Archive for July 2010

ASSALAMUALIKUM W.B.T DAN SALAM UKHWAH

alhamdulillah , ucapan kesyukuran kepada khaliq iaitu pencipta yang telah membentangkan keluasan dunia untuk mahkluknya berlumba-lumba melakukan suruhannya dan menjauhi segala larangannya. seifiniti terima kasih kepada
pencipta kerna kita masih lagi diberikan ruang dan peluang hidup dimuka bumi Allah ini dengan pelbagai nikmat yang perlu disyukuri namun kebanyakkan makhluk sering lupa dan leka dengan pemberian dari ilahi.

rupa-rupanya, bumi ini adalah ladang untuk kita menuai seberapa banyak pahala agar kita mendapat ganjaran yang setimpal di hari pembalasan kelak.. alhamdulillah, untuk diri ini, masih hidup sejahtera dibawah lembayung dan kekuasaan ilahi yang maha berkuasa dan maha mengetahui yang telah mengatur kehidupan diri ini.


ahli farmasi : cita-citaku menjadi realiti

alkisah kehidupan diri ini disepanjang hidup bergelar manusia. setiap manusia mempuyai cita-cita. satu ketika semasa diri masih dibangku sekolah , guru pernah bertanya: apakah cita-cita kamu , amin semasa kamu telah dewasa nanti? diri terkesima kerna pertanyaan itu membuatkan diri berfikir. diri baru berumur 10 tahun , tidak tahu apa-apa , duduk diceruk kampung, kurang terdedah dengan input luar yang berguna telah menjawab dengan spontan : saya mahu menjadi pakar ubat cikgu . guruku bertanya lagi : kenapa kamu memilihnya dan apakah kamu tahu apakah sebenar pakar ubat yang kamu maksudkan? sekali lagi tersentak, diri terdiam, bermula monolog dalaman : kenapa aku cakap pakar ubat , ish!! parah ni .. aku tidak tahu pun apa yang aku cakap sebenarnya. aku mula berbicara : ooo, saya mahu menjadi pengkaji cikgu, saya mahu berbakti dengan masyarakat dan bantu ibubapa , jika mereka sakit , nanti saya bole tolong terus.. pakar ubat yang saya maksudkan orang yang bekerja bagi ubat dan yang kerja di kedai ubat tu.. aku mula teringat kenangan pertama kali pergi ke bandar dan terpandang kedai ubat dan dipapan tandanya ditulis farmasi . namun aku tidak mengerti apakah farmasi itu, almaklum masa tu kecik lagi , kurang mengerti .

sejak dari itu, aku sering tanamkan dalam diri ini untuk menjadi pakar ubat yang dimaksudkan. jejak kaki di bangku sekolah menengah. sekali lg , aku ditanya oleh guruku. apakah cita-cita kamu ? kali ni aku telah bersedia, aku semakin matang dengan kehidupan dan dengan sepontan aku menjawab : ahli farmasi , cikgu.. guruku mula bertanya lagi : kenapa kamu memilihnya? kali ni aku telah terdedah dengan subjek kimia dan biologi. mula berjinak dengan bahan kimia dan struktur kimia yang paling ideal iaitu benzene ring. seronok aku melukis struktur itu. ditambah lagi , aku gemar dengan subjek biologi. menambahkan keyakinanku.. aku menjawab : saya suka subjek kimia dan biology cikgu .. kena dengan diri saya. saya rasa saya orang science , cikgu. guruku bertanya lagi : tapi saya lihat kamu ada bakat jadi pensyarah agama. saya lihat kamu cemerlang subject bahasa arab dan cemerlang subjek agama yang lain . kamu pergi lah negara arab dalami ilmu agama. ajar kepada semua orang tentang agama. kali ni aku terdiam. mula bermonolog dalaman lagi. aduh!! kena jadi ustaz ni , kena pergi negara arab. bagus juga tu. negara arab dekat dengan negara israel. nanti bole aku cipta ubat yang akan memberikan sesuatu kepada orang israel tu... aku mula berbicara : bagus juga cadangan cikgu .. nanti saya fikirkannya.


