Archive for May 2011

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM UKHWAH 



Syukur kehadrat ilahi kerna kita sebagai mahkluk ciptaannya masih diberikan peluang untuk hidup dan menikmati nikmat-nikmat dunia atas rahmat dan kasih sayang-NYa. Dunia yang terbentang luas, cerekawala yang tidak dipastikan penghujungnya, ilmu yang melimpah ruah masih belum diterokai, udara yang masih cukup kandungan oksigennya untuk manusia bernafas, air yang masih ada untuk manusia, pokok2, haiwan2 serta mahkluk lain gunakan bagi menjalankan tanggungjawab dan beraksi dipencak bumi ciptaan-Nya. Matlamatnya ialah mencari kebenaran dan bekalan untuk satu masa yang pasti dan kekal abadi iaitu alam akhirat. Namun, kita selalu alpa dan leka. Cinta dunia Takut Mati. kita dijadikan sebagai khalifah, abid ( ahli ibadah) dan hamba yang sentiasa bernaung atas kekuasaan yang maha hebat. 

" DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT" 

menjadi pemikir bukan lah sesuatu perkara yang mudah ia adalah kemahiran yang perlu digarap. jadi kita berusaha menjadi seorang pemikir. tokoh pemikir yang hebat seperti nabi muhammad s.a.w, sultan muhammad alfateh , saifudin qutuz, ibn khaldun dan ramai lagi sarjana islam. kecemerlangan umat islam dalam berfikir dicemburui serta tertegakkan kemegahan ilmu kota baghdad. 

beruntunglah umat islam kerna kita mempunyai gedung ilmu yang bernilai. itulah Alquran. Al-Quran merupakan sumber segala ilmu pengetahuan. Hal terbaik yang dapat diminta daripada kitab suci ini ialah dorongannya kepada manusia supaya berfikir. Di dalam al-Quran tidak terdapat suatu hukum yang bersifat melumpuhkan akal manusia untuk memikirkan kandungn maknanya dan tiada sesuatu perkara pun yang merintangi akal untuk mencari pelbagai ilmu yang bersifat luas. Maksudnya, al-Furqan tidak melarang mereka mencari ilmu dan berfikir, asalkan masih dalam ruang lingkup kebenaran seperti kata ungkapan ‘buat apa sahaja selagi benar’, bahkan al-Quran menggesa manusia berfikir dan mencari ilmu pengetahuan. 

Ia menjamin cara berfikir yang sihat dan pandangan yang benar terhadap tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang diciptakanNya sebagai saranan kepada manusia agar beriman kepadaNya. Berfikir adalah suatu perkara yang amat diperlukan bagi memahami semua bentuk peringatan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad): 
"Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu" (Surah Saba’: 46)



adakah kita mengkaji tentang isi dan ayat serta ibrah dalam alquran itu, tanya iman didada? adakah kita muslim masih ditakuk lama dan kadang2 untuk menyentuh naskah alquran pun jarang-jarang. umat sudah lupa tetapi kita masih ada. Ayuh!! sahabatku rancakkan dirimu dengan ilmu dan berfikir. 
kecemerlangan pemikiran islam telah membawa perubahan peradaban arab satu masa dulu sehingga menjadi bangsa yang hebat dan disegani. dari zaman rasullullah, zaman khalifah, umaiyah, abbasiyah sehingga uthmaniyah. semuanya berjaya kerana ramai umat yang bijak berfikir. namun adakah kita bijak berfikir, tanya iman yang masih ada? 

tamadun barat berubah dari era kegelapan ke era renaisscence hingga ke era imperalisme. bangsa jepun menjadi maju 10 tahun kedepan dari negara lain iaitu negara kita, bangsa jerman menjadi sebuah angkatan tentera yang hebat dibawah pemerintahan adolf hitler. semuanya iktibar daripada menjadi PEMIKIR yang BIJAK. 

ainon abdullah dalam bukunya belajar berfikir ada mengatakan bijak berfikir adalah satu kemahiran yang sangat diperlukan dalam kehidupan. tidak semestinya insan yang petah bercakap seperti burung murai yang  galak bernyanyi , insan yang mempunyai IQ atau kepandaian yang tinggi seperti komputer yang mempunyai kuasa Quad Core, Mereka juga adalah seorang yang BIJAK BERFIKIR. jadi berfikir ini perlu belajar dan diamalkan. 

edward de bono ada mengatakan pelbagai jenis pemikiran dan antaranya ialah pemikiran lateral, alat-alat untuk berfikir dan topi pemikiran. yup!! ia satu perkara yang seronok untuk dibaca dan dipelajari. apa kita tunggu lagi?

