Archive for April 2010

Ketika itu,

Aku lupa,

Aku leka dengan duniaku,

Berfoya-foya,

Bermain-main dengan waktu,

Bergelak ketawa dengan gembiranya,

Tanpa menghiraukan masa yang berlalu.

Ketika itu,

Sekali lagi aku lupa,

Aku lalai dengan dunia,

Sehingga kawan-kawanku juga terleka,

Bermain-main dengan masa,

Bersama bergelak ketawa,

Tanpa mengingatiNya.

Ketika itu,

Aku tidar sedar,

Betapa aku telah menempah tiket ke neraka,

Untukku dan kawanku,

Untuk ibubapaku dan ibubapa mereka,

Untuk ummat Rasulullah umumnya.

Dalam keadaan terleka itu,

Aku menghadapkan wajahku padaNya,

Dalam solat itu,

Dia hadir penuh kasih sayang,

Dia hadir penuh kecintaan,

Dia hadir penuh kerinduan,

Aku jadi malu,

Malu denganNya,

Apa yang sudah aku lakukan?

Bekalan apa yang telah aku sediakan?

Tapi Dia tetap sama,

Melihatku dengan penuh kasih sayang,

Mendamaikanku dengan penuh kecintaan,

Menjelaskan lagi maksud kerinduan,

AntaraNya dengan aku,

hambaNya,

Hamba yang sentiasa diselaputi dengan dosa-dosa,

Hamba yang sentiasa lupa kepadaNya,

Hamba yang hina lagi dina.

Dalam solat itu,

Perasaanku bergetar lagi,

Mengingatkan akan balasanNya,

Akan setimpal dengan apa yang telah aku lakukan,

Di kala itu,

Air mata itu menjadi saksi,

Betapa aku butuhkan keampunanNya,

Betapa aku inginkan keredhaanNya,

Betapa aku mahukan cintaNya.

Dalam solat itu,

Dia mendamaikanku dengan janji-janjiNya,

Dia menyakinkanku masih ada waktu,

Dia mengingatkanku Dia Maha Pengampun,

Aku tersentak,

Aku tersedar,

Betapa baiknya Dia,

Betapa hebatnya Dia,

Betapa tinggi cintaNya,

Kepada hamba-hamba yang datang kepadaNya,

Kepada hamba yang mencari kecintaanNya.

Saksi cinta itu terus mengalir deras,

Allah,

Aku malu padaMu,

Malu untuk mengucap cinta,

Malu untuk mangaku hambaMu,

Malu bila teringat kejahatan itu,

Tetapi Engkau Ya Allah,

Masih lagi dengan pemberian nikmatMu,

Masih lagi pemurah dengan hamba sepertiku,

Allah,

Dalam solat itu,

Aku datang mencari keampunan,

Untukku terus mencari cintaMu,

Tapi layakkah aku,

Layakkah aku,

Bermimpikan syurgaMu?

Layakkah aku,

BertemuMu dan RasulMu?

Layakkah aku,

Mengatakan cinta kepadaMu?

Dalam solat itu,

jawapanMu tetap sama,

jawapanMu mendamaikanku,

selagi aku hambaMu datang kepadaMu,

Kau tetap dengan cintaMu yang setia,

Kau tetap dengan kasih sayangMu yang hebat,

Kau tetap dengan rinduMu kepadaku,

Allah,

Izinkan aku mencintaiMu,

Izinkan aku mengucapkan kata rindu,

Walau ku tahu ku tak layak untuk itu,

Tapi Kau lebih berhak untuk memutuskan untukku,

Yang pasti,

JawapanMu tetap sama,

JawapanMu menyenangkanku,

JawapanMu cintaMu,

Terima kasih ya Allah,

Tiada bandingan dengan nikmatMu,

Tiada kata yang sesuai untuk diucapkan,

Betapa nikmat cintaMu,

Dalam solatku itu...

Allah cintaku.

