assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

masalah yuran tidak selaras telah banyak dilaporkan kepada saya dan telah
diajukan kepada pihak bendahari di kampus Kl dan unit kewangan di bangi ,
hasil pemerhatian yang dibuat setelah berbincang
dengan pihak fakulti dan pihak kolej ,
masalah ini terjadi akibat ketidak selarasan pembayaran yuran
untuk sems 1 dan sems 2 serta sebab lain.



Alhamdulillah, saya telah berjumpa dengan
Puan Khairun nisa' idris ( penolong bendahari di unit kewangan di bangi) ,
masalah ini telah diajukan dan kami telah berbincang.
maklumat berkenaan yuran dan ketidakselarasan yuran telah di bincang.
diharapkan mahasiswa/siswi mendapat maklumat berguna dari laporan ini.

untuk satu semester, pelajar hendaklah membayar yuran pengajian
dan penginapan kolej bagi sesiapa yang tinggal di KTSN

yuran pengajian bagi fakulti farmasi
pengajian fakulti farmasi seunit ialah rm 40 ( sekali bagi setiap sems)
pengajian umum seperti TITAS dan kokurikulum seperti khidmat masyarakat seunit ialah rm 30

yuran kesihatan : rm 25
( sekali bagi satu semester )
yuran Perpustakaan : rm 50 ( sekali bagi satu semester)
tabung kebajikan pelajar dan insuran : rm 20 ( sekali satu sesi)
bayaran majalah ( PMUKM) : rm 10 ( sekali satu sesi)


yuran penginapan di kolej
yuran penginapan bergantung kepada hari
tinggal di kolej ( sekali bagi setiap sems)

yuran Perkhidmatan Jaring : rm 45 ( sekali bagi setiap sems)
yuran Elektrik : rm 25 ( sekali bagi setiap sems)
yuran jaksa : rm100 ( sekali bagi satu sesi)

yuran tambahan juga berlaku apabila pelajar
menginap lebih masa dan sebagainya.

maklumat diatas adalah hasil tinjauan saya dengan unit bendahari berkenaan masalah ini.
dan masalah ini berlaku apabila yuran sems satu di bawa ke sems 2
sebagai contoh masalah yang saya hadapi
bayar rm 80 dua kali
untuk rm 80 pertama adalah untuk subjek elektif untuk sem 2
dan rm 80 kedua adalah untuk subjek elektif sems 1
hal in berlaku mungkin pendaftaran subjek lambat atau sebagainya

hal ini juga berlaku apabila pembayaran yuran sepatutnya
tidak dimasukkan kedalam akaun untuk sems tersebut tetapi dimasukkan untuk sems berikutnya.

mahasiswa/siswi juga boleh menyemak bayaran yuran yang dibayar di smpweb atau di unit bendahari .
sebagai contoh pembayaran yuran
CJ-20082009/1/1 yuran kesihatan
CJ-20082009/2/1 yuran kesihatan

nombor yang telah di hitamkan dan diperbesarkan
adalah merujuk kepada semester


oleh itu, mahasiswa/siswi boleh menyemak sendiri
pembayaran yuran yang telah dibayar
dan sekiranya ada keraguan dan kesilapan ,
mahasiswa/siswi boleh berjumpa unit bendahari dan meminta penjelasan
atau menelepon unit kewangan di bangi tentang masalah tersebut.


oleh yang demikian , diharapkan segala permasalahan
berkenaan berkenaan yuran,
mahasiswa/siswi boleh ajukan dan bertanya di

unit bendahari KL

atau pun

berhubung terus dengan
unit kewangan pelajar di bangi
no telefon : 03-89213180/ 03-89215090/03-89215037

insyaAllah, segala masalah berkenaan yuran akan dijawab dan dijelaskan.
Diharapkan pelajar dapat maklumat dan sampaikan kepada pelajar lain

jika berlaku kesilapan berkenaan yuran yang saya sebutkan sila ajukan kepada saya kerana ia merupakan hasil perbincangan mengenai yuran yang saya telah bayar.

segala kesilapan haraf dimaafkan

"bergerak seiringan , memimpin perubahan "



selamat menjawab peperiksaan


salam ukhwah

muhammad hafizul amin khalid
MPP fakulti Farmasi
PMUKM 2008/2009


assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera

majlis akan diadakan seperti berikut:

tempat : surau D KTSN

masa : selepas maghrib

tarikh : 17 april 2009 ( jumaat malam)

pengisian : solat hajat , solat taubat

ucapan dan nasihat serta tip2 daripada pemimpin pelajar


anjuran : BADAR KTSN , PMUKM KL ,
PMFSKB , PMFFAR, PMFGG DAN PERSIAP


SEMUA SAHABAT2 DI JEMPUT HADIR

insyaAllah , majlis bermula selepas solat maghrib dan diharapkan
sahabat2 dapat hadir awal untuk
menunaikan solat maghrib berjemaah.

