan kerana atas asas dua asas iaitu :-

  • Menurut point nombor 4 fatwa Malaysia di atas, ia dikatakan telah melalui proses istihalah atau transformasi, lalu bahan haiwan yang tidak sembelih itu telah hilang sifatnya kepada sifat yang baru.
  • Mungkin disebabkan ketiadaan pilihan atau alternatif lain sewaktu fatwa dikeluarkan. Justeru ia dibenarkan atas asas hajiat dan keterpaksaan.

KAJIAN SEMULA DIPERLUKAN

Jika kedua-dua di atas menjadi sebab keharusan umat Islam untuk disuntik menggunakan vaksin Mencevax, keharusan yang diberi wajar itu dikaji semula khususnya di tahun 2010 ini. Ia berdasarkan dua sebab berikut :-

  1. Kajian terperinci dan audit telah dilakukan oleh Majlis Ulama Indonesia mendapati produk vaksin mencevax keluaran GSK terdapat unsur babi dilibatkan dalam pembuatannya, bukan sahaja lembu sebagaimana yang disebut dalam fatwa Malaysia. Vaksin MENCEVAX yang digunapakai oleh jemaah Haji dan Umrah Malaysia tersebut telah difatwakan HARAM oleh Majlis Ulama Indonesia pada 16 Julai 2010. (RUJUK FATWA LENGKAP).
  2. Tiada keterpaksaaan kerana telah terdapat vaksin yang seratus peratus halal dikeluarkan oleh dua syarikat iaitu Novartis dan Tian Yuana. Walaupun produk Tian Yuana tidak terdapat di Malaysia, namun product vaksin halal yang dikeluarkan oleh Novartis terdapat di pasaran Malaysia.
  3. Novartis disahkan mempunyai vaksin yang diiktiraf status halalnya dari peringkat pertumbuhan sehingga ke akhirnya. Menurut sumber Novartis mereka menyebut : “Melalui penelitian selama 20 tahun, perusahaan farmasi asal Swiss itu mengembangkan vaksin MEN-C/AC,Y, W-135. "Medium pengembangan vaksin yang kami gunakan dari gula kacang kedelai," demikian kata Head of Commercial Operations Novartis Indonesia Hanadi Setiarto di Jakarta, akhir pekan lalu. Vaksin ini merupakan satu-satunya vaksin meningitis yang mendapat sertifikasi halal dari Islamic Services of America (ISA), Arab Saudi, Pakistan, Bangladesh, dan Turki badan sertifikasi yang mendapat pengakuan Majelis Ulama Indonesia (MUI) (rujuk) dan juga pengesahannya di sini
  4. Vaksin Mencevax keluaran GSK juga telah difatwakan haram oleh Majlis Ulama Indonesia sejak dua tahun lalu. Walaupun tidak terdapat kesan dan unsur babi tidak dapat dikesan di hujung proses pembuatannya, pihak Majlis Ulama Indonesia menegaskan, mereka mendapati unsur babi digunakan di peringkat pembenihan di awal proses pembuatan vaksin terbabit. Justeru, vaksin Mencevax terbabit telah tercemar dek kerana memanfaatkan bahagian dari khinzir.

Ketua Komisi Fatwa MUI, Dr KH Anwar Ibrahim mengatakan, “salah satu produsen yang telah diaudit adalah GlaxoSmithKline dari Belgia. Vaksin dari perusahaan tersebut dinyatakan haram kerana memakai unsur babi dalam media pertumbuhannya.”

KESIMPULAN

Majlis Ulama Indoensia terkenal dengan sifat dan kajian professional serta telus. Mereka juga dianggotai oleh sebilangan besar pakar Shari’ah berlatarbelakangkan gabungan kedua-dua aliran pengajian iaitu Universiti dan juga Pesantren. Justeru, fatwa yang dikeluarkan oleh pihak mereka mempunyai relvan dan kekeutaan tersendiri serta perlu diambil serius oleh semua Negara, dan Malaysia khususnya.

Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap ibadah haji dan status kehalalan vaksin yang digunakan oleh setiap jemaah haji Malaysia, saya amat berharap pihak pengkaji JAKIM dan Majlis fatwa Kebangsaan dapat meneliti semula fatwa yang telah dikeluarkan pada tahun 2002, kerana ia mungkin sudah tidak lagi boleh dipakai disebabkan penemuan baru dalam bidang vaksin tersebut. Kaedah Fiqh menegaskan

لا ينكر تغير الأحكام بتغير الزمان

Ertinya : Tidak dinafikan, kebolehan berubahnya hukum apabila berubahnya zaman (disebabkan uruf, adat dan kajian) (Majallah al-Ahkam Al-Adliyah, No 39 : Syarah Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Az-Zarqa, hlm 227)

Vaksin alternative yang disahkan halal disemua peringkat pembenihan, penumbuhan dan vaksin siap itu boleh dibuka di sini. Ia bernama Menveo. Sila rujuk lanjut detail vaksin di http://menveo.com/

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

6 Oktober 2010


ILMU ASAS KECEMERLANGAN DIRI

" BELAJAR MEMBERI DARIPADA MENERIMA"

IBN KHALID


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi yang maha kuasa telah mendamparkan bumi serta alam ciptaan Ilahi untuk manusia berlumba-lumba melakukan kebaikan mengejar keredhaan-Nya, mendapat pahala dan seterusnya mengidamkan nikmat-nikmat yang tidak terperi seronoknya iaitu syurga. Dalam diri manusia , hamba yang lemah, semestinya banyak persoalan yang timbul. kenapakah aku dicipta oleh Allah dan perananku kepada dunia ini? lama aku mencari jawapan itu, alhamdulillah, aku temuinya.. perananku didunia ini adalah menjadi khalifah dan beribadat mengharapkan keredhaan Allah. sesungguhnya, kesenangan yang singkat , keseronokan di dunia ini hanyalah sementara kemenangan di akhirat itu adalah titik noktah kepada kebahagian seseorang hamba. hamba Allah, KEMBARA HAMBA MENCARI CAHAYA. bagaimana memperolehnya, semestinya ia memerlukan pengorbanan.


InsyaAllah, dikesempatan ini , diuji dengan kesibukan , pelbagai tanggungjawab dan kerja-kerja yang perlu disiapkan dengan pantas dan cepat. yup, pepatah arab ada mengatakan: masa itu seperti pedang sesiapa yang tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita. ujian diri untuk hamba ini. kali ini, saya mahu berkongsi ilmu yang telah dinukilkan dalam blog sahabat master of chess , hasanah berkenaan cinta dan perkahwinan. moga2 sahabat mendapat manfaatnya bagi yang senior dan semua insan didunia ini.


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan
tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan
sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. cukup syarat seperti tuntutan agama.. apa tunggu lagi??


selamat membuat keputusan

selamat berfikir dan memikir

" dunia ini adalah ladang untuk akhirat "

ibn khalid

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,