Ya allah , maafkan diri ini , insan yang melakukan banyak kesilapan dan dosa.. diri ini perlu berubah , perlu wujudkan SINERGI .. untuk mendapat kejayaan yang hakiki.. salam perjuangan buat sahabat2 yang dirahmati ilahi, lama sungguh tidak mengupdate blog ini .. alasan untuk menghadapi ujian kecil , namun diri telah sedar.. pabila terbaca pesanan dari seorang sahabat kepada pendakwah..
PESANAN KEPADA DIRI DAN SAHABAT :
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak. Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”
-dipetik dari blog syeikhut tarbiyah muntalaq.wordpress.com
PABILA MEMBACA ARTIKEL INI MELALUI BLOG USTAZ FARIDUL,SEORANG ENGINEER , DIRI MULA TERASA, ADAKAH AKU TERLALU MANJA, MULA TERINGATKAN PETIKAN SURAH ATTAUBAH.. AYAT 41 DAN 42..
MAKSUDNYA:
BERANGKATLAH KAMU BAIK DENGAN RASA RINGAN MAHUPUN DENGAN RASA BERAT, DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA DAN JIWAMU DIJALAN ALLAH. YANG DEMIKIAN ITU LEBIH BAIK JIKA KAMU MENGETAHUI. ( AT-TAUBAH: 41)
SEKIRANYA ( YANG KAMU SERUKAN KEPADA MEREKA) ADA KEUNTUNGAN YANG MUDAH DIPEROLEH DAN PERJALANAN YANG TIDAK SEBERAPA JAUH , NISCAYA MEREKA MENGIKUTIMU, TETAPI TEMPAT YANG DITUJU TERASA SANGAT JAUH BAGI MEREKA. MEREKA AKAN BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH " JIKALAU KAMI SANGGUP NISCAYA KAMI BERANGKAT BERSAMAMU". MEREKA MEMBINASAKAN DIRI MEREKA SENDIRI DAN ALLAH MENGETAHUI MEREKA BENAR-BENAR ORANG-ORANG YANG BERDUSTA .( AT-TAUBAH :42)
Dalam mengemudi diri dalam berdakwah, pelbagai mehnah dan tribulasi akan ditempuh. semestinya cabaran hawa nafsu merupakan musuh yang utama perlu ditempuh. daripada ayat tersebut, berjuanglah dan berdakwah ketika susah dan senang, ringan atau berat, berjuanglah dengan harta benda, ilmu dan pelbagai kemudahan dan kelebihan yang kita ada kerana semua adalah datangnya daripada Allah.
Diri manusia diperingatkan bahawa dalam perjuangan ada cabarannya. ada yang susah dan ada yang senang. dikala senang, kita mampu mengatakan " ya " namun dikala ia susah dan berat untuk ditempuh, hati berat untuk menerimanya dan mengatakan akan pergi dengan hati yang tidak rela.. namun hakikat sebenar Allah tahu akan niat hambanya itu. oleh yang demikian, sama2 kita betulkan niat, sucikan diri, sesungguh ganjaran yang diterima bukan kesenangan dunia semata-mata namun kebahagian hakiki di akhirat adalah segala-galanya.
AYAT2 ALLAH SENTIASA MENGINGATKAN KITA DENGAN KEJAYAAN DI AKHIRAT KERANA DUNIA INI ADALAH LADANG UNTUK KITA MEMPEROLEH BUTIRAN PAHALA UNTUK DIBAWA MASA HARI PERHITUNGAN
ADAKAH DIRI INI MAMPU? MUHASABAH DIRI ITU PERLU
YA ALLAH, TEGUHKAN HATI INI .. MOGA2 DIRI SENTIASA DIPERINGATKAN.. SELAMAT BERJUANG SAHABAT. PERJUANGAN YANG HAKIKI MASIH DALAM PERJALANAN YANG BELUM LAGI HABIS.. BETULKAN NIAT, TEGUHKAN IMAN
BERSAMA-SAMA SINERGI DIRI
SALAM MUHASABAH
IBN KHALID
masyaallah..hebat akhi..dakwah ni perlukan kita..kalau x takkan bergerak..mg sentiasa istiqamah..kita adalah "agent of change" dalam permainn ni..sayang nta fiillah=>
insyaAllah ,
sahabatku...
pertama kali ada orang sebut sayang selain keluarga.. syukran.. :)
" bergerak seiringan, memimpin perubahan"