DUIT : DOA + USAHA + ISTIQAMAH+ TAWAKAL

selamat berjuang untuk menghadapi
ujian dunia yang sementara ini

salam ukhwah

amin


assalamualikum w. b.t dan salam sejahtera

kepada sahabat2 yang terlibat pembentangan OKU,
pihak fakulti ada menyediakan bas pada pukul 11 pagi esok ( hari jumaat)
di depan TIBE..

harap maklum..

info dari sahabat :
esok juga akan diadakan thalasemia screening di depan bilik conferen felo dan jaksa.
jadi mari lah membuat pemeriksaan percuma.
dari pukul 8 pagi hingga petang..

"kesihatan kita tanggungjawab kita"

:)

salam ukhwah

amin


assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


pengumuman untuk mahasiswa/siswi Final year

Tarikh pesta Konvokesyen : 13 - 18 Ogos 2009
Tarikh Majlis Konvokesyen : 15-19 Ogos 2009

maklumat ringkas untuk kemudahan bagi pelajar final year bagi merancang apabila telah menjadi graduan kelak.
ini makluman awal
haraf maaf jika berlaku perubahan masa untuk masa akan datang

diharapkan mahasiswa/siswi final year dapat mendaftar sebagai Alumnai
segala maklumat dan pendaftaran tentang alumnai fakulti farmasi
sila berhubung dengan
Pn. Marhanis salihah Omar

salam ukhwah

amin


PEMBENTANGAN LAPORAN AUDIT
INFRASTRUKTUR MESRA PELANGGAN ( OKU )


assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera

program anjuran Pusat Pembangunan Akademik ( PPA )
dengan kerjasama fakulti
telah melaksanakan Audit Infrastruktur Mesra Pelanggan ( OKU )
dan laporan pembentangan bersama wakil pelajar fakulti akan dilaku seperti berikut:

Tarikh : 17 April 2009 ( Jumaat)
masa : 2.45 petang
tempat : kelab golf danau, UKM bangi


kepada sesiapa berkenaan diharap dapat menghadirkan diri
untuk pembentangan tersebut.

1) Alexander Tay Chin Huat
2) Chua Wei Seng
3) Celen Ong Hui Yeah
4) Foo Hwi Yi
5) Chan Wei Peng
6) Muhammad Hafizul Amin Bin Khalid
7) Noor fazlisha bt mohd Fouzi
8) Rennu a/l Marimuthu

untuk projek ini, kami telah membuat kajian dan pemerhatian
serta wawancara berkenaan infrastruktur di kafe dan perpustakaan fakulti.

salam ukhwah

amin


assalamualikum w.b.t dan salam sejahtera

perhatian kepada mahasiswa/siswi tahun 1 dan 2 fakulti farmasi

surat pengesahan pelajar program farmasi di fakulti farmasi

untuk digunakan semasa melakukan
'attachment' di komuniti farmasi di seluruh negara
telah disiapkan dan diedarkan kepada pelajar berkenaan

kepada sesiapa yang memohon , anda boleh mengambil surat tersebut
daripada
saya ( amin ,bilik E329 @ 0132169769) untuk tahun 2
dan syah ( E105 @ 0136245206) untuk tahun 1

diharapkan sahabat2 dapat banyak manfaat daripada program ini
dan dapat meluangkan masa cuti untuk menimba ilmu dan pengalaman
seterusnya
dapat meningkatkan nama dan kredibiliti fakulti farmasi
bukan sahaja di UKM malah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

selamat menimba ilmu dan pengalaman

salam ukhwah

amin

assalamualikum w.b.t dan salam sejahtera

kehangatan peperiksaan makin terasa, semesti akal telah terisi dengan pelbagai ilmu dan maklumat mengenai pelajaran2 dan bekalan ilmu yang kita perlu kuasai sebelum menghadapi ujian getir di dunia iaitu

FINAL EXAM

alhamdulillah, dengan kesungguhan yang konsisten, istiqamah mentelaah atau mengulagkaji pelajaran, bertawakal kepada Allah dan berdoa mengharapkan keredhaan Allah terhadap ilmu yang telah diberikan kepada kita.


