ASSALAMUALIKUM W.B.T DAN SALAM UKHWAH

alhamdulillah , ucapan kesyukuran kepada khaliq iaitu pencipta yang telah membentangkan keluasan dunia untuk mahkluknya berlumba-lumba melakukan suruhannya dan menjauhi segala larangannya. seifiniti terima kasih kepada
pencipta kerna kita masih lagi diberikan ruang dan peluang hidup dimuka bumi Allah ini dengan pelbagai nikmat yang perlu disyukuri namun kebanyakkan makhluk sering lupa dan leka dengan pemberian dari ilahi.

rupa-rupanya, bumi ini adalah ladang untuk kita menuai seberapa banyak pahala agar kita mendapat ganjaran yang setimpal di hari pembalasan kelak.. alhamdulillah, untuk diri ini, masih hidup sejahtera dibawah lembayung dan kekuasaan ilahi yang maha berkuasa dan maha mengetahui yang telah mengatur kehidupan diri ini.


ahli farmasi : cita-citaku menjadi realiti

alkisah kehidupan diri ini disepanjang hidup bergelar manusia. setiap manusia mempuyai cita-cita. satu ketika semasa diri masih dibangku sekolah , guru pernah bertanya: apakah cita-cita kamu , amin semasa kamu telah dewasa nanti? diri terkesima kerna pertanyaan itu membuatkan diri berfikir. diri baru berumur 10 tahun , tidak tahu apa-apa , duduk diceruk kampung, kurang terdedah dengan input luar yang berguna telah menjawab dengan spontan : saya mahu menjadi pakar ubat cikgu . guruku bertanya lagi : kenapa kamu memilihnya dan apakah kamu tahu apakah sebenar pakar ubat yang kamu maksudkan? sekali lagi tersentak, diri terdiam, bermula monolog dalaman : kenapa aku cakap pakar ubat , ish!! parah ni .. aku tidak tahu pun apa yang aku cakap sebenarnya. aku mula berbicara : ooo, saya mahu menjadi pengkaji cikgu, saya mahu berbakti dengan masyarakat dan bantu ibubapa , jika mereka sakit , nanti saya bole tolong terus.. pakar ubat yang saya maksudkan orang yang bekerja bagi ubat dan yang kerja di kedai ubat tu.. aku mula teringat kenangan pertama kali pergi ke bandar dan terpandang kedai ubat dan dipapan tandanya ditulis farmasi . namun aku tidak mengerti apakah farmasi itu, almaklum masa tu kecik lagi , kurang mengerti .

sejak dari itu, aku sering tanamkan dalam diri ini untuk menjadi pakar ubat yang dimaksudkan. jejak kaki di bangku sekolah menengah. sekali lg , aku ditanya oleh guruku. apakah cita-cita kamu ? kali ni aku telah bersedia, aku semakin matang dengan kehidupan dan dengan sepontan aku menjawab : ahli farmasi , cikgu.. guruku mula bertanya lagi : kenapa kamu memilihnya? kali ni aku telah terdedah dengan subjek kimia dan biologi. mula berjinak dengan bahan kimia dan struktur kimia yang paling ideal iaitu benzene ring. seronok aku melukis struktur itu. ditambah lagi , aku gemar dengan subjek biologi. menambahkan keyakinanku.. aku menjawab : saya suka subjek kimia dan biology cikgu .. kena dengan diri saya. saya rasa saya orang science , cikgu. guruku bertanya lagi : tapi saya lihat kamu ada bakat jadi pensyarah agama. saya lihat kamu cemerlang subject bahasa arab dan cemerlang subjek agama yang lain . kamu pergi lah negara arab dalami ilmu agama. ajar kepada semua orang tentang agama. kali ni aku terdiam. mula bermonolog dalaman lagi. aduh!! kena jadi ustaz ni , kena pergi negara arab. bagus juga tu. negara arab dekat dengan negara israel. nanti bole aku cipta ubat yang akan memberikan sesuatu kepada orang israel tu... aku mula berbicara : bagus juga cadangan cikgu .. nanti saya fikirkannya.


