Archive for July 2011




Soalan: Apakah hukum menggunakan alkohol dalam membasmi kuman pada luka dan percampurannya dengan sebahagian ubat?

Jawapan:

Menggunakan alkohol untuk pembasmian kuman pada luka adalah dibenarkan disebabkan keperluan terhadapnya. Dikatakan juga alhohol itu menghilangkan akal tetapi tidak memabukkan, kalau benar dakwaan ini, maka alkohol bukanlah arak, jika tidak benar dakwaan ini, dan alkohol itu memabukkan maka ia adalah arak, maka meminumnya adalah haram dengan nas dan ijmak.

Adapun penggunaannya tanpa meminum, ia perlu diperbahaskan, jika kita melihat kepada firman Allah (maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib, adalah najis dari perbuatan syaitan, maka hendaklah kamu semua menjauhinya, mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan.” (al-Maidah:90). Maka (berdasarkan ayat ini) penggunaan yang bukan untuk tujuan minuman juga adalah haram berdasarkan keumuman firmanNya: “Maka hendaklah kamu semua menjauhinya.” (al-Maidah: 90)
Namun jika kita melihat kepada ayat yang berikutnya (bermaksud): “Hanyasanya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran meminum arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah (kamu semua dari mengerjakannya).” (al-Maidah:91), Maka berdasarkan ayat ini, penggunaan arak bukan untuk minuman adalah harus, disebabkan ketidakbolehan mengenakan illah ini ke atasnya.Berdasarkan hal ini, kami berpandangan sebagai langkah berhati-hati, tidak boleh menggunakan alkohol untuk wangian. Adapun untuk pensterilan (membasmi kuman) tidak mengapa disebabkan ada keperluan dan ketiadaan dalil yang jelas melarangnya.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata di dalam Majmu’ al-Fatawa m.s. 270, jld. 24 (maksudnya): “Berubat dengan memakan lemak babi adalah tidak boleh, adapun berubat dengan melumurkannya (lemak babi) kemudian membasuhnya selepas itu, maka ia dibina di atas keharusan menyentuh najis ketika tidak solat, tentang ini ada perbahasan yang masyhur, dan pendapat yang benar ialah harus disebabkan keperluan. Dan apa yang harus untuk keperluan,maka harus untuk berubat dengannya.”

Syeikh al-Islam telah membezakan di antara memakan dengan menggunakan sesuatu yang najis dengan cara lain (bukan memakan). Maka bagaimana pula dengan alcohol yang bukanlah suatu yang najis? Kerana jika alkohol itu belum menjadi arak maka kesuciannya adalah jelas dan jika ianya arak, maka (pandangan) yang benar, arak itu juga bukanlah najis dilihat dari dua sudut:

Pertama: Tidak ada dalil yang menunjukkan kenajisan arak. Jika tidak ada dalil, maka hukum asalnya ialah suci. Tidaklah semestinya pengharaman sesuatu itu menjadikan zat benda tersebut sebagai najis. (contohnya) Racun adalah suatu yang haram (dimakan/diminum), akan tetapi ia tidak pula dikira najis. Adapun firman Allah taala (maksudnya):“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib itu adalah najis dari amalan syaitan..” Maka yang dimaksudkan dengan najis di sini adalah najis maknawi bukan hissi, ia merupakan sifat, kerana tidak mungkin berjudi, berhala dan bertenung nasib juga menjadi najis dari sudut hissi, maka ia dikira najis kerana termasuk dalam perbuatan syaitan, dan syaitan bertujuan menimbulkan permusuhan dan kebencian, perkara ini adalah pekerjaan najis dari sudut maknawi.

Kedua: al-Sunnah juga menunjukkan kesucian zat arak (hissinya). Di dalam Sahih Muslim daripada Ibn ‘Abbas RA (menceritakan) seorang lelaki menghadiahkan kepada Rasulullah SAW satu uncang arak. Lalu Rasulullah (SAW) bertanya kepadanya: “Apakah kamu tahu bahawa Allah (SWT) telah mengharamkannya?” jawab lelaki itu: “Tidak.” Lalu lelaki itu berbisik kepada seseorang yang berdekatan dengannya. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya: “Apa yang kamu bisikkan kepadanya.” Lelaki itu menjawab: “Saya menyuruh dia menjual arak itu.” Lalu Nabi SAW bersabda:“Sesungguhnya (Allah) yang mengharamkan meminumnya, mengharamkan juga menjualnya.” Kata (Ibn ‘Abbas) “Lalu lelaki itu membuka uncang tersebut dan menuangkan arak yang ada di dalamnya.”