insyaAllah , kita dapat keputusan yang kita ingini
seperti kata-kata keramat

"kejayaan datang kepada sesiapa yang sibuk mengejar dan mendapatkannya"


di kesempatan ini , insyaAllah akan diadakan program munajat perdana peringkat ukm bangi dan di ukm kl khusus kepada semua warga fakulti farmasi, FSKB, perubatan dan pergigian.

untuk di UKM bangi , maklumat ringkas :

masa : 16 April 2009 ( khamis)
bermula pada 7.00 petang

tempat : Masjid UKM

pengisian: solat hajat, bacaan yasin,
program bicara ummah " mahasiswa dan konsep al-falah"
disampaikan oleh Prof Madya Ajmain safar.


semua warga ukm bangi dan kl dialu-alukan .
untuk pengetahuan sahabat2 al-falah bermaksud kejayaan ..
kejayaan yang perlu kita capai sebagai muslim adalah kejayaan di dunia dan akhirat


untuk UKM kl, saya dan beberapa sahabat dari fakulti lain telah merancang untuk menjalan program ini.
maklumat ringkas:

masa : 17 april 2009 ( jumaat malam)

bermula selepas magrib dan diharap sahabat2 dapat melakukan solat maghrib bersama2

tempat : surau D
pengisian: solat hajat, bacaan yasin
amanat serta nasihat daripada pemimpin pelajar
dan
insyaAllah ceramah motivasi daripada dr. hidayatulfathi tetapi ini sedang diusahakan .


Anjuran bersama:
BADAR

PMUKM KL

PMFFAR

PMFSKB

PERSIAP

PMFGG

ini dalam perancangan dan bole berlaku perubahan,
kepada sahabat2 yang ada cadangan bole ajukan kepada saya


akhir kata, berusaha untuk kita mendekatkan diri kepada Allah,
sesungguhnya Allah menguji hambanya dengan pelbagai uijan.


kita menghadapi ujian dunia iaitu peperiksaan akhir sem
jadi berusaha , berdoa dan bertawakal kepadanya.


salam ukhwah


amin






Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

insyaAllah , ruangan ini disediakan untuk sahabat2 yang mahu bertukar2 dan memberi pendapat. di harapkan sahabat dapat mengguna ruangan komen untuk memberi pendapat dan idea..

jika ada sebarang cadangan dan masalah bole juga diajukan di dalam ruangan komen.

selamat berfikir dan menambah ilmu

salam ukhwah

amin

Welcome to KLIBF 2009

Organized by the Ministry of Education, Malaysia, KLIBF 2009 is a major event in the global publishing calendar. Now in its 28th year, KLIBF provides the only opportunity in to network and meet with the local and international publishing community.


The Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) made its debut 28 years ago and is now the premier event for the Malaysian book industry. Since then, it has been an annual affair, looked forward to by the public and those involved in the local and international book industry year after year.

KLIBF has always attracted publishers from the USA, UK and other European and Arab countries, Australia, China, India and the ASEAN community. It has also become the market place to service librarians of Malaysian universities and colleges. Most will spend their annual budget during this 10 day event.

The KLIBF 2008 will be held from 17 to 26 April 2008 at Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia. Its aim is to exhibit the latest publications, including educational materials, published and produced locally and abroad. Besides that it will also be a meeting point for publishers, book traders and readers from around the globe.

Since the Ministry of Education places great emphasis on the learning of foreign languages such as Japanese, Korean, French, German, Arabic, Chinese and Indonesian, we foresee that there will be a growing demand for foreign rights.

Apart from the exhibition there will also be workshops and seminars for the book industry to upgrade the level of professionalism within the book industry community.

Bursting with colour, pulsating with life, Kuala Lumpur offers an incomparable Asian feast for the senses. Be welcomed by a multicultural society. Here, you will discover a delightful fusion of three main races-Malay, Chinese and Indian. With its tempting array of exotic Asian cuisine and culture, it is indeed a unique melting pot of Malaysia. This fascinating tropical, modern city is less than one hour’s drive from the Kuala Lumpur International Airport (KLIA

Opening Hours

Date: 17th - 26th April 2009
Mon - Thurs: 10.00AM to 8.00PM
Fri - Sun & Public holidays: 10.00AM to 9.00PM
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia


berita gembira kepada sahabat2 yang suka kepada buku atau ulat buku

alhamdulillah , diberikan peluang kepada kita untuk same2 mendapatkan pelbagai buku yang semesti ilmu yang perlu di cari dan diterokai

