Archive for March 2011



Dalam satu mesyuarat tergempar yang diadakan di Darun Nadwah, Mekah, sekumpulan manusia berkumpul dan berfikir apa yang patut mereka lakukan untuk menjatuhkan Muhammad. Pelbagai idea dan pandangan telah diutarakan, namun semuanya dirasakan tidak efektif, kecuali ada satu pandangan yang menarik perhatian mereka:

“Aku punya satu cadangan. Kita pilih tiga puluh pemuda yang kuat-kuat dari seluruh kabilah suku Quraisy. Kita berikan mereka setiap seorang sebilah pedang yang tajam. Kemudian suruh mereka menebas Muhammad serentak. Dengan begitu, darah Muhammad tumpah di tangan kabilah-kabilah ini.”

Itulah pandangan populis dari Abu Jahal, gengster besar yang menentang dakwah Rasulullah SAW.
Apa yang boleh kita belajar dari situasi ini?


Al Haq vs Al Bathil
Pertama, pakatan jahiliah dan penentang kebenaran, mereka bersekongkol dan bersatu hati untuk melemahkan kebenaran hatta sedia untuk menghancurkan Islam dengan apa cara sekalipun, asalkan kemenangan berpihak kepada mereka. Ini yang kita perlu sedar. Sejarah ini akan terus beulang dan berulang. Menariknya mereka akan mengadakan ‘musyawarah’ dan bersungguh-sungguh memberikan buah fikiran untuk mencari jalan terbaik memenangkan kebatilan yang mereka yakini. Mereka serius terlibat untuk memberi dokongan dan sokongan. Dan mereka bersatu mencari jalan untuk melemahkan Islam.


Tahukah anda bahawa Yahudi Israel telah memulakan perancangan menubuhkan Negara haram mereka sejak tahun 1897 dalam Kongres Pertama Zionis di Switzerland . Pada tahun 1917, melalui Perisytiharan Balfour kerajaan Britain berjanji untuk menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun 1936, Suruhanjaya Peel mencadangkan Palestin dibahagikan kepada negara untuk orang Yahudi dan negara untuk orang Arab. Negara-negara Arab dan rakyat Palestin tidak bersetuju dan menentang usaha jahat barat dan Yahudi, Namun saat itu negara Arab dan umat Islam tidak punyai kekuatan akibat perpecahan.

Hasilnya adalah Resolusi 181 yang membahagikan Palestin di antara orang Yahudi dan Arab. Yahudi menerima 56% kawasan mandat British yang diduduki oleh ramai orang Yahudi sementara Jerusalem akan ditadbir oleh PBB. Pelan ini diterima oleh majoriti masyarakat Yahudi tetapi ditolak oleh masyarakat Arab.

Pada 29 November 1947, pelan ini diundi dalam Perhimpunan Agung PBB. Keputusannya 33 menyokong, 13 menentang dan 10 berkecuali.
Demikianlah kebatilan dibela dan diperjuangkan dengan bersungguh-sungguh oleh para pendukungnya, Oleh kerana itulah Ali bin Abi Thalib ra pernah menyatakan :

“Al-haq yang tidak diurus dengan baik akan dikalahkan oleh Al-bathil yang terurus dengan baik”.


Pemuda: Kekuatan Islam atau Agen Bathil?
Keduanya, pro jahiliyah juga menjadikan pemuda sebagai agen pelaksana perancangan jahat mereka. Jahiliyah sedia menghimpun para pemuda mereka yang terbaik untuk mendokong cita-cita mereka menumbangkan al Haq.


Tahukah kita bahawa gerombolan pemuda dan pemudi Yahudi datang dari barat, timur, utara dan selatan, meninggalkan tanah tumpah darah mereka semata untuk mendirikan negara haram Israel di atas puing-puing bangunan dan darah para syuhada Palestin yang berserakan. Bahkan mereka tidak puas dengan Israel yang kecil itu. Mereka menyeru kepada penubuhan “Israel Raya” iaitu menguasai seluruh daerah sepanjang Sungai Eufrat ke sungai Nil. Anak-anak mereka semenjak kecil diwajibkan mempelajari dan menguasai kitab Thalmud, sumber rujukan mereka yang antara kandungannya mendidik anak –anak dan pemuda mereka bahawa bangsa mereka adalah bangsa terbaik dan bangsa lain adalah binatang dan tunggangan untuk mereka.