Di dalam Sahih al-Bukhari, daripada Anas bin Malik RA, dimana beliau berada di rumah Abu Talhah yang menghidang orang-orang yang ada di situ dengan minuman (khamar), lalu Nabi SAW menyuruh seseorang melaungkan bahawasanya arak telah diharamkan. Kata Anas bin Malik, Abu Talhah berkata kepadaku, pergilah kamu keluar dan buangkan ia, lalu aku keluar dan menuangnya, sehingga ia mengalir di jalan-jalan Madinah.”

Kalaulah arak itu najis, dalam bentuk najis hissi, sudah pasti Nabi SAW akan menyuruh orang yang menghadiahkan baginda uncang arak itu membasuh uncangnya, sepertimana ketika diharamkan daging keldai sewaktu peperangan Khaibar, di mana Nabi SAW bersabda: “Buangkan (daging keldai yang ada di dalam bekas) dan pecahkan bekas itu.”Lalu seseorang berkata: “Atau kami buangkan (isinya) dan kami basuh bekasnya.” Jawab baginda: “Atau membasuhnya.”

Kemudian kalaulah arak itu najis hissi, orang-orang Islam tidak akan membuangnya di jalan-jalan di Madinah, kerana tidak boleh membuangkan najis dijalan-jalan yang dilalui manusia.
Al-Syeikh Muhammad Rasyid Ridha berkata di dalam Majmu’ah Fatawa al-Manar, m.s. 1631, secara ringkasnya.“Alcohol adalah bahan yang suci, penting di dalam perubatan dan dalam banyak industry, penggunaannya dalam perubatan tidak terkira banyaknya, mengharamkan penggunaannya ke atas orang Islam akan menghalang perkembangan ilmu dan banyak perkara yang merupakan sebab utama Eropah mendahului umat islam, seperti kimia, farmasi, perubatan dan pembuatan, dan jika diharamkan penggunaannya, ia akan menjadi sebab kematian ramai dikalangan pesakit dan orang-orang yang tercedera atau akan memanjangkan tempoh kesakitan mereka dan menambahkan kesakitan.” Ini adalah satu ungkapan yang baik dan kukuh dari Muhammad Rasyid Redha RH.


Adapun tentang sebahagian ubat yang bercampur dengan alcohol, sesungguhnya ia tidak menjadikan ubat itu haram, jika percampuran itu sedikit yang tidak menzahirkan kesannya, seperti yang dinyatakan oleh para ulama. Ibn Qudamah di dalam al-Mughniy berkata: “Tepung jika diuli bersama arak, dibakar menjadikannya roti dan di makan (orang itu) tidak dikenakan hukuman Had (kerana tidak dikira meminum/memakan arak), kerana api telah menghilangkan bahagian-bahagian arak, ia tidak ada lagi melainkan kesannya sahaja.” (al-Mughniy, m.s. 306, jld: 8).
Di dalam al-Iqna’ dan Syarahnya dinyatakan: “Walaupun dicampurkan – benda yang memabukkan itu (arak) – dengan air, kemudian air itu menghilangkannya/memusnahkannya, kemudian air itu diminum, orang yang meminumnya tidak di hukum had, kerana ia telah musnah di dalam air, dan dia tidak mengambil alih nama air itu, atau ia digunakan untuk berubat luka, orang ini juga tidak dikenakan hukuman had, kerana dia tidak mengambil benda yang memabukkan itu sebagai minuman dan tidak juga yang semakna dengan minuman.” (al-Iqna’, m.s. 71, jld: 4) Inilah kesimpulan (kandungan) daripada athar dan penelitian.Adapun athar sebagai hujjah dalam masalah ini, telah diriwayatkan dari Nabi SAW yang bersabda: “Air itu suci, tidak menajiskannya sesuatu, melainkan jika berubah bau, rasa dan warnanya dengan najis yang ada di dalamnya.” Sekalipun ungkapan berubah bau, rasa dan warna itu ada kelemahan padanya, namun para ulama telah bersepakat tentangnya. Bentuk petunjuknya, ialah jika terjatuh sesuatu najis di dalam air, dan air itu tidak berubah, maka air itu kekal kesuciannya, demikian juga arak, apabila bercampur dengan benda lain yang halal, dan jika arak itu tidak memberi kesan kepada benda yang halal tersebut, maka benda itu kekal kehalalannya.Di dalam Sahih al-Bukhari yang diriwayatkan secara ta’lik dinyatakan: Abu Darda’ membuat al-Murriy (sejenis makanan Arab) bersama ikan yang digaramkan, diletak (diperam) di dalam khamar kemudian dijemur di bawah matahari, sehingga bertukar rasa arak tersebut. Athar ini bermaksud; Ikan yang ada garam tersebut dijemur di bawah matahari, menghilangkan arak tersebut dan ianya menjadi halal.