aku menjalani kehidupan sebagai warga matrikulasi .. banyak perkara yang telah aku lalui. kali ni , aku mesti membuat keputusan. aku mula mengkaji diri. aku terdedah dengan lebih meluas ruang lingkup pekerjaan . kali ni , sahabatku yang bertanya kepadaku: amin, ape ko nak isi dalam borang IPU tu ? ko nak amik ape nanti? .. aku mula bermonolog dalaman lagi , aku mula terdedah dengan istilah doktor. tambahan kepada istilah farmasi yang aku dapat ketika aku dibangku sekolah. ish!! aku rasa tidak sesuai dengan aku , kerja doktor ni , dengar-dengar hari bergelumang dengan darah, aku ni gementar bila tengok darah , haemophobia katakan. tapi kerja doktor seronok juga. gaji besar , ada pangkat lagi.. bila syaitan mula menghasut tentang kehebatan dunia, aku mula memikirkan tentang keuntungan dunia semata-semata. aku menjawab : aku rasa aku nak isi doktor la , pastu farmasi .. macam seronok je. sahabatku terus menjeling : terbaik la , jom kita ambil doktor. ketika isi IPU, aku sekali lagi dilanda kegusaran , ish! nak amik apa ni , farmasi ke atau doktor. aku termenung seketika. aku tekad untuk pilih farmasi walaupun keputusan dibuat pada awalnya adalah doktor. aku tidak tahu mengapa. maka aku klik pilihan kedua adalah doktor.

akhirnya, aku mendapat tawaran bidang farmasi di UKM. gembira sungguh hati ku , dapat mengapai cita-cita sejak aku kecil lagi. 2 minggu selepas pendaftaran , tiba-tiba aku mendapat call dari pejabat UKM. aku ditawarkan untuk ambil bidang medic. caranya mudah, cuma perlu jumpa pengawai dan tukar kursus. aku sekali lagi dalam dilema. ini ujian untuk aku ke atau macamana. dulu masa matrik , aku kata aku nak jadi doktor tetapi sekarang aku dah dapat farmasi. aku mula berkira-kira. mula memilih . mula bersolat isthiharah. yup, rezeki aku di farmasi. ada kebahagian yang aku peroleh.. aku tekad untuk jadi ahli farmasi . kali ni , motto hidup sudah mula berubah. aku mahu jadi menjadi ahli farmasi yang cemerlang didunia dan akhirat. sampai sekarang , aku masih bergelar mahasiswa fakulti farmasi UKM. seronok hidup bersama sahabat yang lain .

maafkan diri ini , kerna bercerita panjang lebar tentang sejarah untuk aku mencapai cita-cita ini , pada awalkan aku tekad untuk mahu bercerita pada penghulu bidadariku sahaja, tetapi aku fikirkan ada hikmah yang terkandung dalam alkisah yang aku ceritakan. memang benar, sesuatu perkara yang kita impikan akan kita usaha kearahnya tetapi ada masa ia akan berubah dan beberapa keputusan perlu dibuat . semua bergantung kepada diri insani untuk memilih dan membuat keputusan . setiap keputusan itu akan memberi kesan yang mendalam dalam hidup kita. aku lakarkan cerita ini kerana ada sahabat dari matrikulasi bertanya tentang farmasi dan apakah cerita disebaliknya. yup, seperti dalam cerita yang dibentangkan , farmasi adalah berkenaan ubat-ubatan dan beberapa aspek lain berkenaan ubat yang akan dikendali oleh ahli farmasi .
semestinya, pada awal aku menjejakkan kaki menjadi mahasiswa fakulti farmasi, aku berfikir farmasi ini adalah orang yang bagi ubat kepada pesakit dan yang jual ubat dikedai farmasi sahaja . rupa-rupanya sangkaanku sangat cetek. banyak lagi tugas ahli farmasi sebenarnya. bermula daripada penemuan ubat- ubatan yang baru dari pelbagai sumber, proses menjadi ubat dalam bermacam bentuk ada yang bentuk tablet, cecair , kapsul dan hampir 40 lebih bentuk dan jenis ubat , pemberian ubat tersebut kepada pesakit dan seterusnya memberi kauseling kepada pesakit tentang ubat, yang paling penting, menjadi diri pesakit itu sihat dan terkawal penyakitnya, yup, kita adalah 'Drug Expert'. kita mengetahui banyak perkara tentang ubat.