aku menjalani kehidupan sebagai warga matrikulasi .. banyak perkara yang telah aku lalui. kali ni , aku mesti membuat keputusan. aku mula mengkaji diri. aku terdedah dengan lebih meluas ruang lingkup pekerjaan . kali ni , sahabatku yang bertanya kepadaku: amin, ape ko nak isi dalam borang IPU tu ? ko nak amik ape nanti? .. aku mula bermonolog dalaman lagi , aku mula terdedah dengan istilah doktor. tambahan kepada istilah farmasi yang aku dapat ketika aku dibangku sekolah. ish!! aku rasa tidak sesuai dengan aku , kerja doktor ni , dengar-dengar hari bergelumang dengan darah, aku ni gementar bila tengok darah , haemophobia katakan. tapi kerja doktor seronok juga. gaji besar , ada pangkat lagi.. bila syaitan mula menghasut tentang kehebatan dunia, aku mula memikirkan tentang keuntungan dunia semata-semata. aku menjawab : aku rasa aku nak isi doktor la , pastu farmasi .. macam seronok je. sahabatku terus menjeling : terbaik la , jom kita ambil doktor. ketika isi IPU, aku sekali lagi dilanda kegusaran , ish! nak amik apa ni , farmasi ke atau doktor. aku termenung seketika. aku tekad untuk pilih farmasi walaupun keputusan dibuat pada awalnya adalah doktor. aku tidak tahu mengapa. maka aku klik pilihan kedua adalah doktor.

akhirnya, aku mendapat tawaran bidang farmasi di UKM. gembira sungguh hati ku , dapat mengapai cita-cita sejak aku kecil lagi. 2 minggu selepas pendaftaran , tiba-tiba aku mendapat call dari pejabat UKM. aku ditawarkan untuk ambil bidang medic. caranya mudah, cuma perlu jumpa pengawai dan tukar kursus. aku sekali lagi dalam dilema. ini ujian untuk aku ke atau macamana. dulu masa matrik , aku kata aku nak jadi doktor tetapi sekarang aku dah dapat farmasi. aku mula berkira-kira. mula memilih . mula bersolat isthiharah. yup, rezeki aku di farmasi. ada kebahagian yang aku peroleh.. aku tekad untuk jadi ahli farmasi . kali ni , motto hidup sudah mula berubah. aku mahu jadi menjadi ahli farmasi yang cemerlang didunia dan akhirat. sampai sekarang , aku masih bergelar mahasiswa fakulti farmasi UKM. seronok hidup bersama sahabat yang lain .

maafkan diri ini , kerna bercerita panjang lebar tentang sejarah untuk aku mencapai cita-cita ini , pada awalkan aku tekad untuk mahu bercerita pada penghulu bidadariku sahaja, tetapi aku fikirkan ada hikmah yang terkandung dalam alkisah yang aku ceritakan. memang benar, sesuatu perkara yang kita impikan akan kita usaha kearahnya tetapi ada masa ia akan berubah dan beberapa keputusan perlu dibuat . semua bergantung kepada diri insani untuk memilih dan membuat keputusan . setiap keputusan itu akan memberi kesan yang mendalam dalam hidup kita. aku lakarkan cerita ini kerana ada sahabat dari matrikulasi bertanya tentang farmasi dan apakah cerita disebaliknya. yup, seperti dalam cerita yang dibentangkan , farmasi adalah berkenaan ubat-ubatan dan beberapa aspek lain berkenaan ubat yang akan dikendali oleh ahli farmasi .
semestinya, pada awal aku menjejakkan kaki menjadi mahasiswa fakulti farmasi, aku berfikir farmasi ini adalah orang yang bagi ubat kepada pesakit dan yang jual ubat dikedai farmasi sahaja . rupa-rupanya sangkaanku sangat cetek. banyak lagi tugas ahli farmasi sebenarnya. bermula daripada penemuan ubat- ubatan yang baru dari pelbagai sumber, proses menjadi ubat dalam bermacam bentuk ada yang bentuk tablet, cecair , kapsul dan hampir 40 lebih bentuk dan jenis ubat , pemberian ubat tersebut kepada pesakit dan seterusnya memberi kauseling kepada pesakit tentang ubat, yang paling penting, menjadi diri pesakit itu sihat dan terkawal penyakitnya, yup, kita adalah 'Drug Expert'. kita mengetahui banyak perkara tentang ubat.

ini hanya permulaan penceritaan diri ini berkenaan farmasi. ada banyak lagi yang belum aku sentuh. tetapi pada aku , farmasi ini unik - ia bukan sekadar berkisar tentang kimia dan biology malah fizik dan matematik terkandung dalamnya. aku minat matematik dan kimia , jadi ia memang kena dengan diriku .. seperti yang aku katakan dulu , aku adalah orang science.
farmasi - kimia , biology , fizik dan matematik .. keempat-empat elemen, sekiranya kamu berminatnya dengannya , peluang cerah untuk menjadi ahli farmasi yang terbilang kelak .

insyaAllah. ini baru permulaan ceritaku dan akan ada rentetan cerita yang lain untuk masa akan datang. ya Allah, berikan aku masa dan ruang untuk aku kongsikan pengalaman agar insan lain mendapat manfaatnya. maaf sekiranya cerita ini tidak memberikan manfaat kepada kalian. kerana aku tahu ,setiap insan ada cerita disebalik kehidupannya.