Bagaimana pula dengan remaja dan pemuda kita saat ini? 24 jam yang kamu miliki, apa yang kamu isi dengannya? Sedang menelaah ilmu dan mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin masa depan Islam yang berintegriti dan berketerampilan, atau sedang menghabiskan masa dengan sia-sia?

Bagaimana pula pemuda dan pemudi kita dengan Al Quran? Di hati atau dalam almari? Menjadi cara hidup atau sekadar penghias dinding rumah untuk menghalau syaitan dan hantu? AL Quran diamali atau diketepi?

Sesungguhnya, musuh Islam sedar bahawa Islam juga diperkuatkan oleh para pemuda. Justeru mereka juga telah mengadakan konspirasi dan perancangan terperinci untuk merosakan potensi dan kekuatan para pemuda Islam agar pemuda dan pemudi Islam tidak mampu bersaing dan sekualiti dengan pemuda dan pemudi mereka.

Mereka telah berjaya mempengaruhi para pemuda pemudi Islam dengan pelbagai cara dan pendekatan agar jauh dari sumber kekuatan Islam yang sebenar. Dalam satu khutbah yang disampaikan oleh Dr. Yusof al-Qaradhawi, beliau menyebut:

“Demi Allah, saya terpukul menyaksikan fenomena menyedihkan yang berlaku di kalangan pemuda, baik di kalangan Arab mahupun kaum muslimin. Pemuda Islam menghadapi fenomena lemahnya akhlak dan sukakan kemungkaran. Para pemuda Islam tidak memiliki impian dan cita-cita besar untuk menegakkan risalah dalam hidup mereka. Andai mereka ada cita-cita mulia ini, pastilah mereka tidak akan memikirkan perkara-perkara yang telah menyisihkan jatidiri mereka sebagai muslim.”

Keluhan ulama tersohor ini ada benarnya. Hari ini yang menjadi agen cara hidup barat dan bukan Islam bukan diterajui oleh pemuda barat, tetapi dipimpin dan dibarisi oleh anak muda Islam sendiri. Pemuda barat kini telah menjadi idol dan pujaan anak muda Islam. Anak muda Islam menjadi pengikut setia mereka dan bersedia mempertahankan pegangan dan kefahaman mereka yang semakin jauh dari kebenaran.

Apakah kita ketiadaan pemuda pemudi Islam yang boleh diharapkan? Yakinlah, Islam tidak akan pernah kehilangan pemuda rabbani yang mulia yang sedia mempertahankan kalimah thoiyyibah. Malahan Islam pernah melahirkan pemuda contoh yang luarbiasa untuk kita jadikan teladan dalam kehidupan kita. Saidina Ali bin Abi Talib, pemuda luarbiasa yang semenjak kecil telah bergabung dengan dakwah Rasulullah SAW. Islam dihiasi dengan kewibawaan Mu’sab Bin Umair, pemuda yang pernah diusir dan diharamkan menyentuh kekayaan keluarganya sendiri, yang akhirnya menjadi murabbi dan da’i “special” dikirimkan oleh Rasulullah SAW meneruskan misi dakwah ke Madinah sehingga mencetuskan fenomena baru di Madinah. Dan ramai lagi para pemuda yang bergabung dengan pasukan dakwah Rasulullah SAW. Mereka bersungguh dan serius berhimpun di sekeliling Rasulullah SAW, menanti arahan dengan penuh siap siaga, memimpin umat mendepani dakwah dan berjihad mempertahankan kalimah Allah!

Andai sahaja pemuda pemudi Islam kita ini berfikir dan bertindak seperti Usamah bin Zaid, seusia 18 tahun memimpin pasukan jihad yang dibelakangnya dibarisi oleh sahabat-sahabat terkemuka, atau berfikir dan memiliki kualiti diri seperti Muhammad Bin Al-Qasim Ats-Tsaqafi yang memimpin pasukan Islam untuk membuka India saat beliau berusia 17 tahun, apakah ianya mustahil untuk dilahirkan kembali?

Melahirkan Pemuda Beriman!