Fakta ini perlu diperhatikan, kerana arak hanya diharamkan disebabkan sifat yang ada padanya iaitulah memabukkan. Apabila sifat ini (memabukkan) telah tiada, tiadalah pengharamannya. Ini kerana hukum (sesuatu perkara) berlegar bersama illahnya (sebab hukum), kewujudan atau ketiadaannya hukum. Sebahagian orang menyangka benda yang bercampur dengan arak menjadi haram secara mutlak, walaupun arak yang bercampur itu sedikit, dimana tidak timbul lagi kesannya, dan mereka menyangka inilah maksud hadith: “Apa yang memabukkan dalam jumlah banyak, maka sedikitnyapun haram.” Mereka berpendapat, inilah hukum arak yang sedikit, banyaknya memabukkan, maka sedikitnyapun haram. Yang lain pula berkata: “Arak yang sedikit telah hilang di dalam sesuatu yang lain, dan tidak ada lagi sifat (arak) dan hukumnya (juga tiada), maka hukumnya berdasarkan apa yang banyak sifatnya. Adapun hadith:“Apa yang memabukkan banyaknya, maka sedikitnyapun adalah haram.” Maknanya ialah jika minuman itu banyak, ia memabukkan sipeminum, dan jika sedikitnya tidak memabukkan, maka yang sedikit ini juga tetap haram (kerana ianya arak dan kekal sifatnya sebagai arak), kerana pengambilan yang sedikit ini, sekalipun tidak memabukkan, menjadi haram sebagai menyekat dari mengambil yang banyak. Ini dijelaskan lagi di dalam hadith ‘Aisyah RA, Sabda Nabi SAW:“Setiap yang memabukkan itu haram dan apa yang memabukkan sebanyak 16 ritl, maka satu telapak tangan juga adalah haram.”

Makna hadith ini, jika terdapat minuman yang tidak memabukkan melainkan jika diambil sebanyak 16 ritl, maka satu tapak tangan juga adalah haram (walaupun tidak memabukkan). Inilah maksud sabdaan Nabi SAW: “Apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga adalah haram.”

Sumber: Fatwa wa Rasail al-Syeikh Muhammad Soleh al-‘Uthaimin, jilid 11, bab Izalah al-Najasah.

Fatwa oleh: al-Syeikh Muhammad bin Soleh al’Uthaiman
Diterjemahkan oleh Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perlis.
Telah disemak dan diperakui oleh S.S. Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr. Juanda bin Jaya.

Link : http://mufti.perlis.gov.my/

SUMBER : FIQHMEDIC 


"DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT'' 

IBN KHALID ALFATEH  





ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA 

PENGALAMAN ITU, 
INDAH SEMERBAK BAU KASTURI, 
PAHIT SEMANIS HEMPEDU, 
DUKA TATKALA HAMPA DENGAN DUNIA, 
BAHAGIA KETIKA PEROLEH SEGALA-GALANYA, 

NAMUN, 
PENGALAMAN ITU, 
SEBUAH CORETAN RAKAMAN DUNIA, 
TERHAMPAR SERIBU KENANGAN,
MENGGAMIT SEJUTA HARAPAN, 
MENERUSKAN PELAYARAN YANG MASIH TIDAK SAMPAI DESTINASINYA, 
DITUNGGU IA SEMAKIN LAMA, 
DIDEKATI SEMAKIN IA MENJAUHI,

PENGALAMAN ITU, 
PEGAJARAN DIRI YANG PALING BERMAKNA, 
EMOSI, KETABAHAN, MENTAL DAN JIWA
SERING KALI DIUJI,
BERBAHAGIALAH HAMBA YANG MENJADIKAN PENGALAMANNYA BERMAKNA,
SELAMAT MERENTASI MASA KEHIDUPAN 
CORETAN PENGALAMAN RAKAMAN DUNIA. 