KEHIDUPAN INI ADALAH UJIAN UNTUK KITA RENUNGI

BELAJAR MEMBERI DARIPADA MENERIMA

IBN KHALID

22 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    assalamualaikum...

    Alhamdulillah
    syukran atas info walaupun sedikit
    sekurang-kurangnya ada drpd x ada
    insyaAllah akan tunggu cerita mengenai farmasi akan datang

  2. amin says:

    waalaikumussalam,

    asif jiddan...
    info berkenaan farmasi masih sedikit..
    br mula untuk memulakan cerita
    kerna sy yakin ramai yang ambil farmasi ada tujuan dan matlamat serta cita-cita tersendiri.

    insyaAllah, sy akan memberi info berkenaan farmasi untuk artikel akan datang.. bole sy tnya .. apekah skop yang enti nak tahu berkenaan pharmacy.. kerja ke, apa yang belajar ke, gaji ke, atau mcmn .. agar mudah untuk sy terangkan..

    syukran

  3. Anonymous says:

    assalamualaikum...

    oh,sebagai seorang pelajar matrik,ana nak tau apa kelayakan untuk ambil farmasi macam kena dapat pointer berapa semasa di matrik
    dan bila di uni. nanti subjek apa yang akan kita belajar..adakah setiap uni. berbeza???

    asif kalau menyusahkan,ana ada tanya saudara ana,dia ada bagi info juga tapi dia kata lebih baik tanya senior sebab dia takut syarat2 atau 'silibus' dah lain dan
    ana jumpa link ni di blog akhi Hilal Asyraf

    harap tidak menyusahkan...
    syukran

  4. waalaikumusalam

    yup, jelas yang enti terangkan.
    insyaAllah , saya akan cuba terangkan mana yang mampu..

    " DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT "

  5. syanabel says:

    'haemophobia'..ana baru bace artikel anta lah.. Ana kagum.. cuma, tak semua doktor yang hari2 bergelumang dengan darah ye ~_^..heheh

  6. Anonymous says:

    salam saudara...sy nk tnye farmasi ni sush ke x? umm sy studnt ukm jgk..tp cm brcdg nk tukr kos..agk2 brp pointer leh masok?

  7. Anonymous says:

    waalaikumussalam, sahabatku.. farmasi susah atau tidak... semua bergantung pd kite.. almaklum bidang kesihatan... memrlukan ketekunan dan fokus yg lebih.. sahabat dr kos mana... x silap saya , jika masa first year .. ok lg nak tukar... tp jika dah second year dan nak tukar.. dr kos lain ke pharmacy... mengikut pengalaman xde lg ... ramai yg nak tukar tp x dpt.. kena bincang dengan fakulti.. jika dr matirix or stpm.. yg saya tahu kebnyakkan 4 flet dan paling rendah 3.8 cam tu ... itu pd zaman sy.. tp sekrg lg tuogh rasanya... ramai yg power2.. apepun jika sahabat minat kimia , ubat dan pengjagaan kesihatan.. yup, farmasi tempatnya.. bidang yg luas.. kemahiran yg pelbagai.. selamat dtg ke pharmacy zone... :)

    salam ukhwah

    amin

  8. fatin says:

    asslmkum, blog awak sngat bermanfaat.. saya suka bace. sbb saya pun ada pnglman mcm tu, tp terbalik sikit.. saya tak pernah kenal farmasi sebelum ni, bila masuk je matriks kawan2 n lecturer dedahkan dngn kerjaya, saya mula mendalami apa itu farmasi.. esok saya akan jalani temuduga untuk lanjutkan pljaran dlam bidang farmasi, doakan saya.. di USM.. insya-ALLAH jika rezeki saya ada, saya bertekad nk jadikan farmasi sbg ms depan.. amin. sedikit sebnyak dpt saya tahu dri blog awak ttg farmasi.. thanx, =) wsslm. jika ada lg yg perlu sy tahu, emailkan di fatin_anakmenakan92@ymail.com.. bolehlah kita bertukar pendpat dan sya dalami ilmu farmasi yg awak ketahui.. thanx again, asslmkum.