~keranaMu cintaku, ku hadiahkan puisi ini untuk mereka yang mencari cintaMu,

untuk sama-sama merasa betapa hebat cintaMu. T_T

dari,


~sang Helang Putih~


CINTAKAN DUNIA , KITA MENDAPAT DUNIA

CINTAKAN AKHIRAT KITA DAPAT DUNIA DAN AKHIRAT

BERJUANG KEARAHNYA

TEWASKAN NAFSU

MANTAPKAN ILMU

MUHASABAH DIRIMU

AGAR MENJADI DIRI YANG JITU

UNTUK MENDAPAT CINTA YANG SATU


IBN KHALID



Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab bajak, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. Ingatlah wahai saudara seakidahku..

Bagaimana kita merasai panjangnya malam hari,
pasti esok fajar akan meniti..
Begitulah juga bagaimana kita merasai panjangnya umur manusia,
pasti nanti kematian akan menjemputnya. .

"Perkara yang paling aku menyesal ialah apabila matahari terbenam usiaku bertambah,tetapi amalanku tidak bertambah"-ibnu mas'ud-

SELAMAT MENEMPUH HARI-HARI YANG MENDATANG.
CUTI SUDAH MENJELMA NAMUN HAKIKAT SEBENAR,
ERTI CUTI ADALAH MASA UNTUK KITA TAMBAHKAN ILMU
DAN TINGKATKAN MOTIVASI DIRI.
REHATKAN BADAN SERTA TAJAMKAN MINDA.
TIMBA PENGALAMAN SERTA ERATKAN IKATAN KEKELUARGAAN DAN PERSAHABATAN. PERSEDIAAN DIRI ITU PERLU BAGI MENEMPUH
CABARAN UNTUK MASA HARI AKAN DATANG.


PERSOALAN DARI IMAM GHAZALI MEMBERI INPUT KEPADA DIRI MANUSIA BAHAWA NAFSU ADALAH PERKARA PALING BESAR DAN MENCABAR UNTUK DITUNDUKKAN DAN DIKAWAL. MASA BERLALU DENGAN PANTAS , SEHINGGAKAN PERKARA YANG PALING DEKAT IALAH KEMATIAN SELALU DILUPAKAN . INGATLAH DIRI INI BAHAWA CINTAKAN DUNIA DAN TAKUTKAN MATI ADALAH UNGKAPAN YANG PERLU DIFIKIR SERTA DITOLAK KERNA KITA PERLU BERPADA-PADA DENGAN DUNIA DAN SENTIASA BERSEDIA DENGAN KEMATIAN . AMANAH ADALAH TANGGUNGJAWAB YG BESAR UNTUK SELURUH UMMAT , KATA2 PERLU DIJAGA DAN MASA YANG LALU PERLU SENTIASA DIHARGAI.. OLEH ITU, MUHASABAH DIRI ITU PERLU..

SALAM MUHASABAH SELAMAT MENEMPUH SEMESTER BARU DAN MENGHADAPI CUTI SEMESTER

IBN KHALID



Sesungguhnya amat bermakna jika kita dihadiahkan seorang sahabat yang sama-sama dapat membantu, menolng kita untuk melaksanakan tuntutan agama. Kebaikan dirinya kita tumpangi, kesalahan kita diteguri dan sama-sama menyebarkan kebenaran. Jadilah sahabat yang setia menanggung susah demi sahabatnya yang lain, jangan menyusahkan mereka. Itulah sebaik-baiknya.

Dari Abdullah bin Umar r.a Rasulullah s.a.w bersabda,:”Orang Islam itu saudara orang Islam, ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Sesiapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan meno
long keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari akhirat kelak. Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari akhirat




1. Coast of Saudi Arabia (Red Sea)

waves1 10  awesome pictures of waves

Coast of Saudi Arabia

#2. Maldives (Indian Ocean)

waves2 10  awesome pictures of waves

Maldives

#3. Portugal (Atlantic Ocean)

waves3 10  awesome pictures of waves

Portugal

#4. Hawaii (Pacific Ocean)

waves4 10  awesome pictures of waves

Hawaii

#5. Italy (Mediterranean Sea)

waves5 10  awesome pictures of waves

Italy

#6. Rhodes, Greece (Mediterranean Sea)

waves6 10  awesome pictures of waves

Rhodes, Greece

#7. Bora Bora (Pacific Ocean)

waves7 10  awesome pictures of waves

Bora Bora

#8. Dominican Republic (Atlantic Ocean)