IBN KHALID ALFATEH  
KL - 1305 


Syukur kepada Allah, pencipta alam semesta yang mengatur segenap penjuru masa dan tempat untuk hambanya beribadah kepadanya. syukur kerna kita masih lagi hidup di bumi yang terbentang luas rezeki, udara, tempt tinggal dan pelbagai nikmat yg tidak terhitung dengan jari jemari. syukur masih diberikan peluang untuk hidup dan bekerja serta mencari pengalaman berharga untuk mengutip butiran pahala yang masih ada walaupun terhidang selonggok dosa yang merisaukan jiwa dan akal. bagi nafsu, itulah nikmat yang paling dikehendaki agar syaitan sentiasa dihati. 


alhamdulillah, selepas 2 minggu yang lepas, mengutip pengalaman sebagai pharmacist di guardian, namun 10 hari mengutip ilmu dan pengalaman sebagai salesman di guardian  ampang park telah membuka paradigma perubahan diri agar terus istiqamah dalam membuka pintu kebaikan. 10 hari menghidangkan pelbagai reaksi, perangai, ragam, kerenah, hubungan sesama manusia, pengalaman yang berharga untuk seorang insan ini melayari bahtera kehidupan yang masih penuh ranjaunya. 


Dari muslim, non-muslim, berbangsa arab, berbangsa eropah, berbangsa bangladesh, berbangsa taiwan, berbangsa afrika, semua makhluk Allah yg telah dicipta oleh Allah untuk memakmurkan muka bumi ini. semua mereka mempunyai ceritaria tersendiri dan pengalaman yang bermakna untuk diri. menjadi salesman, golongan marhean yang diberi arahan oleh manager adalah sebuah coretan pengalaman berharga kepada kita kerna kita telah mengalami menjadi orang bawahan. insyaAllah, jika kita dinobatkan sebgai boss atau manager masa depan, maka perlu kita memahami hakikat sebenar insan yang diberi arahan. tahniah kepada mrs merry, store manager guardian ampang park, u are the best one manager. u are understanding, pro-active and caring. :).. 




pengalaman berurusan dengan pelbagai jenis manusia adalah pegajar yg terbaik untuk ku. dari segi tujuan asal, kerja tersebut adalah untuk memenuhi masa cuti ku, namun banyak perkara dan pengalaman lain yang aku peroleh. 


baruku tahu, 
ummat islam sudah semakin alpa, 
pakaian mereka sudah tidak dapat dibezakan dengan non-muslim, 
akhlak mereka sudah dicabut santunnya, 
solat mereka entah kemana, 
di surau, hanya segelintir melayu dan kebanyakkan adalah berbangsa bangladesh dan indonesia. 
mana pergi ummat islam melayu, 
jumlahnya ramai tetapi tanggungjawb sebagai muslim semakin dilupakan, 


baruku sedar, 
begitu keadaan bangsaku, 
kegusaran timbul dengan prasangka hiba menusuk kalbu, 
bila harta menjadi taruhan, 
bila kemewahan menjadi angan-angan, 
bila maksiat menjadi kebiasaan, 
wahai  anak muda, 
generasi masa depan, 
ayuh perteguhkan dirimu... 


pengalaman yang itu merupakan pengalaman berharga untuk diriku dan ummat islam yang lain, moga menjadi ikhtibar dan pedoman agar virus-virus kebejatan dapat ditapis dan disingkirkan. untuk generasi akan datang, generasi yang lebih mencabar. 


selain itu, terima kasih pada semua staff guardian yang sunggguh baik dan peramah, mrs merry, mrs ann, abg lutfi, hairi, kak azza, kak wana, kak mariam, kak wani, kak tamil dan ramai lagi yang telah menjadikan sumber pengalaman dan inspirasi untuk diri.. selepas ni, bukan mudah untuk bersama kerna kena kerja PRP di hospital kerajaan. 



insyaAllah, sedikit coretan dari hamba yang sedang belajar tentang kehidupan. moga-moga menjadi lembaran pengalaman ini dan sahabat2 menjadi pengajaran yang terbaik untukku dan generasi akan datang. 