Sekarang kita sudah fahami bahawa kunci kebangkian ummah adalah pada tangan pemuda yang beriman untuk bertembung dengan pemuda kebatilan. Solusi terbaik adalah kembali melahirkan pemuda rabbaniyah. Al-Quran telah mengambarkan pemuda beriman yang aktif dalam dakwah Islam pada kisah Ashhabul Kahfi.

“Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk; dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata: “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran”. (Surah al-Kahfi 18: 13 – 14)

Dari ayat yang mulia ini dapat kita fahami bahawa para pemuda yang beriman memiliki tiga karakter utama yang mendasar, iaitu:

1. Iman kepada RABB mereka (Allah)
Mereka merupakan pemuda-pemuda yang meyakini Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Akhir dan Qadha dan Qadar. Nilai keimanan pemuda jauh lebih tinggi dari nilai keimanan orang yang sudah tua. Sebab para pemuda beriman di tengah-tengah gejolak nafsu muda yang masih berkobar, sementara orang-orang yang sudah tua melakukan ketaatan tanpa halangan kerana sudah mendekati akhir hayat.
Para pemuda dakwah sentiasa meningkatkan dan mempertahankan iman yang menyala dalam hati mereka. Mereka tidak rela sedikitpun iman itu berubah atau berkurang. Mereka berupaya menghidupkan api iman ini di tengah-tengah masyarakat. Sesungguhnya mereka menyedari bahawa manusia tanpa iman tiada nilainya di sisi Allah SWT.

2. Tetap istiqamah mengikuti petunjuk Allah SWT
Maknanya para pemuda yang tahu arah perjalanan dan sentiasa berjuang menegakkan kebenaran dengan petunjuk bimbingan Allah SWT. Mereka selalu berpegang teguh kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sebagai hidayah Allah yang diyakini akan menyelesaikan segal persoalan dengan adil dan bijaksana. Mereka ingin masyarakat diatur oleh Pencipta alam semesta dan tidak diatur oleh mereka sendiri atau dikendalikan oleh hawa nafsu segolongan manusia tertentu.

3. Bersikap Furqan
Para pemuda dakwah mampu membezakan mana yang haq (benar) dan mana yang batil (salah). Mereka mengerti betul, mana yang membawa keimanan dan Islam dan mana yang membawa kekufuran dan kesesatan. Setelah itu, mereka menolak segala hal yang membawa kepada kekufuran dan menerima keimanan dengan penerimaan yang total. Sikap furqan merupakan pancaran keimanan dan kefahaman terhadap TauhiduLLAH yang diajarkan Islam.
Mereka meyakini bahawa Allah SWT adalah satu-satunya sumber hidup yang harus ditaati dan sumber ilmu agar diri tidak merasa sombong serta dijadikan tujuan akhir. Beserta itu, mereka menolak hak Allah ini diberikan pada selain Allah.
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.” (Surah al-Anfaal 8: 29)

Selain itu, beberapa karakter yang lain juga menjadikan para pemuda mampu untuk mengembang tugas dakwah. Di antaranya:

4. Bersikap kritis menghadapi masyarakat
Para pemuda beriman yang memikul beban dakwah memahami masyarakat yang menjadi medan dakwahnya. Mereka tahu bagaimana menghadapi situasi itu secara benar dan kritis. Kekritisan mereka tidak menjadikan mereka anarkis atau membuat mereka ekstrim. Mereka memahami jalan menuju perubahan umat dan bekerja untuk itu secara hati-hati dan teliti.

5. Berbeza dalam prinsip dan sikap hidup, tetapi bergabung di tengah-tengah kehidupan bermasyarakat
Para pemuda beriman yang mencintai dakwah menyedari kekeliruan yang ada pada masyarakat dan sanggup untuk menghindarkan diri mereka dari kekeliruan tersebut. Sementara mereka tetap hidup dan bercampur di tengah-tengah masyarakat itu dengan prinsip dan akhlak yang berbeza. Mereka tidak tertipu dengan realiti masyarakat yang berbuat kedustaan terhadap agama Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?” (Surah al-Kahfi 18: 15)