waves8 10  awesome pictures of waves

Dominican Republic

#9. Acapulco, Mexico (Pacific Ocean)

waves9 10  awesome pictures of waves

Acapulco, Mexico

#10. Vancouver, Canada (Pacific Ocean)

waves10  10 awesome pictures of waves

Vancouver, Canada

ASSALAMULAIKUM W.B.T

Ya allah , maafkan diri ini , insan yang melakukan banyak kesilapan dan dosa.. diri ini perlu berubah , perlu wujudkan SINERGI .. untuk mendapat kejayaan yang hakiki.. salam perjuangan buat sahabat2 yang dirahmati ilahi, lama sungguh tidak mengupdate blog ini .. alasan unt
uk menghadapi ujian kecil , namun diri telah sedar.. pabila terbaca pesanan dari seorang sahabat kepada pendakwah..

"KITA ADALAH MUSLIM, KITA ADALAH PENDAKWAH, JADIKAN IA SUMBER KEHIDUPAN , MOGA2 MENDAPAT KEMANISANNYA"


PESANAN KEPADA DIRI DAN SAHABAT :

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.


Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak. Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.Berbahagialah seadanya.


Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?

Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

-dipetik dari blog syeikhut tarbiyah muntalaq.wordpress.com


PABILA MEMBACA ARTIKEL INI MELALUI BLOG USTAZ FARIDUL,SEORANG ENGINEER , DIRI MULA TERASA, ADAKAH AKU TERLALU MANJA, MULA TERINGATKAN PETIKAN SURAH ATTAUBAH.. AYAT 41 DAN 42..

MAKSUDNYA:

BERANGKATLAH KAMU BAIK DENGAN RASA RINGAN MAHUPUN DENGAN RASA BERAT, DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA DAN JIWAMU DIJALAN ALLAH. YANG DEMIKIAN ITU LEBIH BAIK JIKA KAMU MENGETAHUI. ( AT-TAUBAH: 41)

SEKIRANYA ( YANG KAMU SERUKAN KEPADA MEREKA) ADA KEUNTUNGAN YANG MUDAH DIPEROLEH DAN PERJALANAN YANG TIDAK SEBERAPA JAUH , NISCAYA MEREKA MENGIKUTIMU, TETAPI TEMPAT YANG DITUJU TERASA SANGAT JAUH BAGI MEREKA. MEREKA AKAN BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH " JIKALAU KAMI SANGGUP NISCAYA KAMI BERANGKAT BERSAMAMU". MEREKA MEMBINASAKAN DIRI MEREKA SENDIRI DAN ALLAH MENGETAHUI MEREKA BENAR-BENAR ORANG-ORANG YANG BERDUSTA .( AT-TAUBAH :42)

Dalam mengemudi diri dalam berdakwah, pelbagai mehnah dan tribulasi akan ditempuh. semestinya cabaran hawa nafsu merupakan musuh yang utama perlu ditempuh. daripada ayat tersebut, berjuanglah dan berdakwah ketika susah dan senang, ringan atau berat, berjuanglah dengan harta benda, ilmu dan pelbagai kemudahan dan kelebihan yang kita ada kerana semua adalah datangnya daripada Allah.

Diri manusia diperingatkan bahawa dalam perjuangan ada cabarannya. ada yang susah dan ada yang senang. dikala senang, kita mampu mengatakan " ya " namun dikala ia susah dan berat untuk ditempuh, hati berat untuk menerimanya dan mengatakan akan pergi dengan hati yang tidak rela.. namun hakikat sebenar Allah tahu akan niat hambanya itu. oleh yang demikian, sama2 kita betulkan niat, sucikan diri, sesungguh ganjaran yang diterima bukan kesenangan dunia semata-mata namun kebahagian hakiki di akhirat adalah segala-galanya.

