Archive for March 2010

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

SEIFINITI KESYUKURAN KEHADRAT ILAHI KERNA KITA MASIH BERADA DIBUMI CIPTAANNYA YANG UNIK UNTUK MENGUTIP SEBERAPA BUTIRAN PAHALA SEBAGAI PAHALA UNTUK MASA AKAN DATANG.. ALHAMDULLILLAH, SETELAH LAMA DIRI TIDAK AKTIF MENGUPDATE BLOG ..

AKHIRNYA DIBERIKAN KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MELAKAR BEBERAPA PESANAN DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT2 YANG LAIN

"salam..sila sahkan penginapan kolej dlm web www.ukm.my/upp sebelum anda tidur pada hari ini walaupun tarikh tutup lambat lagi..tolong pesan pada kawan2 sekali,dua kali,tiga kali dan byk kali..k,tq"

PESANAN DARI SAHABAT YANG DIKASIHI AMMAR UNTUK INFORMASI SAHABAT SEMUA.. TARIKH TUTUPNYA 6 APRIL 2010.

YANG KEDUA ADALAH PENDAFTARAN SEMESTER AKAN DATANG.. SEBELUM SAHABAT PERLU MENGISI BORANG PENILIAIAN PEMBELAJARAN ..

SELAMAT BERSEDIA MENGHADAPI UJIAN KECIL DIDUNIA IAITU FINAL EXAM .. MOGA2 KITA DIBERIKAN KEMUDAHAN DAN MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH

SALAM UKHWAH



Antara tips yang boleh diamalkan:

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Selain itu kita juga akan diangkat darjat dan dicintai Allah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:

“Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Maka Baginda saw pun bersabda: Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya) (Hadis riwayat Muslim)”


Firman Allah:

”…Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang bersih (Al-baqarah : 222)”


2) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa bersama rakan pergi beriadah. Ikatan persahabatan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Islam menganjurkan kita mempelajari berenang, melimpar panah, menunggang kuda dan sebagainya. Al Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengelilingi para sahabatnya dalam kumpulan-kumpulan melimpar panah seraya mengalakkan mereka katanya `Limparlah kamu dan aku juga akan menyertai kamu sekalian’

Rasulullah bersabda `Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat dari orang Mu’min yang lemah’

Pepatah Arab yang berbunyi “Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat”

3) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

Hazrat Abu Sa’id r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Allah Taala berfirman, “Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiku dan berdoa kepadaku kerana sibuk dengan al-quran maka aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaku. Ketinggian perkataan Allah Taala ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah Taala ke atas segala makhluk (ciptaanNya) .” (Hadis riwayat Tirmizi, Darimi, dan Baihaqi)

"Sesungguhnya al-Quran ini adalah tali Allah yang kukuh, ia cahaya Allah yang menyinar, ia pengubat yang mujarab, selamat sesiapa yang berpegang dengannya dan berjaya sesiapa yang mengikutinya (berittiba' dengannya)".

4) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

Fakta Sains menyatakan:

“Tekanan dapat mengurangi vitamin B dari tubuh dan mengurangi penyerapan nutrisi vital. Menjadi penting untuk memastikan makanan memiliki diet yang seimbang. Sikap dalam satu pengalaman atau bagaimana merespon terhadap peristiwa stress tergantung daripada seberapa banyak diet makanan seperti halnya pada kecakapan induvidu. Memakan makanan yang betul dan menjaga diet seimbang dapat menolong mengurangi stress dan mendorong lebih banyak tenaga. Cuba untuk membuat waktu makan menjadi tenang dan santai. Makan dalam perjalanan biasanya membuatkan pemilihan makanan yang buruk dan suatu persekitaran penuh kesibukan yang hanya akan menyumbang terjadinya tekanan yang lebih besar.”

5) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

"Dan pada sebahagian malam dirikanlah solat sebagai solat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu akan meletakkan engkau di suatu tempat yang terpuji." (Surah al-Israk : 79)

6) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

Petikan kata-kata motivasi Dr Fadzilah Kamsah:

Yakin diri bermaksud kita ada kawalan penuh terhadap semua yang kita cakap dan semua yang kita buat. Untuk membina sikap yakin diri, terlebih dahulu Anda kena berlatih mengawal perbuatan Anda dan mengawal percakapan Anda. Fikir dulu sebelum buat, fikir dulu sebelum cakap. Masalah tidak yakin diri akan mula timbul bila Anda bercakap tergagap-gagap, teragak-agak, cakap main lepas dan Anda dikawal oleh emosi. Anda akan mula mendapat kawalan penuh pada percakapan dan perbuatan apabila Anda selalu bertenang. Elak untuk membiasakan diri mempamer air muka yang tegang, yang stress, yang ‘blur’ atau yang bingung. Itu petanda emosi menguasai Anda, bukan Anda yang menguasai emosi. Biar kita nampak cool dan tenang-tenang saja, barulah keyakinan diri kita ada pastu kekal lama pula. Ketenangan ambil sedikit masa untuk dikuasai, namun ia boleh dikuasai melalu latihan berterusan juga lakonan berterusan. Lakonan cemana? Berlakon menjadi orang yang tenang saja, tenang setenang-tenangnya. Jika sebelum ni Anda orang yang tak yakin, bahkan tidak ada keyakinan, lakukan latihan ketenangan diri. Pejamkan mata untuk seketika, bernafas perlahan-lahan dan diamkan diri seketika. Amalkan setiap hari, supaya Anda merasa tenang selalu, lantas membangkitkan sikap yakin diri.

Orang yang kita nampak konfiden, biasanya tenang-tenang saja. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.

Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

7) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang kemahuan tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

Dan Tuhanmu telah berfirman, Berdoalah kepada Ku, Aku akan perkenankan untukmu. (Surah al-Mukmin: 60)

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (katakanlah) bahawasanya Aku ini sangat dekat, Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu (Surah al-Baqarah: 186)

8) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu dalam situasi memahami dan menyintai orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang terbaik. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Senyuman itu umpama pemakai wangian yang bukan hanya si pemakainya sahaja yang harum, namun keharuman itu turut dirasai orang sekitarnya.

Kepentingan cinta kepada diri sendiri mendorong seseorang untuk menjaga dan menghargai diri sendiri, mengambil berat terhadap kesihatan dan mengambil berat terhadap kesejahteraan jasmani dan rohani.

Cinta jasmani mendorong seseorang sentiasa menjaga diri, menjaga kebersihan, mengambil pemakanan secara seimbang, mengambil berat terhadap keperluan pemakanan halal dan baik, merawat ketika sakit dan sentiasa berikhtiar untuk mencari ubat apabila menghidap penyakit.

Cinta rohani membangkitkan rasa yakin dan ingin mendekati Al-Khaliq yang mana segala apa sesuatu di bawah kendalian-Nya.

Rasulullah bersabda dengan bermaksud: “Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka” – Mutafakun alaih.

9) Mengadu hanya kepada Allah

Mungkin tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati kadangkala boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain, hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Bagaimanapun langkah terbaik sebagai Muslim ialah bersabar dan mengharap Allah semata-mata.

Firman Allah swt

“Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan” (Al-imran:134)

“Orang2 yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati itu akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d:28)

Nabi SAW bersabda bermaksud :

“sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari” (hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

“tidak ada seseorang hamba menahan marah kerana Allah SWT melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan” (hadith riwayat Abu Daud)

10) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Yakinlah yang ianya adalah kesilapan dari kita sendiri. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah lagi (bakhil kedekut); apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan pabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut." (Al-Maarij:19- 21)

“Allah berfirman: Aku sentiasa bersama apa yang disangkakan oleh hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia berzikir dalam dirinya Aku akan mengingatinya seperti itu juga. Jika dia berzikir di khalayak ramai, Aku akan mengingatinya di khalayak yang lebih baik dari itu. Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari-lari anak.” (Al-Bukhari)

“Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu

Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu

Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun

kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya”

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

MENDAPAT BERITA DARI FAKULTI ,
PENDAFTARAN KURSUS SEMS 3 DAH DIBUKA..
PERHATIAN KEPADA MAHASISWA TAHUN 3 YANG MENGAMBIL
LATIHAN INDUSTRI ..
SAHABAT SUDAH BOLE MENDAFTAR KURSUS TERSEBUT
DI SMPWEB DARI 15 -19 MAC 2010 ..

