assalamualakum w.b.t dan salam sejahtera


alhamdullillah, syukur ke hadrat ilahi kerna kita masih diberi kesempatan untuk hidup dan beramal di dunia ini.. syukur diberikan ketenangan dan dipermudahkan urusan semasa minggu-minggu peperiksaan ini.. insyaAllah, semestinya sahabat-sahabat telah mendapat intipati yang disampaikan oleh imam bukhari berkenaan cara untuk kita menghafal sesuatu ilmu..

"apakah ubat untuk midah dan kuat menghafal"

jawab imam bukhari
"tiada perkara lebih bermanfaat tentang hafazan yang
aku tahu melainkan dua perkara :


kecintaan dan kemahuan yang tinggi terhadap sesuatu ( nahmatul raji ) dan sentiasa mengulangi dan melihat berulang-ulang kali ( mudawamatin nadzar)"

InsyaAllah, kita akan berkongsi cara dan petua untuk cepat mengingat yang digilap dari buku panduan mencerdaskan minda , ustazah siti nor bahyah mahmood.


petua cepat mengingat :
- ada kemahuan yang kuat
- beri tumpuan fikiran
-lazimkan diri dengan kegiatan menghafal
-mengingat berfaedah kepada diri sendiri
-minat tinggi terhadap sesuatu perkara
-tidak terlalu banyak kegiatan atau benda yang hendak dihafal
-berehat sebentar selepas menghafal sesuatu
-sesuatu fakta itu benar-benar difahami
-tiada gangguan persekitaran terutamanya perkara yang disukai nafsu
-elakkan dari memikirkan perkara yang tiada kaitan
-ulangan bacaan atau hafalan beberapa kali

begitu banyak petua yang diutarakan dan melalui analisis diri , kita kena membahagi pembelajaran kepada fasa-fasa tertentu seperti yang disarankan dr roslan semasa mengajar pengurusan masa. fasa memahami atau fasa kajian , fasa menghafal dan fasa merumus sesuatu.. melalui pemerhatian, kaedah itu adalah baik kerana ia dapat memupuk diri untuk merancang cara untuk belajar dan menghafal.. semestinya , belajar kumpulan dapat merangkumi fasa pertama iaitu fasa kajian dan fasa memahami.. pada fasa ini , kita dapat idea dan maklumat yang hendak disampai..

menghafal adalah kaedah yang banyak memberi manfaat dalam diri.. pencipta telah memberikan otak seperti walnut dan akal untuk kita menggunakan seoptima yang mungkin.. insyaAllah , jika kita banyak berfikir, risiko untuk mendapat penyakit seperti alzeimer ( nyayuk ) dapat dikurangkan :)..
berfikir juga untuk masa depan bukan untuk dunia malah juga akhirat..
Allah seringkali memberi peringatan kepada hambanya agar berfikir untuk mendapatkan kebahagian akan datang.. peringatan untuk diri , dunia ini tumpangan dan akhirat adalah selama-lamanya.. bersama-sama kita mencapai kebahagian disana..

moga-moga sahabat dapat input dan sekiranya adalah salah dan silap tegurlah dan peringatkan kerna kita adalah insan yang sering lupa...

selamat menjawab peperiksaan bagi yang ada beberapa paper lagi. berfikirlah untuk masa depan..

salam ukhwah

amin

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,