ITULAH CETUSAN ILMU DARI LANGITILAHI 

ADAKAH AKU TELAH BERUSAHA? ADAKAH KITA TELAH SEDAR DAN MULAKAN LANGKAH KESEDARAN. MOTIVASI UNTUK KU DAN SAHABAT YANG DIRAHMATI. MELIHAT KEADAAN DUNIA YANG SEMAKIN MENCABAR, MEMANDANG JAUH GODAAN DAN CUBAAN YANG SEMAKIN DEKAT DAN HAMPIR. BERUSAHA SELAGI ADA MASA. TIDAK PERLU MENUNGGU TSUNAMI MELANDA, GEMPA YANG MENGGEGAR, KEMARAU YANG MERUNSING SERTA KETANDUSAN MAKANAN YANG MELAPARKAN. AYUH BERUBAH DAN BERHIJRAH, AYUH GERAKKAN LANGKAH MENGEJAR CITA-CITA MELAHIRKAN PEMUDA BERIMAN. 

"ORANG YANG BERJAYA "MEMAKSA" DIRINYA UNTUK BERUBAH, MANAKALA ORANG GAGAL BERUBAH HANYA TERPAKSA" PAHROL JUOI 

IBN KHALID 


warkah untukmu pemimpin diri dan ummat

"Wahai Amirul Mukmini, Tuhan memberi amanah kepada khalifah bagi meluruskan segala yang bengkok, membaiki segala yang rosak, menguatkan segala yang lemah, membela mereka yang teraniaya, dan menjadi penolong mereka yang terlantar.


Wahai Amirul Mukminin, ketua negara yang adil ibarat gembala yang sayang kepada haiwan-haiwan ternakannya, menghantarnya ke tempat yang selamat serta jauh daripada bahaya, mengawalnya daripada gangguan binatang buas serta melindunginya daripada kepanasan dan kedinginan.


Khalifah yang adil, wahai Amirul Mukminin, laksana seorang ayah yang arif bijaksana pada anak-anaknya. Apa yang dilakukan demi kebaikan mereka, mengajarnya menjadi orang yang berguna, bekerja keras membanting tulang untuk ahli keluarganya serta meninggalkan peninggalan yang berharga buat mereka apabila meninggal dunia kelak.

Ketua negara yang adil itu, wahai Amirul Mukminin, ibarat seorang ibu yang berkasih sayang serta bersikap lemah lembut kepada anak-anaknya. Dia rela mengandungkannya dengan bersusah-payah, kemudian mengasuhnya ketika bayi. Dia sanggup berjaga malam selagi anaknya tidak tidur dan perasaannya baru lega dan tenang selapas anaknya tenang dan tidur lena. Kemudian dia menyusukan anaknya ketika haus dan gembira apabila anaknya sihat dan berdukacita apabila anaknya sakit.


Ketua negara yang adil, dia berdiri antara Tuhan dengan hamba-Nya. Dia mendengarkan firman Allah kemudian menyampaikan kepada rakyatnya. Dia patuh kepada perintah Tuhan kemudian mengajak rakyatnya supaya turut mematuhi-Nya.


Kerana itu, wahai Amirul Mukminin, dengan kuasa yang dikurniakan Tuhan kepada kamu, jangan jadi seperti budak suruhan yang diberi amanah oleh tuannya bagi menjaga keluarga dan harta bendanya, kemudian dia khianat serta melakukan sewenang-wenangnya hingga harta itu habis dan majikannya menjadi marah.


Ketahuilah wahai Amirul Mukminin, Tuhan menggariskan panduan hidup melalui kitab Al-Quran dan lidah Rasulullah supaya manusia menjauhkan diri daripada kejahatan. Tetapi bagaimana sekiranya yang melanggar peraturan itu orang yang sepatutnya menjadi pelaksana hukuman itu? Tuhan menjadikan hukum qisas sebagai jaminan kehidupan para hamba-Nya. Tetapi bagaiman apabila orang yang jadi pemimpin itu adalah orang yang seharusnya dituntut bagi menjatuhkan hukuman itu?


Wahai Amirul Mukminin, sentiasa ingat akan mati dan apa yang terjadi selepas mati. Ketika itu kamu tidak ada pembela selain amal ibadat kamu. Kerana itu, bersiap sedialah menghadapinya dan jadikan perkara itu masalah besar bagimu. Ingatlah pada hari di mana seseorang itu melarikan diri daripada saudaranya, ibu bapanya serta isteri dan anak-anaknya.