SALAM INFORMASI

AMIN



TEMAN...

AKU INGIN KITA SEPERTI ABU BAKAR AS-SIDDIQ
PERSAHABTAN DIJALIN KERANA AL-KHALIQ
HARTA DIKORBAN BUKAN SEDIKIT
CINTAKAN KEBENARAN, SANGGUP BERSAKIT

SERTA TAWAKKAL IBRAHIM MULIA
KETIKA MENINGGALKAN INSAN TERCINTA
DI BUMI TANDUS TANPA BICARA
MEYAKINI ALLAH SEBAGI PENJAGA

AKU IMPIKAN DIANTARA KITA SEORANG UMAR
BERDIRI TATKALA DIAMNYA MEREKA
MENGGERUNKAN MUSUH DURJANA

SERTA SENYUMAN SYED QUTB
KETIKA BERHADAPAN DENGAN TALI MAUT
AKIDAH MANTAP TIDAK TERENGGUT
ROH DAKWAHNYA TIDAK SURUT

AKU INGIN KITA SETEGUH IBNU ZUBBAIR
MENAHAN PANAHAN HAJJAJ DENGAN RELA
BERSAMA SI IBU TUA
LANTAS SYAHID, ROHNYA KE SYURGA

MARILAH KITA MENYEMAI SEMANGAT HASSAN AL-BANNA
FIKRAHNYA JERNIH, MENGGEGAR DUNIA
MERELAKAN TUBUHNYA DIMAMAH PELURU
DEMI MENEGAKKAN KALAM ALLAH DAN RASUL

AKU CINTAKAN PEMUDA GIFFARI
MENENTANG KEZALIMAN WALAUPUN DIANCAM
MOGAKAN LAHIR DI ABAD INI
JIWA JITU PEMUDA YANG TAK PERNAH SURAM

AKU INGIN KITA SEPEMAAF YUSUF
TETAP MENCINTAI SAUDARANYA
WALAUPUN DIHUMBAN KE PERIGI TUA
TERPISAH DARI AYAHANDA BERTAHUN LAMANYA

AKU INGIN PUSARA KITA HARUM MEWANGI
BAGAI HARUMNYA PUSARA MASYITAH
SEMERBAK WANGIAN KASTURI

AKU MAHU PERSAHABATAN INDAH INI
BISA MENJADI SYAFAAT
DI MAHKAMAH MAHSYAR NANTI



Dr.Fadhilah Kamsah menulis ....

Assalammualaikum. ....... Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat
suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan
...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk
saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah
everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat
macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan
....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan
anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk
habiskan...

kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang
lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak
nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab
itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah
tok perempuan kami lah sebelah abah ....mak kata,supaya hati anak-anak
sentiasa melekat kat mak bapak....dan saya sendiri akui kesannya
......makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak
bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam
membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun
kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...

jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya
..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami
semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan
selamat balik ....

dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak
menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut
rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan
anak-anak tiap kali waktu maghrib .... kalau ada lebih dari sorang
anak,suruh sorang azan dan sorang iqamah ... kemudian berganti-ganti
bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai
sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah
maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling
paling berkesan sekali ...tak caya try buat ...solat jamaah dengan
anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat
besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. .dan jugak kesan solat
jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk
mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke
penghujungnya, terlalu!

So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last
sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on
shall pass on his words to others,and those to others again; and may
the last ones understand his words better than those who listen to him
directly....

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses.
Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima
Kasih


ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

SAHABAT2 PERLU MEMBUAT PERMOHONAN KOLEJ DI

http://smp.ukm.my/upp/


SEBELUM 8 MAC 2008 .


:: TERDIDIK KERNA SEBIJI TEMBIKAI ::


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.



BERPADA- PADA DALAM KEHIDUPAN ,QANAAH DALAM SETIAP URUSAN .

KITA SELALU MENGHARAPKAN YANG TERBAIK ,

ITULAH YANG REZEKI YANG DIKURNIAKAN ILAHI KEPADA HAMBANYA..

RESULT MIDSEM DAH KELUAR.

SELAMAT BERJUANG SAHABAT KU ..


SALAM UKHWAH

HAMBA YANG LEMAH DAN TIDAK TERDAYA

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,