  9. Anonymous says:

    salam...

    sy merupakan student matrik..sy dh dpt result sem 1..skrg ni kena isi borang upu fasal 1..sy minat sgt nk pilih bidang farmasi terutamanya kt UKM..tp masalahnya,sy x tau secara detail farmasi tu apa..lebih pada bio atau totally kimia..bnyk kena hafal atau kena kira2 & buat chemical eq? sy jgk minat dietetik & optometri..tp pilihan pertama sy tetap farmasi..dlm masa yg sama,sy minat nk ceburi bidang medic tp sy memang takut darah..takut nanti belajar boleh,tp kerja nanti pengsan plak..sy mintak tlong sgt2 encik hafizul aremin terangkn apa dia farmasi ni..terima kasih..

  10. Ahli Farmasi diperlukan segera, kelayakan degree dan memiliki sijil farmasi. (New Concept) kedai dan bekalan ubat-ubatan akan disediakan dan keuntungan akan dikongsi bersama beserta bonus. Gaji 5-8K tidak termasuk komisyen dan bonus. Kedai farmasi akan dibuka seluruh bandar-bandar di Malaysia. berminat sila hantar Cv dan Salinan Sijil Farmasi kpd sharizal.muhammad@gmail.com, yang terpilih akan ditemuduga.

  11. Salam , nak tanya di ukm kursus ini diajar dlm bahasa apa ?
    and berapa pointer min ?

  12. Unknown says:

    URGENTLY Registered Pharmacist Needed — Seluruh Malaysia
    Candidate must possess at least a Degree in Pharmacy
    Must be fully registered under Lembaga Farmasi malaysia
    Must be a Malaysia Citizen
    Willing to operate a Pharmaceutical counter in a franchise retail outlet (Lembah Klang)
    Skills – retailing and advisory skills
    Remuneration & Others:
    Package includes monthly salary/allowance base on experience RM5000 - RM8000
    Profit/Commission sharing 50/50
    Flexible working schedule
    No oncall
    Email your inquiry to alib.ilham@gmail.com for more information. or Call me at 0196847918(En. Alib)

  13. Anonymous says:

    As salam.....minta lalulan
    Saya memerlukan Ahli Farmasi
    •Gaji RM5,000 - RM8,000 (mengikutpengalaman kerja)
    •Masa kerja yang Fleksibel
    •Berdaftar di bawah Lembaga Farmasi Malaysia
    •Selain gaji, Ahli Farmasi turutmenikmati perkongsian Keuntungan farmasi dan lain-lain keistimewaan...

    Sila hubungi: 012-2703797


  14. Unknown says:

    Ingin menawarkan kerja buat ahli farmasi yg berdaftar dgn lembaga farmasi malaysia. Peluang untuk memperolehi gaji sehingga rm8k. Call/ whatsapp saya di 019-2730573.

  15. Unknown says:

    Kalau tak ambik fizik time spm, boleh ke apply farmasi?

  16. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

  17. Unknown says:

    Assalamualaikum saudara Amin... saya ingin minta pendapat saudara.. saya menerima pnggilan temuduga dari unikl rcmp utk diploma farmasi pada 7/4/16 ni.. saya mohon saudari dpt memberikan saya sedikit tips dan contoh soalan2 yg brkemungkinan besar ditanya ketika temuduga nnti... harap saudara dpt menjawab soalan saya dgn kadar segera.. terima kasih
    ~nabihah

  18. Hi!! Saya ingin tanya adakah susah stress jadi ahli farmasi? Im just a little curious. Berapa lama puan bekerja dalam sehari?

  19. Hi!! Saya ingin tanya adakah susah stress jadi ahli farmasi? Im just a little curious. Berapa lama puan bekerja dalam sehari?

  20. Unknown says:

    Salam . Saya nak tanya . Abg dpt result spm berape eh ?
    And chemistry dpt ape ? Cause saya tengah tunggu result spm and cuak jgk utk subjek chem . Saya risau kalaulah saya dpt c . and plan tu mmglah nk masuk matrik dulu mcm abg :D Tapi klau fikir balik after tamat matrik , nak mintak farmasi . Mesti diorang mintak result spm jgk en , and cuaklah klau kot kot chem tu tk lepas . Soalan saya , nk sambung after matrik , result spm pon mintak eh ? Klau c , lepas tak ? Saya cuak bang

  21. Anonymous says:

    Salam.. Nk tanya fizik n math ni byk ke masa belajar farmasi? Contoh subjek yg belajar fz n math ap ye?

  22. Unknown says:

    tahniah dik..nice blog..pd adik2 yg ambik farmasi .tahniah ..sbb bidg ni bgus jer..bole msuk keje mana mana pun...btw..akak cuma nak share ..klau ade adik2 nak msuk farmasi dkt widad uni bole pm sis bg info.. satu lg..sis jaga program utk PAKK pendidikan under upsi dn regent college..anythg nak tye or nak mohon bole direct 011-16930576..wsp ler

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,