BERAT BETUL NI.. BUKAN BERAT DIRIKU SEBENAR.. :)

Banyak pantang larang atau mitos mengenai makanan dan latihan ini. Makanlah yang ini, yang itu tak boleh, jangan buat itu, kena buat macam ni dan macam-macam lagi. Saya senaraikan 10 mitos yang paling selalu kita dengar:

Mitos 1 : Jangan Makan Kalau Nak Kurangkan Berat

Realiti : Benar, tapi ada tapinya. Tidak makan bermakna kurang kalori. Kurang kalori boleh menurunkan berat badan. Tetapi, ia akan menurunkan paras metabolisma dan tenaga dalam tubuh, menyebabkan otot tidak berkembang. Ia akan memberi masalah kepada kesihatan anda. Uruskan atau seimbangkan kalori mengikut 'bajet' anda.

Mitos 2 : Bila Semakin Tua, Otot Bertukar Menjadi Lemak

Realiti : Otot dan lemak adalah dua jenis tisu badan yang berbeza. Otot tidak boleh bertukar menjadi lemak. Begitu juga sebaliknya. Mitos ini sering dikaitkan dengan ahli sukan yang menjadi gemuk apabila sudah bersara. Mereka gemuk bukan sebab usia, tetapi tidak berlatih seperti waktu aktif. Ada juga yang tidak mengawal makanan mereka.
Kurang bersenam akan mengecutkan otot – malahan mengurangkan kadar bakaran tenaga dalam tubuh. Ditambah pula tiada latihan, tiada pembakaran kalori. Mereka akan menjadi gemuk. Tetapi, ini tidak bermakna otot anda bertukar menjadi lemak. Ini isu lain. Tidak semestinya anda akan gemuk apabila berhenti berlatih. Anda cuma perlu kurangkan penggunaan kalori. (Apa yang paling baik ialah amalkan makanan seimbang dan bersenam.)

Mitos 3 : Saya Hanya Perlukan Aerobik Sahaja

Realiti : Jika anda gabungkan latihan berat dengan aerobik atau kardio, kesan kehilangan lemak menjadi tiga kali ganda daripada senaman aerobik semata-mata.
Aerobik sangat baik untuk ketahanan kardiovaskular, tetapi ia mengurangkan kepaduan otot dan kepadatan rangka tulang sebelah atas tubuh. Otot menggunakan bahan bakar yang disimpan dalam otot. 1 kg otot menggunakan bahan bakar sama seperti kita berlari 1 km setiap hari. Selepas berumur 35 tahun, mereka yang tidak aktif akan hilang 250 g otot setahun dan menambah 700 g lemak. Latihan berat akan melambatkan proses penuaan.

Mitos 4 : Semua Lemak Memudaratkan

Realiti : Ya lah. Apabila banyak lemak boleh membawa kepada obesiti dan mengundang banyak penyakit. Tetapi, tubuh juga memerlukan lemak. Ia melambatkan proses penuaan dan menangani masalah kelaparan dalam jangka masa yang lama berbanding dengan karbohidrat. Apa yang penting ialah anda harus kenal lemak 'baik' dan lemak 'jahat'. Anda harus faham bahawa lemak juga satu makronutrien penting (sejumlah 15% lemak diperlukan dalam pengambilan kalori harian anda).

Mitos 5 : Untuk membina tubuh langsing, perlu berlatih beberapa jam sehari

Realiti : Jangka masa latihan sebenar sepatutnya tidak melebihi sejam. Walaupun perlu bersosial, ada baiknya jangan buang masa berbual waktu di gim atau minum di lounge. Untuk senaman, yang penting adalah kualiti senaman dan bukannya kuantiti. Contoh macam saya, akan hanya ke gym 1-2 kali seminggu tetapi setiap kali saya pergi, sudah pasti masa itu penuh dgn senaman berkualiti!

Mitos 6: Sekarang, saya sudah mula berlatih, bolehlah saya makan apa saja

Realiti: Anda sudah mula berlatih sekarang. Apa yang anda makan lagi penting. Anda perlukan makanan berkhasiat bukan yang sia-sia. Anda akan berasa lebih bertenaga, bukan saja semasa berlatih, malahan sepanjang hari. Tidur nyenyak dan mampu melawan beberapa penyakit.

Mitos 7: Kalau wanita angkat berat, tubuh mereka jadi sasa dan berketul-ketul

Realiti: Saya dah biasa sangat dengan kenyataan begini. Sebenarnya tidak ramai wanita yang ada nisbah testosteron ke estrogen yang membawa kepada pertambahan saiz otot. Wanita yang nampak sasa itu sebenarnya menyimpan banyak lemak. Susah bagi wanita Asian membentuk tubuh yang besar dan padu. Sama ada lelaki atau wanita, kedua-duanya boleh membentuk tubuh yang tegap dengan latihan yang lebih ringan (lebih 25 kali) daripada hanya beberapa kali latihan berat.

Mitos 8: Makan banyak protein akan menambah pertumbuhan otot

Realiti: Terutama protein daripada makanan tambahan. Benar, protein membekal bahan bakar kepada otot. Cuba fikirkan – Adakah dengan menambahkan petrol ke dalam tangki akan membuatkan kereta anda bergerak? Tentu tidak! Petrol tambahan digunakan hanya apabila diperlukan. Samalah macam tubuh manusia. Lebih protein tidak membina otot. Ia hanya menyediakan bahan bakar untuk otot apabila diperlukan.
Jangan keliru antara bahan bakar daripada lemak, karbohidrat atau protein ini. Protein digunakan untuk membina semula otot selepas latihan.

Mitos 9: Saya boleh makan semua makanan lemak sifar

Realiti: Banyak syarikat menyalah gunakan istilah makanan 'sifar lemak' ini untuk melariskan produk mereka. Apa yang mengurang atau menambahkan berat badan bukannya lemak, tetapi jumlah kalori. Ada juga minuman lemak sifar ini mengandungi kalori berbanding dengan minuman biasa yang bergula (karbohidrat). Makanan/ minuman begini memang lazat. Dikhuatiri anda terlebih makan pula nanti.

Mitos 10: Semua kalori sama sahaja

Realiti:
  • Lemak menjadi lemak tubuh – 3 kali ganda lebih mudah daripada karbohidrat
  • Lemak menjadi lemak tubuh – 5 kali ganda lebih mudah daripada protein
  • Karbohidrat menjadi lemak tubuh – 1.67 kali lebih mudah daripada protein.


MOGA IA MENJADI SUMBER ILMU UNTUK DIRIKU DAN SAHABATKU.. KERNA MENJADI SALAH SATU TARGETKU UNTUK SEMS INI- TURUNKAN BERAT BADAN :)... 

MENANTI JUGA SAHABAT NUTRITION YANG AKAN MEMBERIKAN NASIHAT TERBAIK UNTUK WARGA KTSN DAN JUGA MALAYSIA UMUMNYA.. 

"DUNIA ADALAH LADANG UNTUK TEMPA ILMU BAGI MENGISI PAHALA DI AKHIRAT" 

IBN KHALID 
BERUSAHA MENJADI SRIKANDA BERVISI

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,