Wahai Amirul Mukminin, jangan kamu menghukum hamba Allah dengan hukuman orang yang jahil. Janganlah bawa mereka itu di jalan yang dilalui orang zalim. Jangan kamu beri kesempatan pada orang sombong yang berkuasa ke atas orang yang lemah.


Wahai Amirul Mukminin, janganlah kamu memandang pada kedudukan kamu pada hari ini, tetapi pandanglah kedudukan kamu pada hari esok di mana kamu terbelenggu dalam cengkaman maut, kemudian berdiri di hadapan Allah di tengah kelompok para malaikat, para nabi dan rasul.


Akhir kata, wahai Amirul Mukminin Khalifah Umar bin Abdul Aziz, meskipun nasihat yang saya berikan ini tidak sebaik nasihat para cendikiawan, namun saya setulus hati sayang dan cinta kepadamu. Saya mengirim surat ini laksana orang yang memberikan ubat kepada kekasihnya, yang menuangkan ubat yang pahit dengan harapan orang yang dikasihinya sihat.


Selamat atasmu, wahai Amirul Mukminin, semoga Tuhan memberi rahmat dan berkatNya kepadamu. Amin."


diri pernah mendapat warkah semasa menjadi pemimpin


Khalifah Umar Abdul Aziz sering membaca surat daripada Hasan Al-Basri. Beliau juga selalu membacanya di hadapan menteri dan pegawai-pegawainya. Kemudian dia mengajak mereka sama-sama mengambil iktibar daripada nasihat Hasan Al-Basri. 


terima kasih kepada sahabat yg telah berkongsi warkah ini.
selamat memimpin dan dipimpin bersama kepimpinan yang silih berganti. moga2 dengan menjadi pemimpin, kita menjadi hamba yang lebih bersyukur dan sentiasa menjalankan tugas dengan terbaik. mantapkan diri dengan ilmu kemahiran dan politik. persiapkan diri, masa dan tenaga untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.. 

p/s : politik itu adalah kemahiran kita mengurus sesuatu bukanlah mainan yang dilakukan semasa pilihan raya semata-mata. politik kepada diri, politik dalam keluarga serta masyarakat. diri ini belajar dalam berpolitik kerana ia adalah ilmu kemahiran yg perlu difahami dan dipelajari untuk membentuk diri hamba yg bersyukur dan sentiasa memperbaiki diri. 


" DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT" 

IBN KHALID
 

BERAT BETUL NI.. BUKAN BERAT DIRIKU SEBENAR.. :)

Banyak pantang larang atau mitos mengenai makanan dan latihan ini. Makanlah yang ini, yang itu tak boleh, jangan buat itu, kena buat macam ni dan macam-macam lagi. Saya senaraikan 10 mitos yang paling selalu kita dengar:

Mitos 1 : Jangan Makan Kalau Nak Kurangkan Berat

Realiti : Benar, tapi ada tapinya. Tidak makan bermakna kurang kalori. Kurang kalori boleh menurunkan berat badan. Tetapi, ia akan menurunkan paras metabolisma dan tenaga dalam tubuh, menyebabkan otot tidak berkembang. Ia akan memberi masalah kepada kesihatan anda. Uruskan atau seimbangkan kalori mengikut 'bajet' anda.

Mitos 2 : Bila Semakin Tua, Otot Bertukar Menjadi Lemak

Realiti : Otot dan lemak adalah dua jenis tisu badan yang berbeza. Otot tidak boleh bertukar menjadi lemak. Begitu juga sebaliknya. Mitos ini sering dikaitkan dengan ahli sukan yang menjadi gemuk apabila sudah bersara. Mereka gemuk bukan sebab usia, tetapi tidak berlatih seperti waktu aktif. Ada juga yang tidak mengawal makanan mereka.
Kurang bersenam akan mengecutkan otot – malahan mengurangkan kadar bakaran tenaga dalam tubuh. Ditambah pula tiada latihan, tiada pembakaran kalori. Mereka akan menjadi gemuk. Tetapi, ini tidak bermakna otot anda bertukar menjadi lemak. Ini isu lain. Tidak semestinya anda akan gemuk apabila berhenti berlatih. Anda cuma perlu kurangkan penggunaan kalori. (Apa yang paling baik ialah amalkan makanan seimbang dan bersenam.)