"Alangkah baiknya tidak ramai manusia yang berfikir" 
adolf hitler

napoleon hill juga ada mengatakan : 

" lebih banyak intan permata yang dikorek daripada pemikiran manusia berbanding mana-mana lombong di dunia" 

jadi menjadi pemikir yang bijak adalah solusi kepada kecemerlangan diri dan ummah. john C. maxwell dalam bukunya HOW SUCCESFULL PEOPLE THINK ada menyatakan formula yang hebat dan ringkas: 

"IDEA yang BETUL dengan ORANG yang BETUL dalam PERSEKITARAN  yang  BETUL pada MASA yang BETUL kerana NIAT yang BETUL = HASIL yang BETUL. 

semarakkan diri dengan perubahan dan jadi lah seorang pemikir islam untuk diri , keluarga, masyarakat serta ummah. 

" if you want to be the BEST, you must be the BEST in area that you are not EXPERT" 
ibn khalid 

" REVOLUSI JIWA PENCETUS PEMIKIR BIJAK"

IBN KHALID 1045:KL 

assalamualikum w.b.t dan salam ukhwah 

seifiniti kesyukuran ke hadrat ilahi yang masih memberikan peluang dan ruang untuk hambanya menjalani universiti kehidupan di dunia ini. alhamdulillah, diri diuji dengan nikmat lapang dan rehat setelah berlalu zaman menuntut ilmu di UKM. jika dikira dengan jari, lama juga kita menelusuri kehidupan sebagai pelajar dan mahasiswa. dr tadika selama 1 tahun, sekolah rendah 6 tahun, sekolah menengah 5 tahun, matrik 1 tahun dan UKM 4 tahun. totalnya ialah 17 tahun. itu belum ditambah dengan sekolah agama, dr kafa 1 dan 2, tahun 1 hingga 6 dan sekolah khas agama 1 tahun . maka totalnya ialah 9 tahun. jika dicongak sudah tentu kita telah menjadi matang dan berjaya menjadi seorang manusia yang sudah memahami agama dan kehidupan ini.

hakikat sebenar untuk diriku dan semua insan iaitu belajar itu tiada penghujungnya kerna setiap yang berlaku didunia ini adalah pelajaran yang telah ditetapkan oleh Allah kepada hambanya samada baik atau buruk, bahagia atau duka, gagal atau cemerlang. semua terbentang luas untuk hambanya berfikir dan berusaha menjadi ummat yang terbaik. kejayaan di dunia adalah sekelumit kebahagian yang diberikan oleh pencipta. kehidupan akhirat penentu perjalanan hidup seorang hamba yang singkat ini. [ DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT].



 Memasuki ke gerbang pekerjaan, menuntut kita untuk sentiasa bersedia dan merancang. kita tidak tahu apa cabaran yang menanti tetapi kita perlu bersedia. sambil bersedia menghadapi cabaran gerbang itu, satu lagi fenomena yang sering disebut2 dan diutarakan pabila masuk usia 20 tahun keatas. fenomena perkahwinan yang sering dianggap kritikal dan penting untuk golongan adam dan hawa fikirkan. ia nampak seperti mudah dan seronok. mencari cinta dan melakarnya dengan ijab kabul untuk membentuk keluarga sakinah yang diimpikan. Namun, pada pandangan diri ini, perkahwinan adalah satu perkara yang unik dan memerlukan ilmu yang pelbagai bagi menghadapinya. 
bnyak ucapan dan peringatan dari ilmuan dan pemberi ingatan, bercinta lah ikut landasan yg betul, jagalah perhubungan dari awal untuk bernikah , maka ia akan menghasilkan kematangan yang jitu dalam berumahtangga, contohilah rasullullah, sahabat, mujahid islam dalam hal berumah tangga, persediaan mental, fizikal, spiritual adalah perkara vital. oleh itu, paradigma diri berkenaan perkahwinan perlu dianjakkan dan dijadikan satu yang sistematik dan terancang. ini hanyalah fikiran hamba yang masih belajar. 

disini ada 2 ceritaria alkisah perkahwinan masa kini yang saya fikir ia relevan untuk difikirkan. 

cerita pertama 


Gerbang Perkahwinan : Kurniaan, Ibadah & Dakwah 

Allah Taala telah menjadikan perkahwinan di antara tanda-tanda kekuasaanNya.Menurut Syeikh Prof. Muhammad Ali al-Sabouni di dalam kitabnya az-Zawaaj al-Islami al-Mubakkir, Allah Taala menganugerahkan tiga kurniaan kepada hamba-hambaNya yang telah hidup berkeluarga (berkahwin) iaitu:

01.Pertama:
Isteri merupakan seorang manusia mulia yang Allah Taala ciptakan dari jenis yang sama dengan lelaki (suami). Oleh itu, kemuliaan suami itu menjadi sejajar dengan kemulian dan kemanusiaan isterinya juga.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).