"ILMU SINAR KEBAHAGIAAN"

untuk maklumat lanjut sila layari

http://klbookfair.com/index.php/#/


selamat membeli buku dan membuat persediaan final :)


salam ukhwah

amin




Hadist riwayat Abu Hurairah ra
., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda:
Neraka dan surga saling berdebat, lalu neraka berkata:
Aku dimasuki oleh orang-orang yang suka menindas dan sombong. Surga berkata: Aku dimasuki oleh orang-orang yang lemah dan miskin. Lalu Allah berfirman kepada neraka: Kamu adalah siksa-Ku, Aku menyiksa denganmu siapa yang Aku kehendaki. (Atau Allah berfirman: Aku menimpakan bencana denganmu kepada orang yang Aku kehendaki).
Dan Allah berfirman kepada surga:
Kamu adalah rahmat-Ku, Aku limpahkan rahmat berupa kamu kepada siapa yang Aku kehendaki.
Dan masing-masing kamu memiliki penghuninya sampai penuh



Hadist riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:

Bahwa Nabi saw. bersabda:
Sesungguhnya Allah berfirman kepada penghuni surga: Hai penghuni surga!
Mereka menjawab:
Kami penuhi seruan-Mu wahai Tuhan kami, dan segala kebaikan ada di sisi-Mu.
Allah melanjutkan: Apakah kalian sudah merasa puas?
Mereka menjawab: Kami telah merasa puas wahai Tuhan kami, karena Engkau telah memberikan kami sesuatu yang tidak Engkau berikan kepada seorang pun dari makhluk-Mu.
Allah bertanya lagi: Maukah kalian Aku berikan yang lebih baik lagi dari itu?
Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, apa yang lebih baik dari itu?
Allah menjawab: Akan Aku limpahkan keridaan-Ku atas kalian sehingga setelah itu Aku tidak akan murka kepada kalian untuk selamanya




Hadist riwayat Abu Hurairah ra.:

Dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda:
Sesungguhnya di dalam surga itu terdapat sebatang pohon di mana seorang pengendara (harus) menempuh luas bayangannya selama seratus tahun

indahnya surga menjadi impian semua umat manusia beriman. marilah kita tingkatkan amal agar mendapat keredhaan Allah .. menuju ke syurga di akhirat kelak..
peringatan untuk diri dan sahabat2 yang dikasihi Allah ,
kemewahan dan kesenangan hidup didunia tidak lame , kehidupan kebahagian di syurga adalah selama-lamanya.

selamat beramal di minggu study week :)

salam ukhwah

amin





Maksud hadis :

"Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda:
"Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami yang menuruti kehendak isteri.

5. Anak derhaka kepada ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.

Dipetik daripada buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.

peringatan yang diatas bole kita jadi panduan di dalam kehidupan dan berdoa agar kita tidak termasuk ke dalam golongan tersebut dan melakukannya dalam kehidupan.

moga2 dapat mengingatkan diri kita dan menginsafi diri yang lemah ini.

salam perjuangan

amin



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


pertama-tamanya , marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana kita masih di beri lagi peluang untuk hidup di muka bumi Allah ini dengan pelbagai nikmat yang diberi agar kita menjadi lebih beringat dan bersyukur

Demam peperiksaan sudah mula terasa bahangnya, study week sudah bermula. semua mahasiswa/siswi sudah mula mengorak langkah, harapan saya, kita semua berjaya untuk peperiksaan final nanti. jaga kesihatan mental dan fizikal. banyakkan berdoa dan meminta restu ibu bapa . moga2 mendapat keberkatan .

" selamat mengulangkaji pelajaran dan menjawab peperiksaan akhir sem"

laporan cadangan dan masalah serta analisis berkenaan isu pengangkutan fakulti farmasi telah dihantar ke unit pengangkutan.alhamdulillah, perbincangan dengan En. Hassan Umar ( penolong pengawai tadbir , bahagian pengurusan , kampus kuala lumpur ) telah dapat dilakukan pada 9 april 2009 . banyak isu yang telah dilaporkan dan dibincang bersama-sama.

didalam laporan itu, saya telah mengasingkan setiap masalah dan cadangan mengikut tahun pelajar fakulti farmasi dan antara isu yang telah dibincangkan adalah :

masalah yang dikemukan pelajar tahun 1 farmasi :