Mitos 3 : Saya Hanya Perlukan Aerobik Sahaja

Realiti : Jika anda gabungkan latihan berat dengan aerobik atau kardio, kesan kehilangan lemak menjadi tiga kali ganda daripada senaman aerobik semata-mata.
Aerobik sangat baik untuk ketahanan kardiovaskular, tetapi ia mengurangkan kepaduan otot dan kepadatan rangka tulang sebelah atas tubuh. Otot menggunakan bahan bakar yang disimpan dalam otot. 1 kg otot menggunakan bahan bakar sama seperti kita berlari 1 km setiap hari. Selepas berumur 35 tahun, mereka yang tidak aktif akan hilang 250 g otot setahun dan menambah 700 g lemak. Latihan berat akan melambatkan proses penuaan.

Mitos 4 : Semua Lemak Memudaratkan

Realiti : Ya lah. Apabila banyak lemak boleh membawa kepada obesiti dan mengundang banyak penyakit. Tetapi, tubuh juga memerlukan lemak. Ia melambatkan proses penuaan dan menangani masalah kelaparan dalam jangka masa yang lama berbanding dengan karbohidrat. Apa yang penting ialah anda harus kenal lemak 'baik' dan lemak 'jahat'. Anda harus faham bahawa lemak juga satu makronutrien penting (sejumlah 15% lemak diperlukan dalam pengambilan kalori harian anda).

Mitos 5 : Untuk membina tubuh langsing, perlu berlatih beberapa jam sehari

Realiti : Jangka masa latihan sebenar sepatutnya tidak melebihi sejam. Walaupun perlu bersosial, ada baiknya jangan buang masa berbual waktu di gim atau minum di lounge. Untuk senaman, yang penting adalah kualiti senaman dan bukannya kuantiti. Contoh macam saya, akan hanya ke gym 1-2 kali seminggu tetapi setiap kali saya pergi, sudah pasti masa itu penuh dgn senaman berkualiti!

Mitos 6: Sekarang, saya sudah mula berlatih, bolehlah saya makan apa saja

Realiti: Anda sudah mula berlatih sekarang. Apa yang anda makan lagi penting. Anda perlukan makanan berkhasiat bukan yang sia-sia. Anda akan berasa lebih bertenaga, bukan saja semasa berlatih, malahan sepanjang hari. Tidur nyenyak dan mampu melawan beberapa penyakit.

Mitos 7: Kalau wanita angkat berat, tubuh mereka jadi sasa dan berketul-ketul

Realiti: Saya dah biasa sangat dengan kenyataan begini. Sebenarnya tidak ramai wanita yang ada nisbah testosteron ke estrogen yang membawa kepada pertambahan saiz otot. Wanita yang nampak sasa itu sebenarnya menyimpan banyak lemak. Susah bagi wanita Asian membentuk tubuh yang besar dan padu. Sama ada lelaki atau wanita, kedua-duanya boleh membentuk tubuh yang tegap dengan latihan yang lebih ringan (lebih 25 kali) daripada hanya beberapa kali latihan berat.

Mitos 8: Makan banyak protein akan menambah pertumbuhan otot

Realiti: Terutama protein daripada makanan tambahan. Benar, protein membekal bahan bakar kepada otot. Cuba fikirkan – Adakah dengan menambahkan petrol ke dalam tangki akan membuatkan kereta anda bergerak? Tentu tidak! Petrol tambahan digunakan hanya apabila diperlukan. Samalah macam tubuh manusia. Lebih protein tidak membina otot. Ia hanya menyediakan bahan bakar untuk otot apabila diperlukan.
Jangan keliru antara bahan bakar daripada lemak, karbohidrat atau protein ini. Protein digunakan untuk membina semula otot selepas latihan.

Mitos 9: Saya boleh makan semua makanan lemak sifar

Realiti: Banyak syarikat menyalah gunakan istilah makanan 'sifar lemak' ini untuk melariskan produk mereka. Apa yang mengurang atau menambahkan berat badan bukannya lemak, tetapi jumlah kalori. Ada juga minuman lemak sifar ini mengandungi kalori berbanding dengan minuman biasa yang bergula (karbohidrat). Makanan/ minuman begini memang lazat. Dikhuatiri anda terlebih makan pula nanti.