Allah Taala juga menciptakan isteri dari jenis yang sama agar mereka saling kenal-mengenali dan berkasih-sayang sepertimana kata orang: Setiap jenis akan berkasih sayang dengan sesamanya juga.

Begitu juga dengan sebuah syair Arab yang indah ini:

Dalam asmara aku telah dikenakan baju indah bersulam cinta
Oleh seorang gadis yang amat jelita
Hingga purnama pun malu di hadapannya
Bila mata ini berbuat salah kerananya
Maka dengan airmata ia basuh semua dosa.

02.Kedua:
Ketenteraman dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh suami ketika berdampingan dengan isteri yang solehah. Ini akan membawa kepada ketenteraman dan ketenangan dalam kehidupan berumahtangga.

Firman Allah Taala bermaksud:Isteri-isteri supaya kamu merasa tenteram kepadanya. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).

Isteri yang menjadikan suami merasa tenteram dan suami juga menjadikan isteri merasa tenang menepati firman Allah Taala bermaksud:
Dialah yang menciptakan kalian dari diri yang satu dan darinya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya (Surah al-Araaf: Ayat 189).

03.Ketiga:
Dengan ikatan kasih sayang dan cinta maka Allah Taala mengikat hati suami dan isteri itu.

Firman Allah Taala bermaksud:Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Surah ar-Ruum: Ayat 21).

Tanpa adanya nikmat ini nescaya seseorang suami tidak akan merasa senang kepada isterinya.
Dengan kekuasaan-Nya maka tertanamlah perasaan cinta ini sehingga apa yang menyakiti akan disakiti bersama dan apa yang disenangi akan disenangi bersama.

Perkahwinan Itu Satu Ibadah
Secara umumnya kita telah mengetahui bahawa perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga adalah suatu ibadah serta salah satu cara mendekatkan diri kepada-Nya.Dengan perkahwinan, seseorang Islam itu akan mendapat ganjaran dan pahala daripada Allah Taala bilamana perkahwinan itu dilakukan dengan ikhlas dan bukan kerana nafsu semata-mata.Bahkan hubungan kelamin di antara suami isteri juga mendapat ganjarannya.

Sebuah hadis Rasulullah SAW bermaksud:
"Dan pada kemaluan seseorang dari kalian terdapat sedekah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwat (kepada isterinya) memperolehi pahala? Rasulullah SAW bertanya: Apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwatnya dengan cara yang haram (berzina) ia berdosa? Mereka menjawab: Betul. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Demikian juga jika ia menyalurkan pada tempat yang halal maka ia akan memperolehi pahala."(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad).

Halangan Dalam Melaksanakan Dakwah
Mungkin ada yang bertanya sendirian, mengapa saya memilih tajuk ini? Bukankah tajuk 'hebat' yang lain lebih banyak untuk dibicarakan?Saya memilih tajuk ini kerana saya teringat satu tulisan ulama yang pernah saya baca suatu ketika dahulu mengenai halangan-halangan utama untuk berdakwah.

Di antara halangan tersebut ialah suami/isteri serta keluarga.Asas dakwah sudah tentulah bermula dari institusi keluarga dengan suami dan isteri menjadi ketuanya.Jika mereka sendiri tidak sehaluan dan rapuh pegangannya, mana mungkin dakwah ini dapat dijalankan dengan jayanya di rumah, apatah lagi untuk masyarakat Islam yang lain.Oleh itu, suami atau isteri (serta bakal) perlu memahami perkara ini dengan sebaiknya agar usaha dakwah kita tidak terbantut di tengah jalan.

Kesimpulan ringkas dari tazkirah kali ini ialah:
1. Perkahwinan itu satu ibadah dan anugerah dariNya.
2. Percepatkan perkahwinan jika sudah bersedia.
3. Selain memilih pasangan hidup yang beragama, pasangan hidup yang memahami perjuangan kita juga perlu diutamakan.
4. Suami dan isteri perlu melayari bahtera rumahtangga dengan perasaan kasih sayang dan cinta.
5. Mendidik anak dengan agama adalah tanggungjawab ibubapa.

ceriteria 2 

  Jauhi Hutang Bila Nak Kahwin! 