1. bas lambat
2. perjalanan bas hanya pada waktu tertentu
3. masa bas tidak menentu
4. kadang-kadang pemandu bas terlewat terutamanya hari jumaat
5. lepas titas tidak cukup bas, bas masa lunch sepatutnya sampai pukul 2
6.bas dari kolej ke kampus kurang pada hari jumaat petang
7.bas bawa ramai penumpang . bole membahaya penumpang

hal diatas berkenaan masalah kemudahan bas yang disediakan. masalah telah diaju kepada En. hassan umar dan dia telah menjelaskan tentang perkara ini.

berkenaan bas lambat , perjalanan bas tidak menentu dan masa bas tidak menentu , dia menjelaskan berkenaan jadual perjalanan bas yang telah ditetapkan.

pada hari isnin, selasa, rabu dan khamis , masa perjalanannya adalah

dari 7 pagi - 9 pagi , 12.30 tengahari - 1.30 petang, 3.30 petang - 7.00 petang.

untuk makluman mahasiswa/siswi, setiap hari , bas mempunyai 16 perjalanan dan setiap selang perjalanan mengambil masa 30 minit. jadi sebagai contoh , 7 pagi - 9 pagi. bas mempunyai 5 trip perjalanan iaitu 7 , 7.30 , 8, 8.30 dan 9 pagi dan untuk seterusnya. insyaAllah, mahasiswa/siswi bole mengira sendiri. dimaklum juga, pihak unit menyediakan 3 buah bas yang disewa luar dan 1 bas UKM yang akan membantu.

pada hari jumaat , masa perjalanan adalah

7 pagi - 9 pagi, 12 tengahari - 1 petang , 3.30 petang - 7 petang.

diingatkan kepada mahasiswa/ siswi berkenaan masa 12 - 1 petang dan bukan lah 12.30 hingga 1.30 petang. pihak unit pengangkutan menjelaskan perkara ini kerana kesemua pemandu adalah muslim dan mereka perlu untuk bersembahyang jumaat.

berkenaan isu bas lambat, pihak unit pengangkutan menjelaskan mengenai masalah kesesakan lalu lintas yang sering berlaku dan perkara ini tidak boleh dijangka tetapi insyaAllah selepas ini pihak unit pengangkutan berbincang dengan syarikat bas tersebut dan memaklum perkara ini.

berkenaan bas tidak cukup lepas kuliah titas, masalah ini telah diajukan, pihak unit pengangkutan menjelaskan pemandu bas telah dimaklumkan jika ada kelas TITAS dan mereka akan bersedia. sebanyak 3 bas telah disediakan seperti yang dimaklumkan kepada saya. bas disediakan sampai pukul 7 petang.

berkenaan isu bas membawa terlalu ramai penumpang dan dikhuatiri boleh membahayakan penumpang. pihak unit menjelaskan masalah ini berlaku apabila ramai pelajar beratur untuk menaiki bas terutama waktu kemuncak pukul 7.30 hingga pukul 8 dan 8.30 hingga 9 pagi. en . hassan menjelaskan kadang-kadang pelajar sendiri yang mahu menaiki bas walaupun penuh kerana kesuntukan masa.

tambahannya juga, bas awal sebelum waktu kemuncak yang disediakan selalunya kurang penumpang. en. hassan amat berharap agar mahasiswa/siswi dapat mengatur masa perjalanan mereka untuk menggunakan bas ke fakulti dengan bersedia awal dan tidak tertumpu pada waktu kemuncak. selain itu, en hassan menasihatkan kepada mahasiswa/siswi sekiranya masa sudah melebihi pukul 9 , diharapkan pelajar tidak tunggu lama disitu kerana bas disediakan sehingga pukul 9.

berkenaan pelajar ramai beratur dan ada yang tidak dapat masuk bas walaupun itu bas terakhir telah diajukan. en hassan menjelaskan pemandu akan memberitahu kepada yang lain sekiranya perkara ini berlaku dan bas yang lain akan datang sekiranya ada kekosongan. saya juga mengharapkan mahasiswa dapat mengambil inisiatif untuk bertanya kepada pemandu sekiranya perkara ini berlaku.

hal ini telah diajukan dan diharapkan setiap masalah , aduan dan cadangan dapat dibincangkan dan diselesaikan . diharapkan bilangan bas dapat ditambah untuk masa akan datang . kita berusaha Allah menentukan.