Mitos 10: Semua kalori sama sahaja

Realiti:
  • Lemak menjadi lemak tubuh – 3 kali ganda lebih mudah daripada karbohidrat
  • Lemak menjadi lemak tubuh – 5 kali ganda lebih mudah daripada protein
  • Karbohidrat menjadi lemak tubuh – 1.67 kali lebih mudah daripada protein.


MOGA IA MENJADI SUMBER ILMU UNTUK DIRIKU DAN SAHABATKU.. KERNA MENJADI SALAH SATU TARGETKU UNTUK SEMS INI- TURUNKAN BERAT BADAN :)... 

MENANTI JUGA SAHABAT NUTRITION YANG AKAN MEMBERIKAN NASIHAT TERBAIK UNTUK WARGA KTSN DAN JUGA MALAYSIA UMUMNYA.. 

"DUNIA ADALAH LADANG UNTUK TEMPA ILMU BAGI MENGISI PAHALA DI AKHIRAT" 

IBN KHALID 
BERUSAHA MENJADI SRIKANDA BERVISI


"Ku wasiatkan kepada kamu supaya tetap bertaqwa kepada Allah. Janganlah kamu mengejar-ngejar dunia walau dunia mengejar kamu dan janganlah menyesal jika ada sebahagian dunia itu terlepas darimu. Hendaklah kamu mengatur baik-baik urusan kamu dan jagalah hubungan persaudaraan antara kalian. Ketahuilah, pertengkaran itu merosakkan agama dan ingatlah bahawa tidak ada kekuatan apa pun selain atas perkenan Allah. Perhatikan anak-anak yatim agar jangan sampai mereka kelaparan dan jangan sampai kehilangan hak. Perhatikan Al Quran, jangan sampai kamu mendahulukan orang lain dalam mengamalkannya. Perhatikan tetangga kamu sebab mereka adalah wasiat Nabi kamu."
Wasiat Ali Bin Abi Talib RA

ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM UKHWAH UNTUK SEMUA HAMBA ALLAH

alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerna saya dan semua insan bergelar hamba Allah masih lagi diberikan ruang, kesempatan , masa , kelapangan, nikmat iman , nikmat islam untuk merasai dunia  tempat tinggal sementara sebelum memasuki  alam akhirat yang semestinya menjanjikan ketenangan di syurga atau kesengsaraan di neraka yang kekal abadi.

seifiniti kemaafan kepada sahabat-sahabat, jika saya tidak sempat menjawab pertanyaan atau melaksanakan tugas sebaik yang mungkin kerna saya juga hamba yang sentiasa mempunyai kelemahan dan kekurangan dalam kehidupan ini . almaklum, memasuki tahun 4 year, suasana yang gembira namun di dalamnya kerisauan yang meruncing memikirkan persediaan menjadi ahli farmasi yang bole megalas tugas penting dalam membangun ummah dan menjalankan tanggungjawab secara profesional dan terbaik. Gerbang pekerjaan semakin hampir namun diri semakin gusar. Doa dan tawakal serta usaha berterusan perlu berjalan seiringan bagi menjadikan matlamat manifiestasi hamba Allah tercapai.


Maraton ilmu : ekplorasi hati mencari ketenangan hakiki. tajuk beserta visi diri untuk memotivasikan diri dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar ini . semestinya sebagai hamba Allah banyak yang perlu dilakukan dalam pencarian ilmu yang beterusan. maraton ilmu bukan sekadar jika ada program atau bulan penghayatan islam itu kerna hakikatnya penghayatan islam itu berlakukan sepanjang zaman selagi mana kita hidup dimuka bumi Allah ini. sebenarnya lagu ekplorasi - far east memberikan inspirasi untuk diri dalam mencari ketenangan  hakiki itu.

lirik ekplorasi - far east


Telusuri maknawi menjejak hakiki
Amanah suci khalifah di bumi
Jelajahi duniawi menuju ukhrawi
Amalan murni mengadap Ilahi