ini hanya permulaan penceritaan diri ini berkenaan farmasi. ada banyak lagi yang belum aku sentuh. tetapi pada aku , farmasi ini unik - ia bukan sekadar berkisar tentang kimia dan biology malah fizik dan matematik terkandung dalamnya. aku minat matematik dan kimia , jadi ia memang kena dengan diriku .. seperti yang aku katakan dulu , aku adalah orang science.
farmasi - kimia , biology , fizik dan matematik .. keempat-empat elemen, sekiranya kamu berminatnya dengannya , peluang cerah untuk menjadi ahli farmasi yang terbilang kelak .

insyaAllah. ini baru permulaan ceritaku dan akan ada rentetan cerita yang lain untuk masa akan datang. ya Allah, berikan aku masa dan ruang untuk aku kongsikan pengalaman agar insan lain mendapat manfaatnya. maaf sekiranya cerita ini tidak memberikan manfaat kepada kalian. kerana aku tahu ,setiap insan ada cerita disebalik kehidupannya.



KEHIDUPAN INI ADALAH UJIAN UNTUK KITA RENUNGI

BELAJAR MEMBERI DARIPADA MENERIMA

IBN KHALID

Pejuang.

Hidupmu dengan cabaran memang kembar yang takkan mampu dipisahkan. Kamu dengan dugaan adalah satu yang takkan mampu dipecahkan.

Maka jangan kamu menangis hiba. Jangan kamu tunduk mencuka.

Memang manusia-manusia tidak akan memahami kamu. Bahkan mereka kan sentiasa membebankanmu.

Maka jangan kamu meminta kepada mereka.

Aku disisimu, hendak menceritakan sesuatu.

Syyyhh… jangan menangis.

Seka air matamu wahai pejuang.


Lumrah pejuang

Apakah kau tahu lumrah pejuang?

Tidak dapat tidak, dua perkara daripadanya tidak akan terpisah.

Cabaran dan pengorbanan.

Kau diminta untuk memahami, tanpa kau perlu difahami. Kau diminta memberi, tanpa kau perlu memberi. Kau menongkah cabaran itu dan ini, tetapi kau tetap perlu mengorbankan itu dan ini. Kau ke mana sahaja wahai pejuang, pergilah ke mana sekalipun, selagi kau berjuang dan menjadi pejuang, kau memang akan menghadapi cabaran, dan kau perlu berkorban.

Kau akan kepenatan, kau akan keletihan, kau akan rasa kelaparan dan kedahagaan. Lorong-lorong cabaran, dan pengorbanan-pengorbanan yang kau lakukan, menghasilkan satu tekanan yang besar walaupun di wajahmu terpampang senyuman.

…mereka ditimpa dengan kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan pelbagai cubaan)… Surah Al-Baqarah ayat 214.

Orang lain tak akan memahami. Dan tiada antara mereka yang mahu memahami.

Lumrah kau di atas jalan perjuangan ini.

Sampai satu tahap kau rasa sendiri. Timbul rasa benci. Tambah rasa sakit hati.

Betapa kau lihat manusia-manusia lain begitu jelek dengan perangai mereka.

Sungguh, mereka meminta kau memahami, tetapi kau langsung tidak difahami mereka.

Kau sedih? Kau rasa sudah mencium limitasi?

Ya, aku memahami. Inilah dia lumrah kau wahai pejuang.

Tetapi jangan fikir engkau terbuang.

Syyyh… jangan menangis. Seka air matamu.

Dia ada untukmu.

Dia

Manusia lain terbatas dalam mengenalimu. Mereka hanya satu beberapa juzu’ kehidupanmu dan berkata ini dan itu. Kau lakukanlah apa sahaja, mereka tetap tidak akan memahamimu. Ya, aku mengerti itu.

Tetapi Dia ini istimewa. Dia tahu segala. Dia faham kau serbi serba. Tahukah kau betapa Dia melimpahkan untuk kau cinta? Dia sentiasa rapat bersama, tidak pernah meminggir walau seketika.

Syyyhhh… jangan menangis. Seka air matamu.

Benar Dia tidak akan berbicara denganmu secara terus. Tetapi pernahkah kau melihat kalamNya yang mampu kau pegang dan baca itu?