AYAT2 ALLAH SENTIASA MENGINGATKAN KITA DENGAN KEJAYAAN DI AKHIRAT KERANA DUNIA INI ADALAH LADANG UNTUK KITA MEMPEROLEH BUTIRAN PAHALA UNTUK DIBAWA MASA HARI PERHITUNGAN

ADAKAH DIRI INI MAMPU? MUHASABAH DIRI ITU PERLU


YA ALLAH, TEGUHKAN HATI INI .. MOGA2 DIRI SENTIASA DIPERINGATKAN.. SELAMAT BERJUANG SAHABAT. PERJUANGAN YANG HAKIKI MASIH DALAM PERJALANAN YANG BELUM LAGI HABIS.. BETULKAN NIAT, TEGUHKAN IMAN

BERSAMA-SAMA SINERGI DIRI

SALAM MUHASABAH

IBN KHALID


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA

1)Wahai kawanku,
Segeralah tunaikan solat di awal waktu
Dikala mendengar azan
Usahakanlah semampu terdaya.

Ini membuktikan kesungguhan anda.
Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan
Di situ ada sumber taufiq
Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran....
dimulakan dengan menyebut solat di awalnya

Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat...
Juga di medan perang. Walaupun...

Di saat genting dan cemas.


2)Wahai kawanku,
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya
Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit
Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan
Sesungguhnya al-Quran adalah
sumber asli lautan ilmu
Sumber hidayah kepada anda dan saya
Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat.
Sentiasalah membaca, menghafal dan...
Cuba hayati mesej arahannya.
Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!!
Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian
Di sini ada kesalaman
Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku,
Dorongkanlah diri untuk menguasai
Bahasa al-Quran
Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan
Sebenarnya anda telah lama bermula
Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak faham.
Antara mala petaka pertama menimpa umat kita...
Ialah kecuaian menguasai
bahasa agamanya.
Juga mengutamakan bahasa pasar,
Ayuh !!! Apa tunggu lagi??????
Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku,
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!!
Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan
Awasilah pertengkaran
Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?
Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah
dalam ketawa !!!
Rasulullah s.a.w adalah
yang paling banyak senyum
Beliau ketawa kena pada tempatnya
Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan !
Plato juga berharap agar pementasan hiburan...
Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh
Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi
Dan orang upahan asing!
Begitu juga Aristotle berpendapat
Supaya golongan belia ditegah daripada
menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa
berlebih-lebihan. supaya tidak menular.
Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan
Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!!
Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan
Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan pada jiwamu
Yang sibuk dengan berfikir
Ubati dengan bergurau
Tapi,
Kalau mengubatinya dengan bergurau
Mestilah dalam batas
Seperti kau masukkan garam
ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku,
Kawallah nada suaramu
Setakat yang diperlukan
oleh pendengar di depanmu
Janganlah jadi seperti orang bodoh.
Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!
Luqman Al-Hakim juga
mencela orang yang tidak pandai
menjaga nada suara pada tempatnya.
Itulah katanya suara keldai!!!
Surah al-Isra' memberi tip kepada kita...
Jangan keraskan suaramu dalam solat
Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku,
Usahlah umpat-mengumpat
Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan
Ayuh!!! Hindarilah.. .mengumpat!
Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!!
Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan
daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!!
Begitulah dosa orang yang mengumpat.
Bertaubatlah jika anda mengumpat
Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!!
Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku,
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta
berbuat demikian!!!
Salam kasih sayang adalah untuk semua
Salam kemesraan adalah untuk sejagat.
Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan.. .!
Lihatlah pensyariatan ibadah haji.
Pelbagai bangsa datang berkunjung!! !
Pelbagai lapisan datang berkunjung!! !
Pelbagai darjat datang berkunjung!! !
Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku,
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan
Tolonglah orang lain
supaya manfaatkan masa.
Hadkanlah masa penunaiannya.
Biasakan hidup berjadual di hadapan.
Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda!
Bersegeralah, kerana...
Sabda Nabi s.a.w bermaksud :
"Bertindak segeralah melakukan amal..."
(Diulang 7 kali..)
Sayanglah masa saudaramu!!!
Hormatilah waktu mereka!!!
Usahlah berbicara meleret-leret. ..
Tanpa haluan dan noktahnya.

BACALAH-RENUNGILAH- KEMUDIAN AMALKANLAH

SELAMAT MENGHADAPI UJIAN KECIL DIDUNIA IAITU FINAL EXAM
BE SMART , BE HARD
ALLAH KNOW

SALAM UKHWAH
IBNU KHALID
AL-AMIN

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,