Eksplorasi diri membaca zahiri
Menyingkap realiti yang tersembunyi
Eksplorasi hati mengungkai nubari
Cerminan peribadi bias tulus budi

bertemu berpadu dalam di dalam restu
Berkias bermadah dalam santun ilmu
Berpautkan iman tenteram aman
Bersandarkan rahmat sentosa selamat

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
Yang mengiringi

Bukan mudah memiliki mutiara kasih
Tanpa diselami lubuk hati nurani
Ke dasar rasa yang paling dalam





alhamdulillah, maraton ilmu itu memberikan kesan kepada diri iaitu :
1- mejadi mu'min yang berkualti dalam kehidupan dari segi semua aspek kehidupan - menjadi hamba Allah yang bermanfaat untuk semua insan
2- keyakinan diperkuatkan dengan seminar pasak alquran. banyak ilmu yang belum diterokai. daripada ilmu sains, ilmu sosial, ilmu tentang negara. alquran adalah mukjizat yang agung ditinggalkan oleh kekasih Allah nabi muhammad s.a.w untuk kita terokai, baca, faham , amal dan kaji.
3- remaja hari ini adalah gambaran masa depan. mahasiswa rabbani asas masyarakat berkualiti. ayuh, sahabat2 ku, tingkatkan ilmu dalam diri, bersedia menjadi hamba Allah yang bersyukur. 4 pertnyaan dr rubiah : siapa saya? apa yang kita fikirkan? untuk apa kita dijadikan? apakah peranan kita? mengusik jiwa dan hati ini. yup, aku adalah hamba Allah yang diberikan pinjaman tubuh badan, akal dan masa bagi mecari butiran pahala untuk dijadikan bekalan untuk hari akhirat nanti. 

4- tazkirah magrib oleh ustaz emran ahmad bertajuk " janganlah kamu hampiri zina" - zina mata, tangan, kaki , hati serta kemaluan perlu aku jauhi. aku perlu berubah. ubah paradigma dalam menghadapi realiti masa kini. aku perlu jadi mu'min profesional sejati. tetapkan hati. nikah itu sunnah. insyaAllah, ada rezeki maka kita semua akan gapainya juga. syukran ustaz memberikan ilmu dan mengubah paradigmaku tentang cinta dan perkahwinan. yup, akhlak itu satu yang utama dalam memilih pasangan hidup ini. " bercinta sampai ke syurga " 


5- menunggu majlis penutupan BPI. tidak sabar mendengar ceramah dari ustaz asri berkenaan akidah islam. jom sahabat2, tambah ilmu kerna ilmu itu adalah taman2 syurga. 


EVOLUSI TRANSISI REFORMASI DIRI 

IBN KHAlID 

 
PEMUDA HARI INI GAMBARAN MASA DEPAN

Forum Wacana Minda Mahasiswa : Pemuda Hari Ini Gambaran Negara Masa Hadapan

INSYAALLAH PADA MALAM INI ( 2 MAC 2011) AKAN DIADAKAN FORUM DI DEWAN SERBA GUNA DSG

ahli panel jemputan : dr rubiah kulop hamzah & ustaz emran 
tentatif : 
7.45 malam - kaunter pendaftaran di buka
8.15 - perarakan masuk VIP dan panel jemputan
8.25 - forum bermula
10.30 - sesi soal jawab 
10.45 - penyampaian cenderamata
11- bersurai

GAMBARAN NEGARA MASA DEPAN




negara mengalami pembangunan yang pesat bersama perubahan teknologi, pemerkasaan ilmu dan pembangunan infrastruktur yang canggih namun ditengah2 kemajuan itu terselit masalah yang semakin meruncing yang melibatkan keruntuhan akhlak dan sosial. oleh yang demikian, apakah solusinya, apakah kaedah terbaik untuk mengatasinya, apakah tanggungjawab kita sebagai remaja masa depan bagi menghadapi zaman akan datang?

MAHASISWA RABBANI ASAS MASYARAKAT BERKUALITI

ayuh sahabat mahasiswa/i, penuhi dadamu dengan ilmu, bersedia lah menjadi remaja masa depan yang rabbani kerna kita akan menjadi masyarakat masa akan datang yang berkualiti. 

" ekspolarasi hati transisi ketenangan hakiki" 
ibn khalid

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,