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku amat dekat… Surah Al-Baqarah ayat 186.

Dan ketahuilah dikau bahawa utusanNya itu pernah bersabda:

…sekiranya mereka itu berkumpul untuk memberikan mudarat kepadamu, maka mereka itu tidak akan mampu memudaratkan kamu walau dengan apa pun kecuali dengan apa yang telah ditetapkanNya ke atas kamu Hadith riwayat Tirmidzi, hadith ke 19 di dalam hadith 40 An-Nawawi.

Seka air matamu.

Dia ada di sisimu. Sangat dekat. Menjagamu. Memahamimu.

Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat nadinya Surah Qaaf ayat 16.

Aaah… Jangan menangis. Seka air matamu pejuang.

Dia menjagamu. Menjagamu.

Merapatlah

Pejuang, seka air matamu itu.

Dia tidak sekadar bersamamu, bahkan memberikan segala pertolongan yang kau mahu. Pejuang, jangan kau meminta kepada selainNya. Pintalah kepada Dia dan Dia sahaja.

Jangan kau minta manusia memahamimu. Jangan kau minta manusia menghargaimu.

Mereka tidak akan memberikannya sehingga puas hatimu. Kerana mereka dengan hidup mereka, dan mereka bukannya kamu. Mereka juga menagih pemerhatian orang lain dan mengharapkan yang lain menuruti kepuasan mereka. Yang tidak mempunyai apa-apa, memang tak akan mampu memberikan kau apa-apa.

Tetapi Dia punya segalanya.

Dia menawarkanmu sesuatu yang takkan dapat ditawarkan sesiapa.

Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adn. Itulah dia kemenangan yang besar.” Surah As-Saff ayat 12.

Maka bersabarlah. Seka air matamu. Pastinya kau akan berjaya.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. Surah Al-Baqarah ayat 155-157.

Dan Dia bukan penipu.

Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Surah Ar-Ruum ayat 5-6.

Maka seka air matamu pejuang. Hentikan hinggutan bahumu.

Merapatlah kepadaNya. Sungguh Dia akan membantumu.

Dan berkatalah Rabb kamu: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku makbulkan Surah Ghaafir ayat 60.

Sekiranya kamu membantu urusan Allah, maka Allah akan membantu kamu(dalam urusan kamu) dan menguatkan pula kaki-kakimu Surah Muhammad ayat 7.

Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka kau akan melihat Dia berada di hadapanmu(menjagamu), sekiranya kau hendak meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan sekiranya kau hendak meminta bantuan, mintalah bantuan Allah… Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith 19 dari Hadith 40 riwayat An-Nawawi.

Seka air matamu. Gerakkan dirimu.

Sungguh, yang paling memahamimu adalah Dia.

Selainnya tiada.

Penutup: Seka air matamu pejuang

Sudahlah. Hentikan tangismu.

Bersihkan kembali niatmu. Bergerak ke arahNya. Bukan bergerak ke arah selainNya. Dia yang hendak menilai, dan memberikanmu segala. Dia yang bersamamu dan memahamimu setiap ketika.

Jangan menangis ya?

Manusia bukannya memahamimu. Letih sahaja kau merajuk.

Jangan risau. Pengorbananmu berbalas. Rajukmu didengar.

Tidakkah kau merasa, Dia sedang memujukmu kala kau lara?

Tersenyumlah. Bangun.

Teruskan perjuangan.

Selesaikan tanggungjawabmu kepada sekalian insan.

Manakala mereka kepadamu, serahkan kepadaNya untuk diuruskan.

TINTA MOTIVASI DARI USTAZ HILAL ASYRAF



PENGORBANAN DALAM PERJUANGAN

MELAKAR PERJALANAN KEHIDUPAN

MERENTASI SEMPADAN JIWA

MERASAI UJIAN BERTANDANG TANPA DIUNDANG

MEMENUHI DIARI KEHIDUPAN PEJUANG

MENGENDAHKAN GANJARAN DUNIA YANG SINGKAT

UNTUK MENGHARAPKAN KEPUTUSAN MUKTAMAD

DI PADANG PERHITUNGAN

AIR MATAMU , KERINGATMU DAN PENGORBANANMU DICURAHKAN

UNTUK MENGEJAR PERJALANAN KEBAHAGIAN YANG SEDANG MENANTI

IBN KHALID




"Tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan, cuma kami pandang lama je la ?" tanya seorang pemuda berumur 35 tahun kepada saya sambil tersenyum-senyum selepas dia merenung wanita berskirt di hadapannya.

Ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan, ia sebenarnya hasil dari sikap sebahagian umat Islam hari ini mengambil ringan tentang hukum Islam. Ia menjadi lebih bahaya apabila disebabkan kejahilannya menjadikan hukum sebagai bahan gurauan.

Berkenaan larangan melihat kali kedua kepada aurat ini diriwayat dalam beberapa buah hadith, antaranya hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya.

Demikian juga kata Baginda SAW kepada Ali KW :

لا تتبع النظرة النظرة , فإنما لك الأولى وليست لك الآخرة

Ertinya : "Jangan kamu ikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain, kerana yang pertama bagimu ( diampunkan) dan tidak bagi yang kedua" ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani : Hasan)

ARTIS & LAWAK HUKUM

Lebih teruk lagi terdapat artis Malaysia yang sanggup menggunakan lafaz-lafaz Islam seperti ‘MashaAllah' dan ‘InshaAllah' serta ‘Allahu Akbar' dalam lakonan lawak mereka sambil sengaja disebut dalam bentuk yang melucukan. Ini amat jelas memperlawakkan lafaz mulia Islam, ia amat kerap dilakukan oleh satu kumpulan pelawak Malaysia yang terkenal. Moga mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Demikian juga dengan ucapan alhamdulillah bagi seorang artis yang berpakaian separuh bogel dikhalayak umum apabila berjaya meraih sesuatu anugerah di media. Atas nama seni dirasakan tindakannya halal. Pada hakikatnya jika lakonannya itu penuh dengan adegan ‘peluk sana sini' dan ‘dedah sana sini', maka di ketika itu ia bukanlah lagi sebuah seni mulia yang diiktiraf Islam. Ia adalah seni ‘fasad' yang berdosa dan tidak layak diraikan dengan ungkapan mulia Islam.

Ketika itu, kemenangan mereka di atas pentas dan melafazkan ucapan sedemikian adalah satu bentuk mempermainkan hukum dan lafaz Islam di tempat yang tidak sewajarnya. Seolah-olah seorang yang ingin merompak membaca 'Bismilah' ketika memulakan rompakannya dan mengucapkan ‘Alhamdulillah' apabila berjaya terlepas dari kejaran polis, atau menyebut ‘Alhamdulillah' di dalam tandas, atau seperti seorang peminum arak mengucapkan "alhamdulillah" apabila menyelesaikan minumannya.

Menurut kaedahnya, semua ini menambahkan lagi dosa si pelaku terbabit disebabkan wujud unsur penghinaan samada secara langsung atau tidak langsung kepada hukum serta lafaz mulia Islam. Walaupun mereka tidak langsung berniat untuk menghina lafaz mulia itu.

Apabila ia adalah sebuah hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan atau menyebutnya di tempat yang tidak sewajarnya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

Imam Ibn Hajar Al-Asqolani menegaskan bahawa erti hadith ini adalah seorang yang bercakap tanpa jelas maksud ayatnya sehingga menjadikan ia boleh membawa maksud yang pelbagai sehingga sebahagiannya boleh mencarikkan sesuatu hukum. (Fath Al-Bari, 11/376)

HINA ISLAM, BERTUDUNG & MAKSIAT

"Amat memalukan la ustaz, saya baru jumpa satu video yang tunjukkan pasangan melayu ditangkap di tasik-tasik dan tempat awam tengah bercumbuan, apa pandangan ustaz, hampir 95 % darinya bertudung jenis tak sempurna tu ustaz, ustaz tau tak?" tanya seorang pendengar kuliah saya sejurus selepas kuliah saya berkenaan aurat.

Kemudian selang beberapa hari, pemuda ini menghantar email kepada saya beserta satu petikan video yang dimaksudkan. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah..wa Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..memang amat mendukacitakan.