" BERSIHKAN HATIMU, BERSIHKAN JIWAMU, BERSIHKAN SEGALA-GALANYA " 

IBN KHALID ALFATEH 

KUALA LUMPUR (July 11, 2011): The Health Ministry said the public must exercise good sense and judgement when using medicine given by the government because they are of 
high quality and effective in treating their ailments.

Health Director-General Datuk Dr Hasan Abdul Rahman said the prices of medicine purchased by the government for the public were fully subsidised so that the people would not be unduly burdened.

He said the Ministry always viewed the matter seriously and was in the process of improving on transparency for the public by sharing information on the actual prices of medicines given to them to enable them to appreciate the services provided by the government.

"We must always place importance on quality, in the purchase of medicine, the government looks for the best quality and the people must be made aware of the medicine they take.

"The government also shares with the public the prices of medicine and from where it is sourced to ensure they are sensibly used," he told reporters after opening "Phase Three Inter-Regional Meeting for Good Governance for Medicine" here today.

The Ministry spent RM1.6 billion on the purchase of medicine last year and if the co-operation with the public is successful, the government could purchase more quality medicine at the same cost, he said.

Representatives of 12 nations gathered to share their administration system and the management of medicine, during the meeting starting today until Friday, which was organised by the World Health Organisation (WHO) in collaboration with the Health Ministry.

Meanwhile, on the programme to return unused medicine, Dr Hasan said the response from the public was very encouraging.

He said, the move was important because the ministry did not want the public to dispose of the medicine themselves because it was worried that it would adversely affect the environment.

If returned, the ministry would be able to dispose of the medicine following the correct procedure, and also conduct a study to find out why the medicine was not used.

"Besides that, if the medicine is still in good condition and still unopened, it would be used, and save on government costs at the same time," he said. – Bernama


SOURCE : THE SUN [ 12 JULY 2011]




TOWARD HEALTHCARE ERA

 IBN KHALID ALFATEH  



KUALA LUMPUR: Health officers seized traditional medicines containing a drug which was banned worldwide in the 1980s, from a shop in Batang Kali, Selangor, yesterday.
The non-steroidal anti-inflammatory drug called Phenylbutazone, had been banned after it was found that it had life-threatening side effects like blood disorders, gastrointestinal bleeding and leukaemia.

The drug, however, was not the only dangerous substance found in the traditional medicine which were seized yesterday.

Investigations by the Selangor Pharmaceutical Department revealed it also contained two types of steroids, which were listed under the Poison Act.

Selangor pharmaceutical enforcement department director Mohd Hatta Ahmad said the steroids, Dexamethasone and Prednisone, could only be obtained through a doctor's prescription.

The traditional medicine, sold in capsules under the name 'Perkasa Herbs', was believed to have been smuggled in from Indonesia and sold to the elderly in villages.

Victims were duped into believing the capsules could cure diabetes, dengue and other life-threatening diseases.

Hatta said the department was alerted of the product a month ago. The department launched an investigation and conducted tests on the capsules.

"In Indonesia, the product was sold under the brand, 'Antanan', but it was re-named here. Buyers were told that the product was locally made and contained organic extract."

He said the department also received an alert from the Asean Post Marketing Alert System that notified them on the result of the tests made on the capsules.

"The test results confirmed the presence of phenylbutazone and the two steroids," he said, adding users were now at risk of kidney failure, liver problems and in some cases, death.

Checks revealed that the product was sold at RM250 per box, with each box containing 24 capsules.

Hatta said one suspect, said to be the shop owner, is currently under investigation.

SOURCE : NST ONLINE [ 16 JUN 2011] 

PLEASE BE CAREFULL IF WE WANT TAKE HERB MEDICINE.. ASK PHARMACIST, DOCTOR OR OTHER HEALTH PRACTIONER. 

" SELAMAT MENJAGA KESIHATAN"

IBN KHALID AL-FATEH 

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,