Tadi bersembang dengan beberapa rakan, betapa mahalnya untuk mengadakan satu majlis perkahwinan pada zaman sekarang. Purata  'belanja hangus' buat kenduri sahaja perlu ada kira-kira RM20 000. Itu paling kurang.
Jika lelaki, belum termasuk belanja duit hantaran yang diminta pihak perempuan dan persediaan pindah ke rumah baru. Congak-congak, keseluruhan majlis & urusan kahwin boleh mencecah sehingga RM40 000 (ada yang jauh lebih tinggi). Seorang kawan perempuan mencelah, "patutla, ramai lelaki tidak berani nak komit kahwin..." (Ini kena tanya orang lelaki).
Sedihnya, kesan dari belanja kahwin yang semakin meningkat menyebabkan ramai pasangan muda berkahwin dengan membuat pinjaman peribadi. Walaupun, tiada statistik rasmi, saya percaya, anda kenal seorang atau dua kawan-kawan yang pernah membuat pinjaman peribadi (atau anda sendiri) bagi urusan perkahwinan. Mari kita cuba fahami mengapa pasangan (terutama lelaki) perlu meminjam untuk berkahwin...
  • Nilai hantaran yang diminta pihak perempuan tinggi antara RM10,000 ke RM30,000
  • Kos membuat sekurang-kurangnya satu majlis kahwin tinggi antara RM7500 ke RM12500 (anggaran RM25 per pax)
  • Urusan pindah rumah & deposit sewa semakin tinggi antara RM2000 ke RM6000
Katakanlah Mamat & Minat yang baru habis belajar di universiti mahu terus mengikat perkahwinan dan mereka mahu membuat majlis yang sederhana tetapi meriah. Minah yang baru Ijazah Kelas Pertama ingin membantu Mamat dengan hanya meletakkan hantaran bernilai RM5000 dengan membuat hanya satu majlis perkahwinan untuk mereka berdua. Dijangka 500 orang sanak saudara & kawan-kawan akan hadir. Kemudian, urusan pindah rumah dan membeli serba sedikit perabot mungkin sekitar RM2000. Bajet keseluruhan majlis dianggarkan RM19,500 (RM5000 + RM12500 + RM2000).
Saya dapat bayangkan si Mamat akan mula mencongak belanja kahwinnya RM19500. "Kat mana aku nak cari duit sebanyak itu? Aku pun belum kerja lagi...".
Selalunya, 2 perkara yang terlintas di benak si Mamat
  • "Aku boleh kerja dulu dan simpan setiap bulan. Kalau gaji aku RM2000, tiap-tiap bulan, aku simpan separuh. Dalam tempoh 20 bulan atau lagi 2 tahun, boleh la aku kahwin" atau...
  • "hish... aku dah sayang sangat pada si Minah, pinjam bank je la"
Keputusan ini sebenarnya, Mamat tidak perlu fikir seorang diri. Bincang dengan keluarga. Dan, berbincanglah dengan Minah. Kasih sayang dalam perkahwinan adalah kombinasi komunikasi, sakinah, mawardah dan warahmah. Mendapat keberkatan dalam sesebuah perkahwinan adalah jauh lebih penting dari mengadakan kenduri besar-besaran yang berlandaskan hutang.
Satu paradigma harus diubah di dalam masyarakat supaya tidak meletakkan 'piawaian saiz perkahwinan'. Besar kecil sesuatu majlis perkahwinan mestilah berdasarkan kemampuan. Jika bajet kecil, tidak perlu hidangkan nasi beriani, cukuplah sekadar hi-tea. Majlis perkahwinan adalah majlis resepsi untuk sanak saudara & kawan-kawan berkenalan mesra dengan temah hidup anda. Cadangan saya, anda dan pasangan boleh cuba untuk memikirkan kaedah kreatif yang tidak memerlukan banyak modal untuk satu majlis perkahinan.
Pasangan yang ingin berkahwin, sedarlah...
  • Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim, "kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)".
  • hantaran kahwin seharusnya adalah pemberian ikhlas pihak lelaki dan bukannya paksaan oleh pihak perempuan
  • janganlah mendekati hutang di awal perkahwinan
  • muafakat antara pasangan sebelum perkahwinan membawa keberkatan yang berterusan dalam perkahwinan
  • jangan gunakan alasan duit tiada untuk tidak berkahwin dan mengambil keputusan untuk terus membujang
  • belajar untuk jadi kreatif dalam menangani bajet yang kecil untuk melangsungkan perkahwinan.
Doa saya semoga anda dan pasangan dapat membina hidup bersama dengan tenang dan tanpa perlu pening memikirkan hutang keliling pinggang. Perkahwinan hanya permulaan kepada lebih banyak keputusan-keputusan penting dalam hidup.


kedua2 ceritaria adalah dr iluvislam



" BERSAMA MERUBAH PARADIGMA"
"BERCINTA HINGGA KE SYURGA " 

IBN KHALID 1101:SJ

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,