harapan saya, mahasiswa/siswi mendapat maklumat dan menyampaikan kepada yang lain . masalah ini telah dilaporkan juga kepada pengetua, alhamdulillah , jadual berkenaan perjalanan bas akan ditampal di kolej . Sekiranya anda mempunyai masalah , aduan dan cadangan boleh ajukan kepada saya atau terus kepada

En. hassan umar
penolong pengawai tadbir
bahagian pengurusan
kampus kuala lumpur
universiti kebangsaan malaysia
03- 92897217


"kebajikan kita adalah tanggungjawab bersama"


"bergerak seiringan , memimpin perubahan"


salam ukhwah

muhammad hafizul amin khalid
MPP fakulti farmasi
PMUKM 08/09














Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Salam Perpaduan dan Salam Muhibbah buat semua warga Fakulti Farmasi khususnya dan amnya warga UKM. Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke atas nikmat yang telah Allah s.w.t kurniakan kepada kita. Ribuan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang telah memberikan kepercayaan, semangat dan sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada saya sehinggalah saat ini untuk memikul amanah sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Farmasi, PMUKM 2009. Saya juga mengucap tahniah dan syabas kepada barisan organisasi PMUKM fakulti farmasi yang telah dilantik.


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester tidak lama lagi. Marilah kita sama-sama berusaha kerana kejayaan itu bukan datang bergolek tanpa usaha tetapi ia memerlukan pengorbanan.


‘success usually comes to those who are too busy to be searching it’

By Henry David Thoreau


Alhamdulillah, saya juga bersyukur kerana dapat diberikan peluang untuk mewujudkan sebuah blog persendirian di laman web http://aminmppfarmasi.blogspot.com dan saya amat mengharapkan dengan kewujudan blog ini dapat memudahkan Mahasiswa/i UKM untuk berhubung dengan saya secara konsisten, cepat dan berkesan sekiranya terdapat sebarang masalah mahupun di fakulti dan kolej kediaman . Sebarang cadangan dan pandangan daripada mahasiwa/i bole dikongsi bersama.


Selain itu, saya juga berharap agar mahasiswa/i dapat input dan informasi yang berguna daripada blog ini berkenaan aktiviti-aktiviti anjuran fakulti , PMUKM serta universiti lain seperti UIA, USM dan UM , NGO – NGO dan juga pertubuhan antarabangsa seperti WHO yang dianjurkan untuk kita sertai. Saya akan beusaha untuk memaparkan Aktiviti –aktiviti tersebut dan mengharapkan penyertaan dari semua mahasiswa fakulti farmasi untuk kita meningkatkan lagi nilai di dalam diri kita disamping meningkatkan kredibiliti fakulti farmasi bukan sahaja di UKM malahan di peringkat antarabangsa.


Mahasiswa / siswi yang dikasihi ,


Akhir kata, saya mengharapkan mahasiswa/i fakulti farmasi khususnya UKM umunya dapat bersama-sama meningkatkan kemahiran dalam diri bukan sahaja di bidang akademik malah di bidang kemahiran generik yang lain termasuklah keusahawanan, kemahiran berorganisasi dan berfikiran kritikal. Dengan menyertai pelbagai program di peringkat kolej, fakulti dan universiti , diharapkan kita dapat menambah ‘nilai-nilai’ dan kemahiran dalam diri mahasiswa sebagai persediaan untuk masa akan datang yang semakin mencabar.


Segala aduan , cadangan dan masalah bole disalurkan ke 0132169769 atau org_tangkak88@yahoo.com.my serta aminmppfarmasi.blogspot.com .

Sekian, wassalam.

“BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN"




Salam ukhuwah.


Muhammad Hafizul Amin Bin Khalid,
MPP FAKULTI FARMASI 2009

Maksud firman Allah:
Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata(tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al A'raaf:179)

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.


PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu,banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.


PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.


PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.


KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ngatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam,tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.


Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit
(Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)


marilah kita fikir dan hayati berkenaan cara-cara untuk mengelakkan penyakit ..
sebagai mahasiswa/ siswi menjaga kesihatan adalah penting.
oleh itu, marilah kita sama2 fikir dan amalkan.

"mencegah lebih baik dari merawat" :)

salam ukhwah

amin

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

perhatian kepada sahabat-sahabat yang memohon kolej untuk sems akan datang . alhamdulillah , sudah bole buat pengesahan.

sila layari http://www.ukm.my/upp/


dan diingat juga untuk membuat penilaian untuk pengajaran kursus

sila layari, http://www.ukm.my/sppk/..


salam ukhwah

amin

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,