Pemuda itu juga menulis seperti 'kepeningan' dan 'kebingungan' dengan persekitaran ini dengan katanya

"Boleh tak agaknya saya buat kesimpulan bahawa hampir semua wanita yang bertudung pendek atau fesyen, dengan kain belah atau baju sempit atau baju kurung biasa, semua ni jenis yang 'murah' dan boleh diajak seks bebas dengan mudah hari ni, apa pandangan ustaz?" Mengurut dada saya mendengar kesimpulan pemuda berpakaian kemas dan bekerjaya profesional ini. Sudah tentu amat marah para wanita dengan kesimpulan si pemuda ini.

"Saya hanya masih percaya dengan wanita yang berjubah dan bertudung labuh sahaja sekarang ini ustaz, harapnya mereka dapat pertahan maruah dan kesucian mereka serta tak jadi macam si pemakai tudung pendek yang terbukti tiada banyak beza dengan free hair" katanya lagi dengan tegas.

Selepas pemuda ini mengutarakan pendiriannya barulah saya memberikan penjelasan panjang lebar. Bagaimanapun saya belum berhasrat menyebutnya di ruangan ini, cukuplah saya dedahkan betapa kecewanya pemuda profesional ini dengan apa yang berlaku di hadapan matanya.


KESIMPULAN


Kesimpulannya, wahai wanita bertudung kembalikan maruah anda dengan tutupan aurat yang sebenarnya, akhlak wanita Islam yang sebenarnya, janganlah merosakkan imej Islam itu dengan maksiat yang amat dimurkai Allah SWT. Sesungguhnya kenikmatan duniawi amat amat sementara, carilah kenikmatan akhirat yang kekal abadi.

Dari sudut hukum pula, hal wanita bertudung yang melakukan maksiat, dosanya sudah tentu lebih hebat dari wanita lain. Namun INI TIDAK SAMA SEKALI BERMAKNA WANITA ITU LEBIH BAIK MELAKUKAN MAKSIAT DENGAN MEMBUKA TUDUNG, KERANA MEMBUKA TUDUNG ITU SENDIRI ADALAH SATU DOSA BESAR YANG BERASINGAN DENGAN MAKSIAT YANG DILAKUKANNYA. Hal gandaan dosa ini boleh difahami dari ayat seperti :-

يَا نِسَاء النَّبِيِّ مَن يَأْتِ مِنكُنَّ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ يُضَاعَفْ لَهَا الْعَذَابُ ضِعْفَيْنِ وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا

Ertinya : Hai istri-istri Nabi, siapa-siapa di antaramu yang mengerjakan perbuatan keji yang nyata, niscaya akan dilipat gandakan siksaan kepada mereka dua kali lipat. Dan adalah yang demikian itu mudah bagi Allah. ( Al-Ahzab : 30 )

Memang benar ayat ini ditujukan khas buat isteri-isteri Nabi SAW disebabkan kemuliAan dan kedudukan mereka yang sangat mulia, bagaimanapun ayat ini sebenarnya menggariskan bahawa setiap kali bergandanya kemuliaan, maka bergandalah dosanya (jika melakukan maksiat), demikian hukuman ke atas wanita bebas lebih berat dari wanita hamba sahaya di zaman silam. Dikatakan sebabnya adalah kerana bertambahnya mudarat dan penghinaan kepada Nabi SAW (Al-Jami' Li Ahkam AL-Quran ; AL-Qurtubi, 14/ 114 dengan sedikit pindaan )

Demikian jualah bagi wanita bertudung yang telah menaik tarafkan kedudukannya dengan kemuliaan Islam, tetapi kemudiannya melakukan maksiat. Maka jika bersandarkan kaedah di atas, jelaslah dosa mereka bertambah besar kerana maksiat itu sendiri dan merosakkan imej Islam secara jelas. Bertaubatlah. Demikian juga halnya maksiat (termasuk pelaburan internet yang disepakati haram secara sepakat ulama dunia dan Malaysia) yang dilakukan oleh seorang ustaz yang jauh lebih besar dosanya dari dosa oleh lelaki biasa di sebabkan imej dan kedudukan yang dibawanya.

Fikir-fikirkan dengan iman wahai sahabat sekalian.

Sekian,

Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

ILMU , MUTU DAN BUDI
ILMU ITU CAHAYA
JAHIL ITU MERBAHAYA

BELAJAR MEMBARI DARIPADA MENERIMA

IBN KHALID


Assalamualaikum dan salam ramadhan..


seifiniti kesyukuran kehadrat ilahi kerna kita masih diberikan kesempatan menjalani kehidupan di bumi Allah ini... kehidupan banyak memberi inspirasi untuk makhluk bagi menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan .. manifiestasi kehidupan menuntut diri agar sentiasa berfikir dan terus berzikir agar diri sentiasa berada dalam landasannya iaitu hidup
tenang di ladang kehidupan yang tidak kekal..

cabaran untuk diri semakin terasa.. daripada thesis, menerjah ke
klinikal, daripada taklifan yang diberi menerjah kepada perancangan yang rapi, dari jahil menuju kearah insan berilmu..


diri semakin percaya.. kehidupan ini adalah sesuatu yang sentiasa diuji... diuji dengan kesenangan , kemewahan , kesedihan dan kegagalan serta kebahagian.. semuanya adalah ujian untuk diri insani..

kata ahli sufi , setiap yang berlaku dalam hidup adalah mehnah( ujian) .. maksudnya ia didikan terus daripada Allah.. mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus
daripada tuhan..

diri terus memikirkan kehidupan ini.. jika kita diuji dengan kegagalan, gurunya adalah kita perlu menjadi seorang yang rajin dan sentiasa memikirkan kejayaan ini adalah milik Allah, jika kita diuji dengan kesenangan, gurunya adalah bersyukur dan perlu memikirkan kesenangan itu milik Allah juga , cuma kita diberikan nikmat dan
pinjaman tersebut...

pelbagai ragam, rencam kehidupan , masalah dan ujian yang datang menimpa ... dan ia datang dengan ada 'tujuan'... tujuan ujian itu pada diri yang lemah ini- menuntut perubahan diri kearah yang lebih
baik ... diri kita perlu ada azam untuk berubah.. setiap hari kita berubah tetapi ramai insan tidak perasan perubahan itu..

ustaz pahrol juoi , menukilkan dalam bukunya nota fikir untuk zikir.. kata bijak pandai , dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. manakala tidak ada angin yang menyebelahi mana-mana kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju...

TETAPKAN VISI DAN MISI KEHIDUPAN KITA.. TUJUAN HIDUP PERLU DICARI... UNTUK MENJADI SEORANG MAHASISWA YANG SEDANG MENUNTUT DI INSTITUSI KEHIDUPAN..

oleh yang demikian , mari kita berubah

OPTIMIS, REALISTIK DAN HOLISTIK

[ BELAJAR MEMBERI DARIPADA MENERIMA]




kehidupan
awalnya gembira dan bahagia
pertengahan diisi suka duka
asam garam kehidupan
dipenghujungnya ditentukan kebahagian hakiki
ataupun kesengsaraan yang menyakitkan

kehidupan insani
ditentukan oleh diri sendiri
untuk mencapai keupayaan yang tertinggi
bagi mengejar kebahagian hakiki

seloka kehidupan

IBN KHALID


1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.

2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.

4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!

5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!

6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam.

7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.

8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.

9) Tiram boleh bertukar jantina.

10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.

11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.

12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.

13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung.

14) Lembu adalah haiwan yang buta warna.

15) Telur burung unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.

16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.

17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.

18) Rama-rama tidak mempunyai perut.

19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air.

20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!

21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.

22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

25) Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

26) Seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.

27) Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun

28) Belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!

29) Rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.

30) Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

31) Buaya pula tidak boleh mengundur.

32) Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam.

33) Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.

34) Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja. Kalau 5 malam, berapa m? 10 mlm? 20 malam? Berapa pulak? Jawapannya senang saja.... Ambil kalkulator, kiralah sendiri..

PERKONGSIAN ILMU DARI http://kembarasangsufi.blogspot.com/

haiwan ciptaan ilahi dijadikan dimuka bumi mempunyai tujuan dan fungsinya tertentu, dari dijadikan pembekalan tenaga untuk dimakan, ditunggang, dan tidak lain untuk dijadikan iktibar dalam diri insani untuk memikirkan ciptaan ilahi yang unik dan komplek..

selamat berfikir untuk memikir

" DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT"

IBN KHALID


ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,